Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Tiba-tiba Rindu...

Entah kenapa pagi-pagi lagi terasa rindu pada kampung halaman, ingin menatap wajah ibu dan ayah, serta adik-beradik yang jauh dimata. Moga Allah merapatkan ikatan kasih-sayang kami sekeluarga. Beginilah kisah hidup diperantauan, jauh daripada insan yang ada pertalian darah dengan kita, hidup dalam keluarga kecil sahaja iaitu suami dan anak-anak. Dalam situasi orang yang kahwin antara dua benua, saya mestilah redha dengan pilihan saya, iaitu berjauhan dengan insan-insan tersayang. Namun begitu hati masih tertanya-tanya apakah diri ini mampu menerima hakikat jika diminta untuk berada ditanahairnya...lagi jauh dan susah untuk berulang-alik ke tanahair. Mungkin 15 tahun dahulu saya tidak pernah memikirkan tentang realiti yang akan saya tempuhi pada masa sekarang, apatah lagi 15 tahun mendatang.  Oleh itu, jika kita tidak kuat, maka pilihlah insan-insan yang dekat dengan keluarga kita, agar senang kemudian hari... Teringat juga kata-kata kakak dan adik ipar tahun lepas..."wanita T

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman

Imej
  Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman Bismillah ...Alhamdulillah... Hari ini saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenai Surat Rasulullah SAW yang dihantarkan kepada Raja Oman sebagai satu surat rasmi untuk menyebarkan agama Islam. Sebenarnya saya pernah menulis tentang surat ini selepas kami melawat Musandam, tempat pertama saya melihat surat tersebut dipamerkan. Surat tersebut dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Oman yang memerintah pada ketika itu melalui utusan baginda iaitu Amr ibn 'As. Menurut sejarah Oman, kedua-dua raja mereka ketika itu menerima baik utusan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam, seterusnya mengarahkan agar agama Islam disebarkan diseluruh ceruk Oman. Namun begitu, orang pertama yang menerima Islam di Oman adalah Mazin bin Ghadubah, yang mendengar tentang Islam daripada peniaga2 Arab, kemudian beliau bertemu sendiri dengan baginda Rasulullah saw, serta meminta agar baginda mendoakan kesejateraan kepada Oman. Hadis-hadis ini

Jangan Begitu Mudah Menghukum

Pada awal bulan ini saya  telah berkesempatan untuk hadir dalam satu kuliah  agama yang diadakan disini, dengan penceramah  yang didatangkan khas dari tanahair. Sememangnya saya telah begitu lama terpisah daripada kuliah-kuliah  sebegini, jadi perasaan ingin mengulang kembali kenangan lama menghadiri kuliah-kuliah agama subur kembali alhamdulillah. Betapa besarnya harapan saya agar kuliah tersebut mampu memberi input-input baru kepada saya, tapi sayang... Inilah kuliah pertama yang  saya pernah hadiri dalam hidup saya, dimana penceramah begitu beria-ia menunjukkan kesilapan dan keburukan orang lain secara jelas. Bak kata suami saya (yg agak2 faham b. melayu): itulah contoh orang yang telah didoktrinkan oleh Saudi ataupun Wahabi. Seingat saya, daripada mula mengenal belajar agama di Maahad Muhammadi kemudian berpindah ke UIAM, juga  dalam bidang agama, saya selalu ditemukan dengan guru-guru yang begitu beradab dalam menghukum orang lain. Kebanyakan ustaz-ustaz saya tidak pernah  me

Didikan Seorang Ibu

Alhamdulillah dalam tahun ini saya dipertemukan dengan pelbagai golongan ibu, ibu bekerja dan yang berada dirumah. Ada ibu yang mengorbankan keinginan hati dengan berada dirumah bersama-sama anak-anak semasa tempoh mereka membesar walaupun mereka berkelulusan tinggi dalam pelajaran. Ada pula ibu berkerjaya, yang begitu yakin, apabila beliau mampu menyediakan pembantu khusus untuk anak-anak, mereka mampu meneruskan kerjaya mereka dengan baik. Setiap insan mempunyai naluri keibuan tersendiri, kita tidak perlu menyatakan apakah pilihan kita betul dan pilihan mereka salah. Ini kerana setiap insan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri, jadi jika ia digunakan dengan cara yang betul, semua mampu berjaya. Begitu juga ibu yang bekerja tidak semestinya gagal dalam mendidik anak-anak, ramai yang telah mampu menunjukkan bukti kejayaan mereka dalam mendidik. Jadi kejayaan mereka lebih bermakna buat diri mereka dan masyarakat disekeliling mereka. Apa yang penting kita sama-sama memainkan

Sambutan Hari Ibu 2012

Alhamdulillah, hari Rabu lepas adalah hari ibu bagi ibu-ibu disini. Ia bersempena dengan permulaan musim bunga...apakah ibu seumpama bunga dalam hidup kita. Pandai juga orang yang memilih tarikh ini sebagai tarikh sambutan hari ibu. Seperti biasa, anak-anak sibuk bercerita tentang sambutan hari ibu yang akan diadakan disekolah mereka, masing-masing sibuk berlatih untuk persembahan disekolah. Kebiasaannya sekolah asasi dan sekolah pelajar perempuan yang begitu beria-ia menyembutnya, tetapi sekolah pelajar lelaki sunyi-sepi, tiada cerita mengenainya. Bila membelek suratkhabar, pelbagai iklan sambutan hari ibu diiklankan, inilah peluang mreka mendapatkan untung. Alhamdulillah, pada hari tersebut kami ibu-ibu berkumpul sambil bercerita tentang sambutan hari ibu mengikut pengalaman masing-masing. Rupa-rupanya sambutan ini sudah begitu lama disambut oleh ibu-ibu Mesir, Tunisia dan lain-lain hinggakan  rakan dari Mesir menceritakan  bahawa dia mempunyai begitu bnyak koleksi hadiah dan k

Kurangkan Online

Kadang-kadang apa yang berlaku ingin mengajar kita sesuatu, jika kita meredhainya kita akan mendapat satu kekuatan yang mungkin kita cari-cari selama ini. Begitulah yang berlaku kepada saya beberapa bulan kebelakangan ini. Bermula daripada percutian, kemudian terpaksa menghadapi pelbagai masalah internet, akhirnya saya redha menggunakan broadband yang boleh disubscribe apabila perlu sahaja. Alhamdulillah ia lebih menjimatkan, serta mengajar saya mengawal diri, serta mencari jalan lain untuk mengurangkan kebosanan ketika anak-anak ke sekolah. Dalam masa yang sama komuniti wanita Malaysia disini juga semakin aktif dengan pelbagai program, termasuklah kuliah agama yang memerlukan tenaga saya. Jadi masa yang selalunya saya habiskan membaca artikel-artikel serta maklumat lain, disalurkan  kepada membaca bahan-bahan bacaan untuk program, serta kembali membaca buku-buku akademik yang agak lama ditinggalkan. Namun begitu, ia memberi kesan kepada blog ini, yang mana saya makin kurang bermi