Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Dahulukanlah Agama...

Letakkanlah agama di tempat yang sepatutnya...
Situasi didunia hari ini ialah ramai manusia terkejar-kejarkan dunia, siang malam bekerja mengejar kejayaan hidup didunia, hingga melupakan akhirat. Kita lebih terfokus kepada benda yang kita boleh nampak, dan boleh berinteraksi dengannya.
Bila bercerita tentang perkara-perkara yang tidak wujud didepan mata, kita sukar mempercayainya, walaupun hakikatnya ia tetap wujud.
Begitu juga dengan agama, kita mengaku bahawa kita Islam tapi tanpa kita sedar kita mengambilmudah dalam banyak perkara, serta mementingkan apa yang tidak penting dalam agama.  
Dalam banyak keadaan agama hanyalah dijadikan pelengkap, bukannya asas kehidupan. Itulah punca masalah yang menimpa umat Islam di mana-mana.
Alhamdulillah akhir-akhir ini ramai pakar motivasi yang mengingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah, dalam mencapai keinginan hidup didunia ini. Maka ramailah insan yang mula melihat kepentingan agama dalam hidup mereka serta berusaha meng…

Jalan-jalan Masa Sejuk

Imej
Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan program jalan-jalan dalam musim sejuk kali ini. Almaklumlah anak-anak sedang dalam cuti sekolah, jadi kami buat program selama tiga hari dan dua malam berkhemah ditepi pantai yang amat sejuk.

Ketika itulah anak-anak bersungut :"kalau kat rumah dapat  tidur atas tilam dan berselimut tebal", "kalau kat rumah tak rasa sejuk macam ni, macam kat kutub je", "kalau macam ni tak mahu lah ke Tunisia pada musim sejuk, kat sinipun dah tak tahan, macammanalah kat sana". 

Begitulah anak-anak....pada mulanya begitu teruja untuk berkhemah, tetapi tidak sanggup untuk menempuh kesukaran.

Apa yang kami jelaskan ialah "Inilah kenangan yang akan mereka bawa bila besar nanti, belajar merasai pengalaman hidup susah, serta merasai perasaan insan-insan yang hidup susah."

Namun begitu mereka begitu teruja menanti keluarnya matahari pada waktu pagi sambil bermain-main ditepi pantai. Begitu juga indahnya memandang langit pada wa…

Keunikan Tumbuh-tumbuhan di Tunisia

Imej



Bila berjalan-jalan dikawasan pertanian di Tunisia, saya merasa tertarik dengan keunikan rerumput yang tumbuh sepanjang jalan. Namun begitu kebanyakannya berduri dan tajam, serta pelbagai warna.





Lihatlah keunikan tumbuh-tumbuhan diatas, betapa uniknya kejadian Allah swt, yang mana setiap kawasan memiliki tumbuh-tumbuhan yang berbeza, sesuai dengan keperluan anak negeri tersebut.
Bila dibandingkan dengan jenis-jenis tumbuhan di negara kita, ternyata pokok-pokok disini nampak kuat dan mampu hidup tanpa bekalan air yang banyak.

Bila diuji...Kembalilah kepada Allah

Dunia ini tempat ujian, bila kita lulus ujian tersebut insya Allah kita akan berjaya naik ke peringkat seterusnya. Sama ada kita suka ataupun tidak, kita akan tetap menempuh ujian tersebut.

Kemudian kita akan ditimpakan dengan ujian semula, mungkin lebih hebat daripada ujian sebelumnya. Begitulah kitaran hidup insan dialam ini.

Sekiranya kita gagal, maka kita akan kembali mengulangi ujian tersebut hinggalah kita berjaya. Inilah yang dinamakan sekolah kehidupan.

Kadang-kadang kita boleh merasa bahawa aku sudah merasai ujian sebegini, tetapi bagaimanakah cara aku menyelesaikannya?

Akan tetapi kadang-kadang kita terlupa ujian ini, kerana semenjak kecil kita hanya diperkenalkan dengan ujian disekolah, seolah-olah kehidupan diluar sekolah bukanlah ujian.

Kita jarang diajar bagaimana untuk menangani ujian sekolah kehidupan, tiada skill dan cara menyelesaikan masalah yang diperkenalkan. Semuanya kita dapat daripada teknik 'try and error', kerana ujian bagi setiap insan adalah berb…

Bagaimana Mereka Menyelesaikan Masalah?

Imej
Lihatlah gambar diatas....apakah yang anda fikirkan? Agak-agaknya apa ye?
Kemudian lihat pula gambar dibawah, anak-anak saya lebih senang melintas kawasan tersebut di atas timbunan tanah.




Dua gambar diatas pula, tempat dimana kita boleh gunakan untuk melintas kawasan becak tersebut untuk ke kawasan lain ditaman tersebut.
Ini pula keadaan tempat takungan air tersebut.

Kadang-kadang rasa tergelak setiap kali melintasi kawasan ini, kadang-kadang rasa nak marah melihatkan betapa daifnya pemikiran insan dalam menyelesaikan masalah takungan air.
Tetapi inilah yang berlaku disini semenjak beberapa tahun lepas, iaitu selepas Saiklon Phet melanda Oman. Apakah penyelesaian yang dipilih adalah pilihan terbaik? Itulah cara mereka menyelesaikan masalah.
Jika anda seorang yang mampu berfikir secara bijaksana, apakah cara diatas mampu menyelesaikan masalah yang berlaku?
Sebenarnya kawasan tersebut agak rendah, menyebabkan air yang mengalir dari laut mengalir ke kawasan tersebut, yang seolah-olah kolam be…

Siapa Teman Kita?

Alhamdulillah akhirnya dapat menulis disini, walaupun tahun baru sudah masuk hari kelima. Selamat datang tahun baru 2012, moga impian tahun ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya insya Allah.
Mengapa saya memilih tajuk "siapa teman kita?" Apakah kepentingan teman dalam memastikan kejayaan hidup kita didunia dan diakhirat? Apakah teman mampu mempengaruhi perjalanan hidup kita?
Bagi saya, pastikan siapa teman kita, teman yang bermotivasi akan sentiasa mengingatkan kita agar terus termotivasi.
Teman yang lemah dalam mengatur hidup mereka akan meninggalkan kesan negatif kepada kita. Kadang-kadang kita akan terikut gaya mereka secara tanpa sedar.
Jika kita inginkan kehidupan yang teratur dan terancang, mulakan dengan memilih teman-teman yang mampu mengingatkan kita tentang tujuan hidup kita.
Itulah azam baru saya, moga Allah memudahkan segala urusan ini serta menemukan saya dengan insan-insan yang sentiasa bermotivasi tinggi.
Tahun ini adalah tahun ketujuh kami merantau disini, moga a…

Internet Lagi

Macam-macam hal internet kat sini, betul-betul menguji kesabaran saya.
Bak kata pepatah kita "lari dari mulut singa masuk ke mulut buaya".
Itulah ujian akhir tahun lepas setelah terpaksa menghabiskan begitu banyak duit, akhirnya talian internet dipotong kerana kesilapan teknikal.

Bermula dengan masalah pendaftaran pada akhir September, kemudian terpaksa bergelut dengan talian yang tersilap setting selama sebulan, belumpun genap dua bulan menggunakan khidmat tersebut, tiba-tiba pada 25 Dis perkhidmatan ditamatkan atas alasan kami tidak membayar bil, sedangkan bayaran sudah lama dibuat. Inilah cerita perkhidmatan kaunter bayaran disini.  kena banyakkan bersabar...

Sudahnya tahun baru dimulakan dengan kisah baru, guna internet prepaid, lagi senang, moga tiada kerenah lagi dan dapat meluahkan isihati disini dengan lebih tenang.