Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Indahnya Berinternet

Alhamdulillah...syukur kerana kita memiliki satu teknologi yang amat bermakna buat perantau.Jika dulu bila terasa sunyi, kita terpaksa memendam rasa, hari ini kita mampu berhubung dengan mudah. Internet juga menghubungkan kita dengan insan yang berada jauh dari kita, terutama bila kita berada sendirian tanpa teman-teman yang memiliki budaya yang sama. Inilah perasaan bila berada ditengah-tengah keluarga yang berlainan adat dan budaya. Kadang-kadang terfikir, mengapa aku memilih takdir ini? Apakah yang aku harapkan daripada kehidupan sebegini?Alhamdulillah dengan kemudahan internet, kurang sedikit perasaan bosan, rindu untuk mendengar bahasa ibunda dipertuturkan. Juga rindu untuk berbicara secara berdepan menggunakan bahasa ibunda.Itulah keindahan internet untuk orang-orang seperti saya...moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghabiskan cuti kali ini dengan tenang dan gembira.

Dua dalam Satu

Imej
Alhamdulillah hari-hari yang dilalui disini agak menarik meskipun hanya terkurung dirumah. Bila terasa bosan, keluar ke halaman rumah sambil memilih buah peach dan plum yang dah mula masak. Apa yang menariknya buah ini terhasil daripada satu pokok sahaja. Satu dahan peach manakala sebahagian lagi plum. Ketika kami baru sampai tiga minggu lepas, buah plum baru nak masak. Inilah kali pertama saya makan buah ini yang masih belum masak, rasanya seakan-akan satu buah yang pernah saya makan ketika kecil- kecil dulu, masam-masam manis. kami panggil buah gemior, Semua mentertawakan saya kerana makan buah yang belum masak. Saya makan cara orang Kelantan, buat ccolek. Sekarang buah-buah tu sudah masak. Ketika orang lain sibuk makan buah plum, selera saya pula beralih kepada buah pic. Seronok juga makan buah yang dipetik sendiri, terus dari pokok. Inilah kebiasaan saya ketika kecil, amat suka memakan buah-buahan dari pokok. Bezanya disini pokok buah-buahan rendah dan boleh dipetik dari baw…

Sekeping Kertas Sebuah Ilusi

Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk menulis disini lagi...
Kadang-kadang terasa ingin menulis serta meluahkan segala isihati disini, tetapi kadang-kadang terasa bahawa itu adalah kerja sia-sia, serta tidak memberi manfaat pada diri sendiri.
Bila menoleh kembali kehidupan yang dilalui selama ini, serta pelbagai dugaan hidup yang berpanjangan, saya akur bahawa segalanya hanyalah berpunca daripada sekeping kertas yang dikejar selama ini. 
Saya juga harus akur bahawa sekeping kertas itu jugalah yang akan terus menjadi beban sepanjang hidup saya. Jika orang lain berusaha, akhirnya akan terlihat hasil, bak membayar ansuran bulanan akhirnya dapat sebuah rumah, tetapi saya akan terus membayar hanya untuk segulung kertas. 
Perjuangan untuk mendapatkan sekeping kertas tersebut amatlah berat, kemudian ia menjadi tali untuk mengikat leher pemegangnya. Apakah pemegangnya mampu mengatasi segala ujian ini, serta menganggapnya hanyalah satu ilusi ataupun hanya berserah kepada takdir?
Ini hanya…

Cerita di Tempat Baru - Tunisia

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke enam kami berada ditempat baru, serta mula bercuti musim panas. Insya Allah tahun ini kami akan menghabiskan cuti serta berpuasa dan berhari raya di negara kelahiran suami di Tunisia. Setelah beberapa hari tidak menggunakan internet, apabila mendapat peluang hari ini, saya terus cuba semak email dan segala urusan yang dilakukan pada hari saya akan bertolak ke sini. Ketika ini baru terasa bahawa pengendali internet ni agak prihatin juga, kerana pelbagai soalan dan password diperlukan sebelum dapat masuk ke ruangan yang saya selalu gunakan sebelum ini, termasuklah blogger ini. Inilah kali pertama saya melalui keadaan ini, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah wujud soalan-soalan sebegitu, walaupun saya menggunakannya daripada Malaysia. Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya kembali berkongsi cerita disini. Apa yang dapat saya ceritakan bahawa sepanjang perjalanan ke sini, saya mendengar pelbagai cerita tentang Malaysia diperkatakan …

Hadis tentang Mimpi

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi satu hadis yang diriwayatkan didalam Sahih Bukhari tentang mimpi. Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya beliau mendengar Nabi sallalahu'alaihi wassalam bersabda: "Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan boleh diceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi apa yang dia tidak sukai, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu hendakalah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak perlu diceritakannya kepada sesiapa pun kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya." Sungguh indah kehidupan seorang Muslim, jika setiap apa yang berlaku kepadanya disandarkan kepada Allah subhanahu wataala. Begitu indah juga bila setiap apa yang ingin dilakukan diambil pelajaran daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah sallalahualaihi wasallam. Sesungguhnya Rasulullah saw menceri…