Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Perjalanan di Rantauan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih lagi mampu berkongsi fikiran disini. Alhamdulillah sekali lagi atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah kepada kami sekeluarga diperantauan. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah swt begitu cantik dan terbaik untuk kami. Bayangkan perancangan kami hanya ingin tinggal di Oman selama tiga tahun. Ya tempoh cuti tanpa gaji yang dibenarkan kepada staf UIAM. Itulah yang diberitahu kepada saya sebelum kami ke sini. Bagi kami tiga tahun cukup untuk kami sekeluarga mempraktikkan bahasa Arab, dan anak-anak kembali mengikuti sistem pembelajaran di tanahair. Ketika bahagian kelulusan cuti tamat, iaitu setahun setengah berada disini, tiba-tiba saya diberitahu bahawa cuti tanpa gaji tidak boleh disambung dan saya mesti kembali bertugas semula. Apa yang kami dapat disini dalam tempoh setahun setengah belum cukup. Anak-anak masih terlalu kecil untuk hidup berjauhan daripada bapa. Bagi saya anak-anak lelaki mesti dididik oleh b