Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Jangan Mudah Buat Cerita...

Bila dah bercerita tentang kejadian semalam (kejadian kebakaran), maka ia akan menjadi kisah yang panjang. Saya ingatkan bahawa ia akan terhenti di situ, rupa-rupanya silap tekaan saya...macam-macam cerita tersebar, nasib baik saya tidak pandai lahjah Arab ni, susah lah untuk saya sertai cerita mereka. Sekiranya saya terdengar pun susah untuk saya memahaminya. Entah kenapa, berat sangat hati ni nak memahami lahjah Oman, Sudan, Mesir, Tunisia, Jordan mungkin sebab banyak sangat perbezaan sebutannya. Akhirnya buat-buat faham walaupun tak faham sepenuhnya... Mungkin juga kerana saya sudah tanamkan dalam diri cuma ingin menggunakan Arab Fushah. Cuma kadang-kadang kesian juga dengan kawan-kawan kerana mereka susah untuk menggunakan bahasa Arab Fushah. Dulu-dulu saya bayangkan bahawa semua orang Arab akan mampu bercakap Arab fushah kerana itu bahasa mereka, rupa-rupanya tidak. Tapi susah mereka tidak sesusah kita, orang ajam untuk bercakap Arab kerana mereka mengetahui perkataan-perkat

Kisah Semalam

Semalam kita menyambut raya, ramai yang bergembira tapi ada juga yang tidak ceria terutama perantau. Ketika inilah kita teringatkan kampung halaman serta sanak saudara tercinta. Alhamdulillah tahun ini kali pertama kami melaksanakan ibadah korban disini. Yang elok sistem disini ialah ada tempat penyembelihan disediakan, dimana kita boleh membeli lembu atau kambing untuk dikorbankan kemudian ditinggalkan sehingga hari raya. Kemudian tuan punya haiwan tersebut mesti datang mengambil nombor giliran dan beratur untuk proses penyembelihan. Biasanya perantau yang menggunakan sistem ini, untuk memudahkan urusan tanpa memerlukan bantuan ramai orang. Alhamdulillah kali ini kami mendapat tahu dan cuba melaksanakannya. Sewaktu tengahari ketika menziarahi jiran, terasa seolah-olah beliau tidak bergembira menyambutnya. Memang tiada perbezaan daripada hari-hari biasa menyebabkan hati ini amat tersentuh. Tiba-tiba terfikir untuk mengundang beliau dan keluarganya makan malam dirumah sambil memas

Akhirnya Aku Mengalah...

Apa dah jadi...kata dah nak tutup blog ni akhirnya buka semula...begitulah manusia. Rasanya nak motivasikan diri, tak termotivasi juga...jadi kena fikirkan semula bagaimana nak jadi efektif? Mungkinkah efektif tu lebih sesuai buat diri ini... Begitu juga dulu-dulu rasa tak nak join facebook, last last terpaksa join juga sebab ramai kawan-kawan yang ajak join. Moga-moga niat ikhlas ini beroleh keberkatan serta dijauhkan daripada kesan-kesan negatif. Moga dapat mengeratkan ukhwah sesama kita. Apakah ini pengorbanan yang perlu dilakukan bersempena dengan Idil Adha kali ini? Mengorbankan sedikit prinsip untuk kebaikan yang maksimum. Moga Allah merahmati kita semua. SALAM IDIL ADHA 1430H. KULLU 'AAM WA ANTUM BI ALF KHAIR