Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Berkhemah di Bar Jissah

Imej
Alhamdulillah hujung minggu lepas 21/3/2013 - 22/3/2013, kami bersama-sama beberapa keluarga lain berkhemah di Pantai Bar Jissah berdekatan Yiti disini. Program tersebut berjaya diteruskan sekali lagi selepas camping di Wahiba Sands akhir Januari lalu berjaya.   Alhamdulillah kali ini lebih ramai keluarga yang menyertainya kerana kedudukan tempatnya yang tidak jauh dari kediaman masing-masing, termasuklah beberapa keluarga yang hanya datang makan-makan dan balik bermalam dirumah masing-masing. Sebaik sampai anak-anak  teruja untuk mandi laut, dipantai yang diubahsuai. Sempatlah juga mereka melihat ikan pari besar berenang, ketika mereka menyelam dan berenang di kawasan yang agak jauh dari pantai. Hidang utama setiap kali berkhemah adalah daging bakar. Kali ini ia ditemani dengan pulut bakar, cubaan pertama saya untuk membuatnya.   Kenangan yang tidak akan dilupa ialah apabila angin bertiup amat kencang meruntuhkan khemah-khemah yang dipasang apabila masing-masing bers

Hilangnya Seorang Ulama

Setelah dua hari tidak membuka internet, pagi ini tajuk utama yang saya baca ialah kisah sedih iaitu perginya seorang ulama yang amat saya kagumi - Syeikh Said Ramadhan Al-Buti semalam pada 22/3/2013.    Pemergian beliau bersama-sama 26 orang lain yang turut sama dibom (menurut berita lain 40 orang, menurut cerita lain pula beliau ditembak mati, bukan dibom kerana tiada kesan kehancuran dimasjid tersebut), menjadi satu kehilangan buat umat Islam didunia ini.    Maka berakhirlah pelbagai spekulasi tentang pendapat beliau yang amat berbeza daripada ulama-ulama lain berkenaan dengan isu Syria. Apakah ulama yang telah mengiktiraf bahawa darah beliau halal bergembira dengan berita ini?   Apa yang ingin saya kongsikan ialah betapa umat Islam kehilangan sebutir lagi permata, perginya seorang ilmuan membawa bersama-sama beliau ilmu yang banyak, dan cara beliau melihat masalah umat Islam amat berbeza daripada ulama-ulama lain. Moga Allah merahmati beliau serta menempatkan beliau b

Bukan Bidang Saya!

Alhamdulillah akhirnya tergerak tangan ini untuk menaip entri baru disini. Moga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.   Ini bukan bidang saya...saya tidak mahir dalam ilmu-ilmu sebegitu...ye ke tak tau, bukan bidang awak ke?   Dimana-mana kita melihat orang berlumba-lumba untuk mengkhususkan diri dalam bidang-bidang tertentu. Apabila sudah berjaya, maka mereka akan dianggap sebagai pakar bidang tersebut.   Betulkah kita sudah menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan hanya segulung sijil atau ijazah?   Bila bercerita tentang bidang dan kepakaran, saya teringatkan satu hadis yang menjadi satu prinsip bagi saya..."apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat".   Sebenarnya hadis inilah yang banyak mengingatkan saya, agar berhati-hati untuk berkata-kata, terutama bila tajuk tersebut bukanlah bidang saya. Jika dalam bidang sendiripun saya masih kurang yakin untuk menegaskan tentang sesuatu, kerana ilmu

Mencintai Rasulullah saw

Alhamdulillah hari ini kita mulakan kembali perbincangan tentang hadis-hadis nabi. Di antaranya ialah hadis : لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين yang bermaksud   "tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah kamu mencintai diriku (Rasulullah saw), melebihi cintamu kepada bapamu, anak-anakmu dan seluruh manusia lain."   Dalam kehidupan kita didunia ini, kita mestilah meletakkan kasih dan sayang kita mengikut turutan yang diajarkan kepada kita iaitu mencintai Allah, Rasulullah, ibubapa kemudian barulah kita letakkan kasih dan sayang kita kepada insan-insan lain.   Mengapa kita diajar untuk meletakkan Allah dan Rasul-Nya sebelum kita mencintai makhluk Allah yang lain? Semuanya adalah untuk manfaat diri kita, kerana bila kita meletakkan kedua-duanya mendahului makhluk lain, kita akan lebih tenang dalam melalui hidup kita.   Jika mencintai Allah dan Rasul-Nya yang dijadikan tujuan utama, segala urusan lain adalah sampingan semata.