Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Pengisian Ilmu 2018 - 5

Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari.

Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini.

Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu.

Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-anak mamp…

Pengisian Ilmu 2018 - 4

Alhamdulillah kisah pencarian ilmu bersambung lagi. Kali ini bersempena Sambutan Hariraya CVT  di Shah Alam pada 7/7/2018.

Ia kisah perjalanan saya bersama dua orang anak lelaki menyusuri Tasik Shah Alam, singgah di Masjid Shah Alam serta Bilik Pameran Yayasan Restu. Kami bertolak awal pagi ke Shah Alam dengan menaiki komuter. Kemudian menyambung perjalanan dengan menaiki bas percuma Smart Selangor.

Ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan pengangkutan awam di Kuala Lumpur kepada anak-anak. Akan tetapi dua orang lagi keletihan serta enggan mengikuti program kali ini.

Berjalan kaki dari Dataran Shah Alam, kemudian menyusuri Tasik Shah Alam mengingatkan saya nostalgia lama hampir 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1989/90 ketika saya belajar di Matrik UIAM dan tinggal di Asrama Seksyen 8 Shah Alam.

Shah Alam ketika itu yang gersang dan masih baru dibuka, pokok-pokok disekeliling Tasik juga masih kecil. Ketika kunjungan kali ini kebanyakan pokok amat tua dan besar, begitu jauh bezan…

Pengisian Ilmu 2018 -3

Alhamdulillah saya berkesempatan lagi untuk berkongsi perjalanan mencari ilmu sepanjang tahun ini.

Perkongsian seterusnya ialah pengisian secara offline yang saya hadiri di Kuala Lumpur setelah menjejaki kaki ke tanahair.

Percutian kami pada tahun ini banyak dihabiskan di Kuala Lumpur. Kami berpeluang menghabiskan masa dirumah sendiri yang ditinggalkan agak lama.

Sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya mencari peluang untuk menghantar anak-anak remaja saya mencari ilmu. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan MFR untuk mengajar anak-anak saya melukis komik.

Ini kerana anak sulung dan ketiga saya amat berminat melukis komik. Jadi saya mengambil peluang mendedahkan mereka kemahiran ini ketika singgah di Kuala Lumpur.

Saya juga mendaftarkan mereka untuk mengikuti dua program dibawah Coach Zuhairi Nopiah. Insya Allah saya akan berkongsi secara ditil dalam tajuk seterusnya.

Kelas Melukis komik diadakan pada 6/7/2018 di UIAM. Saya memilih UIAM kerana kelas diadakan pada hari Jumaat. I…

Pengisian Ilmu 2018 -2

Alhamdulillah saya ingin menyambung lagi perkongsian tentang kelas-kelas yang saya ikuti sepanjang tahun ini sama ada secara online atau offline.
Setelah mengikuti kelas "kembali bercinta", ada tawaran untuk mengikuti kelas berbayar online iaitu kelas "ehati love renewal".
Pada mulanya saya memohon untuk mengikuti kelas tersebut tetapi saya tidak menulis secara ditil masalah saya. Ini menyebabkan permohonan saya tidak dilayan. Ini kerana mereka menfokuskan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah serius dalam hubungan rumahtangga.
Setelah kelas bermula dua minggu baru lah saya menghubungi semula admin, memohon untuk mengikuti kelas tersebut. Alhamdulillah akhirnya ada rezeki saya untuk mengikuti kelas itu. Bayarannya agak mahal tetapi berbaloi untuk saya.
Pada mulanya saya kurang bersemangat untuk menyiapkan tugasan kerana banyak ketinggalan kelas, akan tetapi saya pastikan diri tidak terlepas kelas online bersama-sama sahabat dalam grup.
Dalam masa yang sama,…

Pengisian Ilmu 2018 -1

Alhamdulillah mulai hari ini saya akan berkongsi tentang perjalanan 2018 yang saya rasa amat berbeza daripada sebelum ini. Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang tahun ini, ada yang dirancang lama dan ada yang berlaku tanpa dirancang. Namun semuanya berkisar tentang belajar. Belajar dan mengutip ilmu daripada coach-coach yang berlegar di alam maya. Bila membaca review daripada pengikut mereka, maka saya juga terikut sekali. Alhamdulillah seronok juga bila mengisi masa dengan menghadiri kelas-kelas online. Saya memilih untuk mengikuti mereka kerana ingin memahami situasi yang berlaku dikalangan orang melayu di Malaysia ketika ini. Alhamdulillah kesannya amat positif dan saya rasa lebih yakin untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. Saya masih teringat ketika membaca posting-posting di fb, terlintas iklan tentang group "Kembali Bercinta" dibawah bimbingan Coach Diyana Tahir. Bermula sekadar klik link, akhirnya saya mendaftar untuk menyertai grup itu. Alhamdu…

Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia

Imej
Alhamdulillah hari ini 18/12 ialah hari sambutan bahasa Arab sedunia. Setiap tahun sekolah-sekolah disini mengadakan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Arab fushah. Alhamdulillah saya juga berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Biasanya saya dijemput untuk mengendalikan bengkel seni khat yang diadakan bersempena sambutan ini.Ketika anak perempuan saya masih bersekolah, saya dijemput untuk mengendalikan bengkel disekolah beliau. Kemudian dijemput pula ke sekolah lain Alhamdulillah pagi ini sekali lagi saya berpeluang untuk berkongsi kemahiran ini di sebuah sekolah menengah perempuan di Amerat, yang terletak dikawasan perkampungan awal disitu. Sudah dua tahun perancangan bengkel tertangguh kerana sekolah yang menjemput tidak dapat menyediakan pengangkutan untuk kesana. Ini kerana guru yang menjemput mengajar agak jauh dari bandar Muscat. Tahun ini Cikgu tersebut berpindah ke sekolah baru, dan meneruskan perancangan b…

Tasik Garam di Tunisia

Imej
Alhamdulillah...Pagi ini saya cuba mencatat kenangan percutian tahun ini. 2016 semakin berakhir, namun kenangan yang dikutip akan tetap segar dalam ingatan.


Tahun ini giliran kami balik ke Tunisia. Alhamdulillah. Kami mengambil peluang untuk melawat beberapa tempat menarik disana.

Apa yang menarik perhatian saya ialah tasik-tasik garam yang boleh ditemui dibeberapa tempat yang kami kunjungi. Subhanallah pemandangan tasik garam begitu menarik perhatian saya. Ada keindahan yang tersendiri.

Alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menghabiskan cuti di apartment yang berhampiran tasik garam di Hergla.

Saya masih teringat perasaan seronok apabila melihat tasik berwarna putih dalam perjalanan ke apartment itu. Saya makin teruja bila melihat rumah kami begitu dekat dengan tasik tersebut. Manakala disebelah depan apartment terdapat pemandangan pantai yang indah. Pelbagai rancangan hinggap difikiran saya, mahu menghabiskan cuti berendam didalam tasik garam.

Namun begitu angan-angan tingga…

Latihan CDPR-1

Alhamdulillah hari ini saya meneruskan latihan yang diberikan dalam kelas CDPR semalam. Saya masih ingat lagi terapi yang kami lakukan semalam iaitu meneroka ke dalam diri. Kami cuba mengimbas kembali zaman remaja dan kanak-kanak yang telah dilalui tanpa menghukum. Ya, sekadar mengimbas kembali detik-detik yang telah dilalui ketika itu. Apa yang saya masih ingat bermula dari darjah 4 saya menjadi tukang tulis buku kedatangan murid-murid. Saya menyalin nama-nama pelajar bagi membantu guru. Apabila tiba musim peperiksaan saya juga akan membantu guru mengira markah pelajar serta mengatur keputusan pelajar dalam kelas. Saya menulis dengan pensil kemudian guru tersebut akan menyemak hasil kerja saya. Ketika itu saya begitu fokus dan dapat menyelesaikan tugas dengan baik, alhamdulillah. Saya amat seronok membantu guru sedangkan rakan-rakan lain keluar rehat ataupun bermain-main. Apa yang paling seronok ialah saya dapat mengetahui keputusan peperiksaan sebelum rakan-rakan lain. Alhamduli…

Sesekali Mengkritik

Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku terlebih cakap. Banyak isu tiba-tiba terlepas dari mulut ini. Biarlah aku catat disini untuk peringatan buat diri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.Sebelum itu aku hanya bersembang dengan orang Arab, semuanya berkisar tentang makanan. Selepas rakan Arab mengundur diri kerana ada urusan lain, aku menyertai rakan-rakan senegara mendengar perbincangan beberapa isu.Tiba-tiba tersentuh tentang sikap generasi sekarang di media sosial yang amat membimbangkan. Ya, aku sudah lama memendam perasaan tentang sikap orang melayu terhadap ilmuan, terutama yang memiliki ijazah PhD. Maka terkeluarlah keluhan aku tentang perkara tersebut yang amat berbeza dengan apa yang aku dengar dan lihat berlaku kepada ilmuan negara lain. Sesungguhnya aku melihat orang luar menghormati ilmuan mereka, tidak berani mengkritik serta memperbodoh-bodohkan para ilmuan terutama yang memiliki PhD. Ia amat berbeza daripada apa yang aku lalui selama ini, begitu juga apa yang ak…

Cerita Masa Kecil 2

Alhamdulillah saya ingin menulis lagi, berkongsi kenangan lama dengan sesiapa yang sudi membaca.Hari ini saya menyiapkan tugasan kelas online yang saya sedang ikuti iaitu Kelas Advance Cermin Diri. Tugasannya ialah tulis apa yang anda ingat sebelum berumur 10 tahun. Jadi alang-alang dah menulis tentang kisah hidup sebelum berumur sepuluh tahun, saya akan kongsikan juga kisah-kisah lain yang masih saya ingat.Alhamdulillah saya memberanikan diri menulis tanpa menghukum, kenangan hidup saya akan saya abadikan disini. Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, kehidupan masa kecil saya amat bebas, tetapi jika melakukan kesilapan saya tetap dihukum oleh ayah. Oleh itu saya tetap berhati-hati dan memberitahu kemana saya pergi.Kisah saya sebelum umur 10 tahun adalah kisah keberanian, kebebasan serta bebas memilih dan membuat keputusan sendiri.Ketika itu hidup saya amat indah, pernah mewakili sekolah dalam pertandingan koir peringkatan jajahan Kota Bharu. Saya juga amat aktif bersukan, antarany…

Cerita Masa Kecil

Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan tentang kebiasaan saya dan apa yang berlaku. Bila mengimbas kembali sikap dan personaliti saya sewaktu kecil, ia amat berbeza daripada saya sekarang. Ya, saya anak yang sentiasa membuat sesuatu mengikut kehendak hati. Saya bebas berjalan ke mana-mana dan menziarahi sesiapa saja semasa kecil. Oleh sebab itu saya mengenali dan rapat dengan ramai orang. Ketika darjah tiga Ayah membelikan basikal untuk kegunaan keluarga, dan saya mula belajar mengayuhnya.
Saya masih ingat kali pertama belajar saya terjatuh ke dalam parit disebelah taliair. Ketika itu saya tidak sempat membrek basikal, dikiri saya taliair dan sebelah kanan parit besar dan dalam. Saya terjatuh ke sebelah kanan, iaitu sebuah parit besar. Ketika itu taliair tersebut hanya beberapa tahun dibina, begitu juga parit besar disebelahnya. Saya sempat melihat kejernihan air taliair yang dikawal untuk kegunaan menanam padi. Sayangnya hari ini taliair yang cantik itu tidak terjaga, dan dipen…

Cerita Tarikh Lahir

Alhamdulillah hari ini umur semakin bertambah, semakin mendekat ke separuh abad. Teringat suasana Oman ketika kali pertama menjejaki kaki ke sini 13 tahun dulu, sepanjang jalan utama dihias indah dengan lampu berhias. Hati tertanya-tanya kenapa ia dihias begitu cantik.Rupa-rupanya bulan November ialah bulan sambutan hari Kebangsaan Oman, Eid Watani iaitu setiap 18 November. Selepas itu dapat maklumat bahawa Sultan Qaboos mula dilantik pada tahun 1970, sama tahun kelahiran saya. Itu kisah Oman yang lengkap tercatat tarikhnya. Kisah bagaimana Sultan Qaboos mengambilalih kuasa daripada ayahanda baginda amat menarik untuk dibaca.Kisah saya pula berbeza. Semenjak kecil ibu menceritakan bahawa tarikh yang tertulis pada surat beranak tu salah, saya dilahirkan akhir bulan November bukan pertengahan. Ini kerana ketika itu saudara ayah yang bekerja sebagai polis mendaftarkan kelahiran saya. Beberapa maklumat kelahiran saya yang didaftarkan silap. Dalilnya surat beranak asal saya penuh dengan co…

Satu Persinggahan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati keindahan alam ini. Sesungguhnya dunia ini satu persinggahan, sebelum sampai ke tempat abadi kita. Jadi syukurilah segala nikmat dihadapan mata, kerana itu rezeki yang telah dikurniakan kepadamu. Bila bercerita tentang persinggahan, bagi seorang penggembara yang berada jauh dari tanahair, ia seolah-olah transit ketika berehat sebentar sebelum menyambung penerbangan ke destinasi yang dipilih. Bagi saya, kita yang memilih penerbangan kita, berapa lama transit yang kita pilih bergantung kepada peluang yang ada ketika kita memilih tiket.Ada ketika kita bertemu pilihan yang mudah, transit sekadar keperluan, ada ketika kita mendapat tempoh transit yang singkat, yang mana kita terpaksa bergegas mencari pintu berlepas seterusnya. Ada kala kita tersilap pilih tiket yang menyebabkan kita terpaksa menunggu lama untuk menaiki penerbangan seterusnya. Itulah gambaran persinggahan jika kita menggembara menggunak…

Genap 13 Tahun

Imej
Alhamdulillah...thumma alhamdulillahSyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kami untuk berada di bumi Muscat. Bumi yang penuh ketenangan dan keberkatan. Sesungguhnya saya tidak pernah terfikir akan sampai ke sini, dan merantau sebegini lama. Sesungguhnya ketentuan Allah swt itulah yang terbaik. Bila diimbas balik sudah beberapa kali kami merancang ingin berubah angin, tetapi akhirnya kami tetap disini. Ada hikmah dan ketentuan yang tidak kami ketahui tersimpan disini. Semoga segalanya yang terbaik untuk kami sekeluarga. Bila dikenang kembali, alhamdulillah dibumi ini kami sempat berkenalan dan bertemu pelbagai ragam manusia dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang sekadar menyapa dipertemuan dan ada yang akrab dengan kami. Alhamdulillah 'ala kulli hal.Sesungguhnya kami redha dengan ketentuan ini, dan mengharapkan yang terbaik di sini dan di sana. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kelas Advance CDPR -1

Imej
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang mengikuti secara live kelas Advance "Cermin Diri Pantulan Rezeki" yang dikendalikan oleh Coach Nora Zyan dari Satria Cinta. Kelas ini akan berlangsung selama dua bulan. Sebelum ini saya mengikuti kelas Cermin Diri Pantulan Rezeki selama 31 hari. Kelas yang berlangsung selama sebulan dengan pelbagai terapi itu amat menarik dan banyak membantu saya mengurus emosi.Bagi saya, menuntut ilmu itu amat perlu setiap masa, tidak kira lah secara berdepan atau online. Memandangkan saya berada jauh dari Tanahair, saya memilih untuk belajar secara online. Apa yang best sangat tentang kelas ini? Ia adalah sambungan perkongsian yang saya pelajari sebelum ini, malah lebih mendalam. Bagi saya, kita amat perlu kepada ilmu mengurus emosi, kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan insan disekeliling kita. Sekiranya kita mampu mengurus emosi dengan baik, kita akan merasa tenang dan bahagia setiap masa.Dalam kelas hari ini kami belajar tentang …

Ketentuan Allah

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada diri ini untuk bersama-sama sahabat lama di bumi Oman, walaupun hanya sekejap. Apabila Allah menetapkan kita tidak dapat mengubahnya. Begitulah yang terjadi dua hari lepas. Apabila saya selesai menunaikan solat fajar pada pagi Jumaat 2/11/2018, saya melihat ada miss call di telefon dan whatsapp call daripada sahabat lama.Saya terus membalas whatsapp mesej tersebut dan terus mendapat balasan. Ketika itu beliau akan melangkah masuk ke dalam kapalterbang.Alhamdulillah kami sempat berbalas mesej seketika. Saya diberitahu ada kesilapan teknikal dalam jadual penerbangan beliau, yang mana beliau akan transit selama 26 jam di Muscat Airport. Saya diminta agar mencari homestay ataupun penginapan yang sesuai untuk beliau dan ahli rombongannya. Kami tidak dapat bercerita panjang kerana beliau perlu masuk ke dalam pesawat.Saya cuba mendapatkan sedikit maklumat daripada rakan di Muscat tentang prosedur dan tempat yang sesuai untuk…

Mengimbau Kembali -1

Imej
Alhamdulillah pada hari Sabtu 7/7/2018 saya berkesempatan untuk berkunjung ke Shah Alam, satu tempat yang menyimpan pelbagai memori dalam hidup saya.Shah Alam merupakan tempat tinggal pertama saya sebagai perantau, di Jalan Liku 8/1 berdekatan Bukit Cerakah, nama yang dikenali ketika itu. Saya masih ingat ketika pendaftaran pelajar Pusat Matrikulasi UIAM di Subang Jaya, selepas tu Inti College, saya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa orang kawan sekolah ditempatkan di asrama Shah Alam, manakala ramai kawan ditempatkan di Asrama Zone H1 di Subang Jaya.Alhamdulillah tahun itu, ramai pelajar MMP terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIA kerana fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan baru dibuka. Kami merupakan kumpulan kedua pelajar yang diterima dalam jumlah yang lebih besar, setelah perintis 50 orang, pelajar kumpulan pertama, senior kami. Alhamdulillah kami bertuah kerana Guru Kaunseling sekolah ketika itu berusaha keras membantu kami, anak kampung menjejaki kak…

Melihat Dari Jauh

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih ada kekuatan untuk menulis disini.Alhamdulillah...alhamdulillah syukur diatas segala nikmat kurniaan ilahi kepada kita semua, masih mampu menikmati hidup ini.Melihat dari jauh, itulah yang sudah tiga kali saya dialami semenjak berada jauh dari tanahair tercinta. Bukan hati tak ingin pulang tetapi tak cukup kekuatan untuk menghadapi realiti disana.Mungkin ketika terlepas peluang kali pertama, saya tidak terasa kepedihannya seperti kali kedua dan bulan ini kali ketiga. Ini kerana ketika itu saya begitu sibuk menguruskan anak-anak sekolah, dan kurang menggunakan kemudahan internet.Entah kenapa kali ini, hati terasa amat pedih. Ada satu perasaan yang sukar nak digambarkan setiap kali mengikuti berita-berita dan menonton live. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus berdiri.Ya, melihat dari jauh menjadikan kita lebih menghargai apa yang ada. Melihat dari jauh juga menjadikan kita lebih bersyukur apa yang ada dibumi bertu…

Menghormati Orang Lain

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu menulis disini. Alhamdulillah tahun 2018 bermula dengan pelbagai aktiviti keluarga, aktiviti kumpulan dan aktiviti diri sendiri.Alhamdulillah hari ini terlintas dihati ingin berkongsi tentang menghormati orang lain. Sebenarnya tajuk ini berkaitan dengan beberapa situasi yang kerap saya hadapi, hingga akhirnya saya tidak mampu berdiam diri. Situasi dimana kita berdepan dengan orang yang bersikap keterlaluan bila bersalaman ketika bertemu rakan. Ini adalah sikap orang-orang Arab yang disebut "mujamalah". Dalam keinginan mereka untuk menunjukkan bahawa mereka begitu menyayangi antara satu sama lain, mereka bersikap berlebih-lebihan ketika bersalam bila bertemu. Ketika itu mereka lupa bahawa mereka sedang berada didalam majlis ilmu atau majlis-majlis lain. Kadang-kadang orang lain terpaksa menghentikan aktiviti yang dilakukan hanya kerana kehadiran mereka. Situasi pertama, saya menghadiri kuliah agama dimasjid disini, kuliah …

2017 Penuh Kenangan

Imej
Alhamdulillah kita melangkah ke tahun baru 2018, meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis sepanjang tahun 2017. Semoga tahun baru bakal menjadi tahun yang lebih baik daripada yang lepas. Bila diimbas semula tahun yang berlalu, banyaknya nikmat yang telah dilalui, walaupun hati selalu terasa gelisah ketika menghadapi ujian. Sesungguhnya Allah swt amat mengasihi hamba-Nya, Rahmat-Nya mengatasi segalanya.Bila masa berlalu barulah kita menghargai segala nikmat tersebut. Ya...begitu banyak nikmat yang seharusnya kita syukuri setiap saat. Alhamdulillah.Begitu banyak kenangan manis sepanjang tahun. 2017 mengajar diri ini agar lebih konsisten menjaga kesihatan diri, menjaga hubungan dengan insan sekeliling juga menjaga hubungan baik dengan alam sekitar.Sebahagian pertama 2017 dipenuhi aktiviti riadah. Terimakasih kepada rakan yang begitu mengambilberat tentang diri ini. Kemudian berpeluang menghabiskan cuti ditanahair bersama ibu ayah, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang dekat dihati ini…