Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Membaca atau Berfikir?

Membaca memang menyeronokkan, kerana kita dapat menambahkan maklumat kita menerusi pembacaan. Maka baca dan bacalah...dulu-dulu saya selalu baca suratkhabar pembungkus nasi kadang-kadang dapat isu yang bagus habis belakang depan kertas tu kita baca sebelum dibuang. Itu cerita lama dan itulah yang seronoknya bila makan nasi bungkus, sekarang dah tak boleh baca lagi sebab dah tak beli nasi bungkus. Lagipun trend orang zaman sekarang makan dalam bungkusan polisterin, jadi tak ada kesempatan untuk membaca lepas makan. Trend berubah, sikap manusia juga makin berubah. Alhamdulillah orang zaman sekarang lebih giat membaca dan menulis. Mungkin itulah kelebihan kanak-kanak yang diajar membaca semenjak kecil. Mereka membesar dengan minat suka membaca. Namun begitu adakah mereka suka berfikir? Ataupun hanya sekadar membaca dan menerima segala idea yang dibaca tersebut tanpa berfikir lanjut. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah mengenai membaca. Iqra' iaitu bacalah dengan nama

Hujan di Oman

Dah dekat seminggu bumi Oman dibasahi hujan. Mator rahmat wa barakat. Hari ini pun hujan lagi, sekolah ditutup dua hari, sebab apa kami tak tahu. Sebenarnya lama sangat tak tengok air hujan turun mencurah-curah, alamak rindunya suasana tu. Masa kanak-kanak bila hujan akulah budak yang paling cepat bersedia untuk mandi air hujan kat celorong rumah. Semakin kuat air jatuh atas kepala makin seronok rasanya. Dah terketar-ketar kesejukanpun tak akan naik ke rumah hinggalah hujan berhenti. Tapi kat sini tak sama dengan suasana di Malaysia, hujan sekejap sangat, sekadar membasahkan jalanraya je. Itupun alhamdulillah, rahmat untuk kita yang berada di padang pasir ni. Bila dah alami keadaan kat sini barulah kita menghargai rahmat yang Allah kurniakan kepada kita di Malaysia. Di sini biasanya hujan turun pada musim sejuk, itu yang menambahkan lagi kesejukan yang sedia ada. Tapi tahun ni cuaca agak berbeza, suhu pada akhir bulan Februari agak panas, pukul 10.30 pagi dah mula panas membahang. Kami

Mampukah Kita Menjadi seperti Ummul Mukminin Khadijah?

Setiap orang yang membaca tentang sirah hidup Rasulullah pasti membaca tentang kehidupan baginda bersama-sama Saidatina Khadijah r.a, isteri baginda yang pertama. Wanita hartawan dan dermawan, yang memiliki hati yang begitu tulus dan ikhlas terhadap Rasulullah saw. Juga wanita pertama yang menerima dakwah Rasulullah saw. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang ada pada Khadijah hinggakan Rasulullah memilih beliau sebagai teman hidup yang pertama. Apakah tidak ada lagi gadis, sehingga baginda memilih seorang wanita yang pernah berkahwin dengan dua orang lelaki lain sebelum berkahwin dengan baginda. Itulah ketentuan Allah swt. Ketentuan yang ternyata mampu menghapuskan segala tuduhan orang-orang bukan Islam terhadap baginda. Perkahwinan inilah juga yang menjadi panduan kepada kita bahawa perkahwinan bukan sekadar bertujuan untuk melepaskan nafsu semata-mata, bahkan lebih jauh daripada apa yang mampu kita fikirkan. Perkahwinan mengajar kita menilai diri sendiri dan menilai kasih sayan

WANITA PALING BAHAGIA

Beberapa peringatan Dr. Aidh al-Qarni dalam kuliah pagi ini ialah: "Jangan Marah" kerana sifat marah boleh merosakkan diri kita. Cubalah menulis tulisan tersebut dan gantungkan di tempat yang kita selalu berada. Moga apabila melihat tulisan tersebut kita dapat menjaga diri kita daripada perasaan marah. Beliau membuat perbandingan perasaan marah dengan api. Apabila tidak ada apa-apa yang boleh dibakar, maka ia akan memakan kayu tersebut. Seperti juga diri kita, sekiranya kita selalu marah, tidak dapat mengawal perasaan kita, ia akan menghancurkan diri kita sendiri. Jadi cubalah amalkan "jangan marah" serta "banyakkan bersabar". Sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, banyak masalah rumahtangga akan mampu diselesaikan. Malah sekiranya wanita mampu memiliki sifat ini, wanita akan mampu meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada lelaki. Ingatlah juga bahawa "Aku adalah Wanita Paling Bahagia", kata-kata positif sebegini mampu menjadikan kita l

Ilmu atau Harta?

Alhamdulillah, saya terjumpa satu peringatan tentang perbezaan antara mengejar ilmu dan mengejar harta. Jadi di sini saya ingin berkongsi penjelasan tersebut buat peringatan kita semua. Ia berpandukan kisah sepuluh orang lelaki terpelajar, bertemu Saidina Ali dan bertanya bagaimana ilmu lebih baik daripada harta. Mereka meminta agar diberikan jawapan yang berbeza bagi setiap orang. Jadi Saidina Ali menjawab seperti berikut: 1 . Ilmu adalah warisan para Nabi-nabi, sedangkan harta ialah warisan Firaun. Oleh kerana Nabi-nabi adalah lebih hebat daripada Firaun, jadi ilmu lebih baik daripada harta. 2. Anda mesti menjaga harta anda, tetapi ilmu menjaga anda. Oleh sebab itu ilmu lebih baik daripada harta. 3. Apabila ilmu disebarkan ia akan bertambah, sedangkan harta akan berkurang apabila dibahagi-bahagikan. Oleh sebab itu ilmu lebih baik daripada harta. 4. Lelaki yang memiliki banyak harta mempunyai ramai musuh, sedangkan lelaki yang memiliki ilmu yang banyak memiliki ramai sahabat. Oleh se

Kisah Pembantu Rumah

Alhamdulillah semenjak berada di sini, saya berkesempatan bergaul dengan golongan pembantu rumah dan berkongsi cerita mereka. Maklumlah kita sama-sama berada dirumah, cuma bezanya mereka terpaksa bekerja keras sepanjang hari, sedangkan surirumah pula bos mengurus rumah sendiri. Surirumah boleh memilih untuk menyiapkan kerja-kerja mereka bila-bila masa sedangkan pembantu rumah terpaksa melakukan tugas mengikut arahan tuan rumah. Sekiranya memiliki tuan rumah yang cerewet banyaklah tugasan mereka, memang tak akan habis sampai ke malam. Jadi pada sesiapa yang mempunyai pembantu rumah, bertimbangrasalah terhadap mereka kerana mereka juga insan. Janganlah pula ada orang menganggap surirumah itu pembantu rumah, silap tu...surirumah BOS, pengurus rumahtangga. Di sini, kebanyakan rumah memiliki pembantu rumah walaupun si isteri tidak bekerja. Si pembantu rumahlah yang membantu menyiapkan kerja-kerja rumah, sedangkan surirumah cuma berehat dan memanjakan diri. Memang orang Oman menghormati pere

Kosongkan Fikiran Semasa Menulis

Bila mencari-cari teknik yang sesuai untuk menulis, saya bertemu dengan pelbagai idea, di antaranya KJ method yang saya belajar daripada Prof. Abdullah Hassan, bekas Dekan saya dahulu (BOS yang amat saya kagumi). Tapi tak jadi jugak, saya belum menulis buku sampai kini. Tulisan saya yang siap hanyalah tesis MA dan Phd, itupun ditulis dalam bahasa Arab. Saya mampu menyiapkannya kerana ingin lulus, alhamdulillah. Saya memang sukakan ilmu, selalu menyertai seminar dan kursus. Apabila terdengar saja ada program teknik menulis diadakan saya tidak akan lepaskan peluang. Tambahan pula pernah berada di institusi ilmu, saya berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk menulis dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu tapi mengapa segala teori itu cuma tinggal teori...tidak berhasil. Bila cari dalan internet terdapat pelbagai teknik dan kursus yang diwar-warkan boleh membantu kita untuk menjadi penulis. Di antaranya 'Bagaimana untuk menulis 24 mukasurat dalam masa kurang daripada 2o jam', 

Adakah Anak Mengajar Kita?

Bismillah... Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Bila bertemu dengan teman-teman lama ataupun saudara-mara itulah soalan cepumas. Dah berapa orang anak? Berapa orang putra, berapa putri? Yang sulung dah berapa umur? Pendek kata, anak-anak adalah harta yang paling berharga dalam kehidupan kita. Alhamdulillah, itulah nikmat Allah kepada kita dalam hidup ini, dan nikmat inilah yang sepatutnya kita hargai, walaupun terpaksa menempuh kesusahan menjaga mereka. Bagi saya pengalaman menjaga empat orang anak kecil (semua lahir selang setahun) memang begitu mencabar. Bagaimana menjaga anak kecil dalam masa yang sama mengandung dan menyusu badan, cuma Allah saja yang tahu. Namun itulah ujian yang mengajar kami harga anak-anak dalam hidup. Sememangnya anak-anak banyak mengajar kita, tanpa anak-anak kita mungkin boleh bersikap sambil lewa tapi bila bersama-sama dengan anak-anak kita kenalah baiki sikap kita, baiki penampilan kita. Pastikan mereka

Susahkah Menulis?

Menulis adalah salah satu cara kita meluahkan isihati dan berkongsi pendapat dengan orangramai. Namun begitu ia memerlukan kekuatan kita untuk melaksanakannya. Bukan senang untuk meluahkan segala idea yang berputar-putar dalam fikiran kita sekiranya kita tidak memiliki kekuatan. Impian saya dari dulu ialah ingin menulis, menyampaikan sedikit ilmu yang dipelajari sekian lama. Tapi terasa diri sendiri belum kuat. Saya selalu menyoal diri sendiri, betul ke apa yang aku tulis? apa yang orang sangka terhadap tulisanku? Betulkah bahasa Melayu yang aku gunakan? Serta pelbagai lagi persoalan yang ingin mematikan usaha yang baru bermula ini separuh jalan. Bukan sekali saya belajar 'research methodology' bahkan berkali-kali, termasuklah yang diadakan khusus untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat Phd di bawah SLAP. Malah begitu banyak teori untuk menulis dipelajari, termasuk juga kursus yang diadakan untuk menulis buku, tapi mengapa saya masih belum menulis? Belajar

Dari Mana Datangnya Motivasi Diri?

Motivasi diri adalah amat penting dalam diri setiap insan. Orang yang tidak bermotivasi adalah orang yang tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Setiap pagi berlalu, petang berakhir tanpa ada peningkatan diri. Kehidupan seharian dijalani tanpa apa-apa perubahan, cuma mengulang-ulang tugasan seharian sahaja. Begitu juga para surirumah. Bagi surirumah yang bermotivasi tinggi, mereka mampu melaksanakan pelbagai tugasan dengan mudah dan tenang. Walaupun begitu banyak urusan di rumah dengan anak-anak, mereka masih mampu menyumbang tenaga untuk masyarakat mereka. Itulah kelebihan memiliki motivasi yang kuat. Persoalannya dari manakah datangnya motivasi ini? Apakah ia datang dengan sendiri ataupun perlukan orang-orang tertentu untuk memotivasi mereka? Ataupun mereka perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk mengikuti kursus-kursus motivasi tertentu? Orang-orang dulu termotivasi sendiri tanpa perlu mengeluarkan apa-apa bayaran. Mereka mampu berjaya walaupun melalui pelbaga

Peringatan Buat Diri

Satu kata-kata Arab yang saya sukai ialah: لا تسخر من الآخرين فأنت لا تعرف قدرهم إلا بالاقتراب منهم التعامل معهم...وكن محبا للجميع لأن حب الناس ينير القلب ويجعل الإنسان سعيدا في الحياة Yang bermaksud: Jangan kamu memandang rendah orang lain.Sesungguhnya kamu tidak mengetahui tentang mereka kecuali mendekati dan bergaul dengan mereka. Jadilah orang kesayangan semua orang kerana kasih sayang manusia akan memberi cahaya kepada hatimu dan menjadikan manusia gembira dalam hidupnya.

Tips Hilangkan stress bagi Surirumah

Alhamdulillah kali ini kita sambung balik cerita surirumah ni. Sememangnya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa bermakna kita memilih untuk menghadapi cabaran yang amat kuat terutama bagi wanita-wanita berpelajaran tinggi.  Keputusan untuk berada dirumah bermakna kita memutuskan untuk meninggalkan gaya hidup yang lama, serta memulakan jadual baru. Ramai wanita terpaksa menghadapi keadaan stress pada peringkat permulaan berada di rumah, ada juga yang mencapai tahap yang kronik.   Jangan biarkan kita terperangkap dengan kata-kata orang sekeliling kita bahawa kita malas bekerja, kita penganggur dan pelbagai lagi kata-kata negatif. Ini kerana ia akan menyebabkan kita berasa rendah diri dan stress. Sepatutnya wanita yang terpelajar lebih tahu mengendalikan diri setelah membuat keputusan ini, akan tetapi realitinya tidak seindah yang kita sangka. Itulah yang menyebabkan keadaan rumah yang tidak terurus, walaupun si isteri berada di rumah. Sebenarnya keadaan ini dapat diatasi sekirany

Surirumah dan hafalan Quran

Alhamdulillah semenjak bergaul dengan ramai surirumah Arab, saya mendapati satu kegemaran mereka yang kurang ada dalam masyarakat melayu iaitu kegemaran menghafal al-Quran. Memang kebanyakan orang Arab menghafal al-Quran, itulah pelajaran pertama utk anak2 mereka, paling kurang hafal juzuk amma. Begitu juga surirumah yg saya jumpa (Oman, Mesir, Jordan, Sudan dan India) mengisi masa mereka dengan menghafal Quran. Mula-mula saya agak terkejut bila diajukan soalan ini oleh seorang surirumah Oman, kemudian soalan sama berulang bila bertemu surirumah Arab lain. Begitulah cara mereka mengisi masa lapang mereka. Alhamdulillah. Walaupun begitu mereka amat mengagumi cara orang-orang bukan Arab mengaji Quran. Ini kerana orang-orang Ajam lebih mementingkan bacaan dan tajwid, serta mampu mengaji dengan baik walaupun tidak memahami isi kandungan al-Quran yang dibaca. Jadi, elok juga kita mengambil pengajaran daripada orang-orang Arab ni. Memang tidak rugi kita meluangkan sedikit masa kita menghafal

Dilema Anak Perempuan

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan didunia ini, diberi kesempatan untuk menempuh perjalanan hidup dan ujian di sini. Bersyukurlah juga kerana dilahirkan sebagai perempuan serta berpeluang merasai pengalaman menjadi anak perempuan, isteri dan ibu. Walaupun mungkin perjalanan hidup kita tidak semanis mana, sekurang-kurangnya kita masih mampu menghirup udara nyaman dunia ini. Ada yang tidak dapat menerima hakikat dijadikan sebagai perempuan, maka mereka memilih hidup yang tidak sempurna dengan menjadi 'tomboy". Ada pula yang tidak dihargai oleh keluarga sendiri kerana dilahirkan perempuan, terutama keluarga yang lebih mementingkan anak lelaki untuk meneruskan keturunan mereka. Yang lain pula hidup tapi terpaksa menghambakan diri untuk melepaskan bebanan kewangan keluarga. Pendek kata ada seribu satu macam kisah hidup wanita bermula dari kisah anak perempuan, kisah isteri dan kisah ibu. Walau apapun ia tetap kisah wanita yang patut kita ambil iktibar sepanjang masa. Bila mendenga

Kita Sentiasa di perhati....

Satu jalan mudah yang dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara keji dan sia-sia ialah dengan sentiasa ingat bahawa 'kita sentiasa dalam perhatian Allah swt'. Ingatlah firman Allah swt dalam al-quran bahawa DIA sentiasa memerhatikan kita: "dan DIA bersama-sama kamu di mana saja kamu berada" - Al-Hadid:4 "Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak pula dilangit' Jadi setiap Muslim yang ingat kaedah ini mampu menjaga diri, serta memastikan setiap detik dilalui dengan melakukan perkara-perkara berfaedah. Allah swt juga mengingatkan kita bahawa DIA menugaskan dua malaikat yang bersama-sama dengan kita iaitu malaikat raqib dan atid. Kedua-dua malaikat ini bertugas menulis dan mencatat segala perbuatan kita, baik atau buruk. Malangnya ramai yang kurang menyedari, dan kadang-kadang lupakan perkara ini. Itu menyebabkan ramai terjebak dengan aktiviti kurang sihat. Mungkin kita kurang meyakininya, almaklum tak dapat ditengok de

APA NIAT ANDA HARI INI?

Niat adalah perkara penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita, kerana setiap kerja bergantung kepada niat. Ia dapat membantu kita menyempurnakan segala urusan kita dangan ikhlas dan penuh bertanggungjawab. Allah swt berfirman dalam surah Al-Bayyinah:5 وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلوة ويؤتوا الزكوة yang bermaksud; "dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus" Rasulullah bersabda: "sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulai dengan niat..." Jadi, amat perlu kita memulakan setiap hari kita dengan berniat, dan sentiasa mengingati niat tersebut. Berniat untuk melakukan perkara-perkara baik sahaja, agar kita beroleh keredhaan Allah sepanjang masa. Diantara cara terbaik untuk berniat: 1. Niat setiap pagi sebelum memulakan apa-apa kerja. Niatkanlah

Persepsi Kejayaan

Berita kejayaan adik Nik Nur Madihah dalam SPM amat membanggakan sesiapa yang mendengarnya. Kejayaan mendapat 20A (19A1 dan 1A2) adalah kejayaan tertinggi yang mampu dicapai pelajar SPM negeri Kelantan hingga ke hari ini. Pelajar dari Sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat ini berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri dengan pencapaian beliau. Ditambah pula latar belakang keluarga yang daif, sememangnya kejayaan beliau datang dari ujian kesukaran hidup. Kejayaan beliau membuktikan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk kita berjaya dalam pelajaran. Itulah pengalaman orang-orang lama mencipta kejayaan dalam hidup mereka. Inilah satu persepsi kejayaan yang yang dicari oleh setiap pelajar, berjaya dalam peperiksaan dangan keputusan yang cemerlang sama ada di peringkat sekolah, negeri ataupun negara. Kejayaan ini mengulang sejarah pencapaian Siti Fatimah Mokhtar, pelajar terbaik SPM 2006 yang memperolehi 18A (17A1 dan 1A2). Namun begitu, kisah kehidupan mereka amat berbeza. Sebagai seora

Muslim Tidak Perlu amalan Yoga

"Bila kita berubah, dunia akan berubah..." Inilah motto kelab Yoga di Oman, mereka bekerja keras mempromosi aktiviti yang diadakan oleh mereka. Oleh kerana tertarik dengan motto mereka, saya berkesempatan melawat kelab mereka, dan berbincang sedikit sebanyak tentang aktiviti yang mereka jalankan. Agak menarik juga program yang mereka sediakan secara percuma. Di antaranya hidup tanpa stress, meditasi Yoga dan Berfikir positif. Diikuti program mingguan dan seminar interaktif diantara peserta dengan pelbagai tajuk menarik setiap minggu. Kawasan tempat tinggal saya ini memang agak aktif, kerana kawasan orang-orang India. Kebanyakan mereka menubuhkan kumpulan dan menyediakan pelbagai aktiviti, termasuklah kelab Yoga ini yang mempunyai ramai peserta dari kalangan orang-orang India. Bagi saya, orangramai yang memilih untuk mempraktikkan yoga sedang mencari satu kaedah untuk menyelesaikan masalah mereka. Mereka ingin memantapkan diri dari dalam, apabila mereka bertemu dengan kumpulan

Yang lalu biarlah Berlalu

Akhir-akhir ini saya banyak bertemu dengan ungkapan "letting go of the past", "ubah skrip hidup anda", "heal your past to create the future you desire" serta pelbagai lagi ungkapan semakna dengannya. Ketika mengunjungi pameran buku, ada berbagai-bagai tajuk berkaitan ditulis sebagai buku, sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Saya terfikir juga, betul ke segala saranan diatas? Apakah kita mesti melupakan segala kisah masa lalu kita untuk mengecapi kejayaan dalam hidup ini? Tapi bila membaca pengalaman mereka yang memutuskan diri dengan masa lalu yang negatif, mereka berjaya mencapai kejayaan diluar dugaan, betul juga. Ramai orang yang dah berjaya menggunakan ungkapan di atas untuk memotivasi orang lain untuk menjadi insan berjaya. Maka wujudlah pelbagai macam bengkel dan seminar pembangunan diri, berdasarkan ungkapan ini. Begitu hebatnya ungkapan "lupakan masa lalu anda". Apabila membaca majalah 'FRIDAY' selalu juga dipaparkan

Gaza lagi

Alhamdulillah kali ini terdetik dihati ingin menulis lagi mengenai Gaza. Dah lama saya tak menulis tentang cerita mereka, iaitu semenjak berlakunya gencatan senjata antara Gaza dan Israel. Bukan tak ingin bercerita, terlalu banyak cerita sedih yang berlaku di sana. Setiap hari ada saja laporan TV tentang kesan yang mereka hadapi setelah berlaku gencatan senjata. Cerita anak-anak yatim piatu adalah laporan yang paling menyedihkan bagi saya. Saya tak tahu sama ada masih ada laporan tentang mereka di Malaysia, tapi di sini Gaza memang sentiasa dihati. Setiap hari pelbagai dokumentari tentang Palestin disiarkan oleh pelbagai saluran TV. Laporan kekejaman Israel termasuk juga cerita dari dalam Israel sendiri, iaitu layanan 'double standard' diantara Yahudi Arab dan Yahudi lain. Namun begitu umat Islam Gaza masih berada dalam kepungan, tembok tinggi yang dibina Israel berjaya memisahkan umat Islam Palestin daripada dunia luar. Dalam keadaan Ma'bar Rafah (di Mesir) yang susah untu

Kenalkah kita Rasulullah saw?

"Tiada beriman seseorang daripada kamu sehingga aku (Nabi Muhammad saw) dikasihi olehmu melebihi kasihmu kepada ayahmu dan anakmu serta seluruh manusia". Hadis di atas ini mengingatkan kita betapa pentingnya kita mengasihi nabi kita Muhammad SAW. Persoalannya mampukah kita menunjukkan kasih kita kepada seorang Insan yang tidak pernah kita lihat? Anak-anak saya selalu bertanya bolehkah kita melihat Nabi Muhammad SAW? Sekiranya kita tidak melihat baginda bagaimana kita nak tahu baginda? Budak-budak biasalah macam tu, kitapun sama...apakah kita mampu mengasihi baginda melebihi ayah kita, anak-anak kita dan seluruh manusia? Mungkin berat untuk penuhi apa yang dijelaskan dalam hadis di atas, kerana sikap kebanyakkan orang hari ini yang terlalu mencurigai orang lain. Malah kita sentiasa diingatkan untuk berhati-hati dengan setiap orang yang kita temui, hari demi hari perkataan sebegitulah yang masuk ke fikiran kita hatta sahabat sendiri. Entah ajaran bentuk apakah ini? Apatah lagi
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 2009 Bersyukurlah kerana kita dijadikan sebagai wanita Moga keikhlasan niat menunaikan tanggungjawab kita sebagai ANAK, ISTERI dan IBU diberkati Allah swt. ELOK WANITA ELOKLAH UMMAH

Sekadar Berkongsi...Pameran Buku Oman

Alhamdulillah semalam saya berpeluang ke pameran buku antarabangsa Oman kali ke-14. Terasa seronok berada di dalam kawasan yang dipenuhi pengunjung yang mempunyai niat yang sama, mencari buku untuk dibaca. Walaupun cukup sekadar membeli beberapa buah buku, tapi pameran buku ini ternyata mampu memberi gambaran masyarakat Oman yang sukakan ilmu pengetahuan. Pameran buku yang berakhir semalam itu mampu mengumpulkan penerbit dari banyak negara Arab lain termasuk buku-buku terbitan Oman. Memang kita tidak akan merasai keadaan ini di Malaysia walaupun ada pesta buku antarabangsa, kerana di Malaysia tak banyak penerbit buku Arab menyertainya kerana pemintaan terhadap buku-buku arab tidak banyak. Beberapa perkara penting yang boleh dipelajari dari pameran ini ialah, seperti biasa apa-apa pameran di Oman mengambilkira pengasingan pengunjung lelaki dan perempuan, kecuali waktu petang yang dikhususkan untuk keluarga. Tapi yang eloknya sifat orang Oman ini, bila satu kanuter itu dipenuhi oleh oran

7 Mac - Hidup ke Bahasa Melayu?

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi pengalaman belajar bahasa, bersempena perhimpunan PPSMI. Moga-moga usaha murni mempertahankan bahasa Melayu difahami oleh pemerintah kita. Bagi saya apalah yang ada dalam Bahasa Inggeris yang diterimapakai beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah pengajaran bahasa Inggeris itu satu keperluan untuk diterap semenjak kecil lagi, seperti yang diperjuangkan oleh pembuat polisi. Apakah bahasa kita tidak mampu memenuhi kehendak perkembangan ilmu hari ini? Sebenarnya kita hendaklah faham perbezaan ilmu dan maklumat. Ini kerana ilmu itu terhasil dari kefahaman kita, sekiranya kita cuma memerlukan maklumat, maka tak perlulah kita tergesa-gesa menggunakan bahasa asing dalam pendidikan kita. Padahnya ialah apakah jenis ilmu yang akan terhasil dari pemikiran yang tidak mempunyai prinsip yang jelas itu. Ilmu terhasil dari adaptasi pemikiran, penghayatan, pengalaman dan pembacaan. Akan tetapi sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menghayati maklumat yang di

7 Sifat Mukmin dalam Surah Al-Mu'minuun

Bila membaca Surah Al-Mu'minuun dalam Al-Quran, kita akan mendapat panduan tentang sifat-sifat orang-orang Mu'min, iaitu orang-orang yang beriman. Allah swt telah menjelaskan tentang 7 sifat Mu'min dalam surah tersebut, yang mana sekiranya mampu kita amalkan ia akan membantu kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Menurut ahli tafsir, surah Al-Mu'minuun adalah termasuk golongan surah-surat makkiyyah. Ia dinamakan Al-Mu'minuun kerana permulaan surat ini menerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang Mu'min yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Begitulah tingginya sifat-sifat ini, hingga ia telah menjadi akhlak Nabi Muhammad saw. Surah Al-Mu'minuun sekiranya selalu dibaca dan dihayati akan memandu hidup kita ke arah kejayaan sejati, kerana isi penting dalam surah ini mengingatkan kita tentang: 1) keimanan , iaitu kepastian hari akhirat dan hal-hal yang terjadi pada hari tersebut, dan Allah tidak