Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Kahwin dengan Orang Arab - Cabaran Bahasa

Alhamdulillah hari ini tergerak untuk berkongsi sedikit pengalaman hidup setelah genap 16 tahun melayari hidup bersama suami semalam 12/12/13. Saya masih ingat pernyataan seorang rakan dari Jordan, "bagaimana satu pasangan mampu memahami satu sama lain, sedangkan bahasa yang digunakan begitu jauh berbeza? " Apakah yang boleh menyatukan hati dua insan yang datang dari latar belakang yang terlalu jauh bezanya? Kata-kata beliau ada benarnya, dan saya akui itulah masalah terbesar yang saya alami sehingga kini. Perkahwinan bukan hanya penyatuan dua jasad tetapi dua hati untuk saling mampu berkongsi cerita suka duka sepanjang tempoh perkahwinan tersebut. Jika dua hati mampu berbicara tanpa mengeluarkan kata -kata alangkah indahnya hidup ini. Realitinya kita memerlukan perkataan-perkataan yang akan diolah menjadi ayat-ayat indah untuk menenangkan hati si pendengar. Semuanya itu terhasil dari "lidah bonda", perkataan-perkataan yang pertama didengar akan meresap ke dala

Ujian untuk Istiqamah

Alhamdulillah hari ini saya mendapat kekuatan untuk mencoret sedikit kata-kata buat muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa berperang dengan sikap dan tabiat yang kita bina dalam usaha meneruskan apa yang kita cita-citakan. Tabiat itu boleh diubah tetapi ia memerlukan masa, serta kesungguhan diri. Jika tidak ada kesungguhan maka apapun yang dirancang tidak akan menjadi. Bagi saya ujian untuk istiqamah terlalu berat jika ia dilakukan secara bersendirian. Alangkah bahagianya jika kita mempunyai satu kumpulan rakan yang semuanya berusaha untuk memperbaiki diri. Jika ada yang tersasar ada rakan yang mengingatkan. Jika terasa lemah ada rakan memotivasi agar kuat kembali. Ujian datang dalam pelbagai bentuk, semuanya menguji setakat mana kita mampu menghadapinya. Jika lulus maka kita akan mampu naik ke peringkat seterusnya, jika gagal maka kita terpaksa mengulangi episod yang sama. Ujian paling berat buat saya ialah untuk istiqamah dalam melakukan sebarang gerakkerja, keran

Buku Panduan Tidak Sesuai

Alhamdulillah mampu bercerita lagi, sesuai untuk panduan insan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Alkisah selepas cuti musim panas kami disediakan dapur gas baru. Kali pertama tengok agak terkejut kerana ia buatan negara Islam iaitu Mesir. Terdetik dihati, bagus juga institut ini kerana menyediakan kemudahan buatan orang Islam. Dalam kata lain menyokong produk buatan Muslim. Namun begitu kami perlu memasang sendiri berpandukan buku panduan yang disertakan. Sayang sekali buku panduan yang disertakan hanya memberi panduan umum tentang cara-cara menggunakannya, tanpa memfokuskan tentang produk yang dibeli. Ini, agak berbeza daripada produk-produk lain yang saya selalu guna. Buku panduan tersebut tidak menyebutkan tentang model yang dikeluarkan, sebaliknya menggunakan gambar model yang berbeza daripada model yang disediakan kepada kami. Apakah kami mampu mendapat manfaat daripada buku panduan tersebut ataupun kami mesti pandai-pandai sendiri untuk memasangnya? Maka te

Undang-undang Keluarga Istimewa di Tunisia

Alhamdulillah, sekarang masuk minggu kedua sesi persekolahan baru di Oman bermula. Anak-anak semakin seronok ke sekolah setiap hari sebagai rutin baru setelah tiga bulan bercuti. Ini bermakna sudah dekat dua minggu kami berada di Oman semula selepas menghabiskan cuti musim panas kali ini di Tunisia. Sepanjang tempoh ini saya hanya bersama dengan anak-anak disini kerana suami masih berada di negara beliau atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mengenai satu undang-undang kekeluargaan yang agak menarik pada pandangan saya diamalkan di Tunisia. Sebenarnya kami tidak mengetahui kewujudan undang-undang tersebut, sehinggalah saat-saat akhir untuk meninggalkan Tunisia. Ketika itu Pegawai Imigresen Tunisia enggan menguruskan proses mengesahkan paspot saya dan anak-anak untuk keluar dari Tunisia tanpa suami. Beliau meminta saya menunjukkan surat kebenaran daripada Majlis Daerah kawasan dimana suami tinggal, bahawa suami saya membenarkan s

Santunilah Ibubapamu

Bila banyak berjalan kita akan sempat melihat pelbagai ragam manusia. Ramai yang menganggap setiap apa yang berlaku berkait dengan adat dan budaya setempat, biarpun kadang-kadang ia bertentangan dengan akhlak seorang muslim. Namun begitu sebelum kita menghukum sesuatu selidikilah dahulu. Apa yang pasti, bila wujud perasaan kasih terhadap seseorang kita akan sanggup meluangkan masa kita untuk menyediakan sesuatu yang istimewa buat insan tersebut. Bila layanan dibuat sambil lewa, itu bermakna kasih itu hanyalah dibibir mulut saja. Berbalik kepada tajuk 'santunilah ibubapamu', ia adalah hasil pengamatan terhadap amalan yang berlaku didalam beberapa masyarakat yang pernah saya saksikan sendiri. Meskipun berlainan adat dan budaya, ajaran agama kita adalah satu serta tidak berubah. Ajaran Islam menitikberatkan tentang berbuat baik kepada ibubapa, terutama bila mereka sudah berusia lanjut. Dalil-dalil daripada al quran dan al sunnah amat jelas tentang berbuat baik kepada ibuba

Musim Panas 2013

Cuti musim panas kali ini sudah hampir ke penghujung, apa yang nyata kami sudah bersedia untuk meninggalkan tempat ini. Mungkin cuti ini adalah cuti yang paling tidak bermakna buat kami, apa-apapun kami redha menerimanya. Kadang-kadang kita merancang tetapi perancangan Allah lebih baik untuk kami. Jika kita menerima ketetapan itu dengan redha, kita akan berasa tenang. Ia lebih baik daripada mengharapkan sesuatu di luar kuasa kita. Sesungguhnya cuti kali ini mengajar diri ini banyak perkara tentang hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Sebelum meletakkan kesilapan kepada orang lain, lebih baik memperbaiki diri sendiri. Ini kerana kita tidak mampu mengawal sesuatu diluar diri kita. Apatah lagi bila kita berada di suatu tempat yang begitu jauh berbeza daripada adat dan budaya kita sendiri. Apa yang boleh dikata...redhalah menerimanya. Bila cuti berakhir, maka anak-anak akan memulakan kembali perjuangan mereka dalam menuntut ilmu. Bagi anak lelaki, kembali ke sekolah b

Kisah-kisah dalam Al-Quran

Alhamdulillah sudah dua pertiga Ramadhan berlalu, maknanya sudah banyak kenangan dan amalan yang mampu kita kumpulkan kali ini. Jika kita mengaji Quran sejuzuk sehari, kita mungkin telah berjaya menghabiskan lebih daripada dua pertiga al-quran. Alhamdulillah... Jika kita membaca dan cuba memahami isi kandungan ayat-ayat tersebut kita telah mampu mengumpulkan begitu banyak kisah-kisah menarik yang diceritakan didalam kitab suci itu. Perasan tak apakah cerita yang paling banyak diulang didalam Al-Quran? Siapakah nabi yang kisahnya diulang-ulang tetapi didalm senario yang berbeza? Jika kita cuba hayati dan susun kembali cerita-cerita nabi tersebut dan umat baginda, kita akan mampu memahami realiti masalah yang menimpa umat Islam hari ini. Apakah ada penyelesaian yang disebut didalam al-quran? Itulah kisah Nabi Musa dan umat baginda, orang-orang Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam hari ini. Ramai yang rasa sedih, kecewa, geram dan marah dengan sikap orang-orang Yahudi terhadap

Dua dalam Satu lagi

Imej
Ada satu lagi benda menarik yang saya temui disini berkonsepkan dua dalam satu iaitu motosikal. Ketika mula-mula melihat motosikal disini saya tergelak, kerana konsep yang digunakan amat berbeza daripada motosikal yang selalu saya lihat ditempat lain. Tapi lama-lama saya rasa konsep ini amat bersesuaian dengan taraf ekonomi orang yang menggunakannya. Ketika berduit untuk membeli minyak motor ia boleh digunakan sebagai sebuah motosikal, bila kehabisan minyak ia boleh ditukarkan menjadi basikal yang dikayuh seperti basikal biasa. Anak-anak saya amat seronok mencuba motosikal ini, bermula dengan belajar mengayuh kemudian baru mula belajar menggunakan enjin. Apa yang menariknya, pemandu motosikal mestilah mengayuh motosikal tersebut untuk menghidupkan enjinnya. Ia adalah diantara pengangkutan popular bagi penduduk disini, terutama untuk bergerak ke tempat yang dekat. Kenderaan keluaran Perancis ini hanya saya temui disini, mungkin anda pernah melihatnya ditempat lain. Bag

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini. Moga Ramadhan kali ini lebih bererti dalam hidup kita serta menjadi titik mula kepada perubahan yang ingin kita lakukan dalam hidup kita.  Bayangkan sudah berapa lama kita menunaikan ibadah ini, apakah corak Ramadhan yang kita bentuk dalam diri kita? Apakah Ramadhan kita hanyalah berlapar dahaga semata-mata ataupun kita cuba membawanya ke peringkat yang lebih baik, di mana Ramadhan ini kita gunakan untuk membentuk diri bersesuaian dengan target kita kali ini. Bagi saya, Ramadhan amat sesuai dijadikan titik perubahan untuk apa saja yang kita inginkan, kerana ketika ini kita hanyalah berperang dengan keinginan nafsu kita, tiada lagi cabaran unsur luar yang selalu berlumba untuk melemahkan diri kita setiap kali kita ingin berubah. Jadi gunakanlah tempoh sebulan ini untuk melatih diri untuk memulakan ritual baru yang perlu diteruskan selepas Ramadhan, serta raihlah Rahmat Ilahi sepanjang bulan ini. Janganlah kita menjadikan ia waktu u

Indahnya Berinternet

Alhamdulillah...syukur kerana kita memiliki satu teknologi yang amat bermakna buat perantau. Jika dulu bila terasa sunyi, kita terpaksa memendam rasa, hari ini kita mampu berhubung dengan mudah. Internet juga menghubungkan kita dengan insan yang berada jauh dari kita, terutama bila kita berada sendirian tanpa teman-teman yang memiliki budaya yang sama. Inilah perasaan bila berada ditengah-tengah keluarga yang berlainan adat dan budaya. Kadang-kadang terfikir, mengapa aku memilih takdir ini? Apakah yang aku harapkan daripada kehidupan sebegini? Alhamdulillah dengan kemudahan internet, kurang sedikit perasaan bosan, rindu untuk mendengar bahasa ibunda dipertuturkan. Juga rindu untuk berbicara secara berdepan menggunakan bahasa ibunda. Itulah keindahan internet untuk orang-orang seperti saya...moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghabiskan cuti kali ini dengan tenang dan gembira.

Dua dalam Satu

Imej
Alhamdulillah hari-hari yang dilalui disini agak menarik meskipun hanya terkurung dirumah. Bila terasa bosan, keluar ke halaman rumah sambil memilih buah peach dan plum yang dah mula masak. Apa yang menariknya buah ini terhasil daripada satu pokok sahaja. Satu dahan peach manakala sebahagian lagi plum. Ketika kami baru sampai tiga minggu lepas, buah plum baru nak masak. Inilah kali pertama saya makan buah ini yang masih belum masak, rasanya seakan-akan satu buah yang pernah saya makan ketika kecil- kecil dulu, masam-masam manis. kami panggil buah gemior, Semua mentertawakan saya kerana makan buah yang belum masak. Saya makan cara orang Kelantan, buat ccolek. Sekarang buah-buah tu sudah masak. Ketika orang lain sibuk makan buah plum, selera saya pula beralih kepada buah pic. Seronok juga makan buah yang dipetik sendiri, terus dari pokok. Inilah kebiasaan saya ketika kecil, amat suka memakan buah-buahan dari pokok. Bezanya disini pokok buah-buahan rendah dan boleh dipetik

Sekeping Kertas Sebuah Ilusi

Alhamdulillah saya masih berpeluang untuk menulis disini lagi... Kadang-kadang terasa ingin menulis serta meluahkan segala isihati disini, tetapi kadang-kadang terasa bahawa itu adalah kerja sia-sia, serta tidak memberi manfaat pada diri sendiri. Bila menoleh kembali kehidupan yang dilalui selama ini, serta pelbagai dugaan hidup yang berpanjangan, saya akur bahawa segalanya hanyalah berpunca daripada sekeping kertas yang dikejar selama ini.  Saya juga harus akur bahawa sekeping kertas itu jugalah yang akan terus menjadi beban sepanjang hidup saya. Jika orang lain berusaha, akhirnya akan terlihat hasil, bak membayar ansuran bulanan akhirnya dapat sebuah rumah, tetapi saya akan terus membayar hanya untuk segulung kertas.  Perjuangan untuk mendapatkan sekeping kertas tersebut amatlah berat, kemudian ia menjadi tali untuk mengikat leher pemegangnya. Apakah pemegangnya mampu mengatasi segala ujian ini, serta menganggapnya hanyalah satu ilusi ataupun hanya berserah kepada t

Cerita di Tempat Baru - Tunisia

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke enam kami berada ditempat baru, serta mula bercuti musim panas. Insya Allah tahun ini kami akan menghabiskan cuti serta berpuasa dan berhari raya di negara kelahiran suami di Tunisia.   Setelah beberapa hari tidak menggunakan internet, apabila mendapat peluang hari ini, saya terus cuba semak email dan segala urusan yang dilakukan pada hari saya akan bertolak ke sini.   Ketika ini baru terasa bahawa pengendali internet ni agak prihatin juga, kerana pelbagai soalan dan password diperlukan sebelum dapat masuk ke ruangan yang saya selalu gunakan sebelum ini, termasuklah blogger ini.   Inilah kali pertama saya melalui keadaan ini, kerana pada tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah wujud soalan-soalan sebegitu, walaupun saya menggunakannya daripada Malaysia.   Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya kembali berkongsi cerita disini.   Apa yang dapat saya ceritakan bahawa sepanjang perjalanan ke sini, saya mendengar pelbagai cerita te

Hadis tentang Mimpi

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi satu hadis yang diriwayatkan didalam Sahih Bukhari tentang mimpi.   Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Said Al-Khudri, sesungguhnya beliau mendengar Nabi sallalahu'alaihi wassalam bersabda: " Apabila seseorang kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, maka mimpi itu dari Allah. Maka hendaklah dia memuji Allah kerananya dan boleh diceritakannya kepada orang lain. Tetapi apabila dia bermimpi apa yang dia tidak sukai, maka sesungguhnya mimpi itu dari syaitan. Sebab itu hendakalah dia berlindung (kepada Allah) dari bahaya mimpi itu dan tidak perlu diceritakannya kepada sesiapa pun kerana mimpinya itu tidak akan berbahaya kepadanya."   Sungguh indah kehidupan seorang Muslim, jika setiap apa yang berlaku kepadanya disandarkan kepada Allah subhanahu wataala. Begitu indah juga bila setiap apa yang ingin dilakukan diambil pelajaran daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah sallalahualaihi wasallam.   Sesungguhnya Ras

Jauh tapi Dekat...

Alhamdulillah perkembangan teknologi hari ini menjadikan kita tidak terasa sangat meskipun berada jauh beribu-ribu batu daripada insan-insan yang kita sayangi.   Teringat kenangan kali pertama meninggalkan keluarga tercinta, tahun 1989 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIA.   Ketika itu jika teringatkan ibubapa dan adik-beradik di kampung, terpaksalah dipendamkan kerinduan itu kerana sistem telekomunikasi ketika itu tidak sehebat dan semudah hari ini.   Masih teringat lagi, ketika itu telefon rumah hanyalah boleh didapati dirumah-rumah orang yang berada sahaja. Jika terlalu rindu untuk bercakap dengan ibubapa, maka saya terpaksa menelefon jiran yang terletak jauh dari rumah sendiri,  meminta mereka memberitahu ayah bahawa saya ingin bercakap pada waktu tertentu.   Maka mereka akan menyampaikan pesanan tersebut, manakala ayah dan ibu akan menunggu dirumah jiran tersebut. Itulah indahnya hidup berjiran ketika itu.   Daripada jiran jauh kami

Beranikan Diri Mencuba...

Imej
Alhamdulillah setelah dekat sebulan menggunakan mobile phone untuk berinternet, hari ini saya memberanikan diri untuk update blog ini menggunakan aplikasi mobile. Dalam masa yang sama masih belajar untuk memasukkan gambar terus ke blog...moga selepas ini dapat berkongsi gambar pemandangan tempat-tempat yang sempat dilawati. Jom nikmati keindahan Taman Qurm disini... Taman ini merupakan taman kegemaran kami sekeluarga untuk menghabiskan masa bersama-sama teman pada setiap hujung minggu. Apa yang pasti taman ini mempunyai pelbagai kenangan pahit dan manis kami semasa berada di Oman.

Sunnah Berbekam

Alhamdulillah semasa pulang bercuti di Malaysia pada tahun lepas saya sempat menghadiri kursus bekam yang dianjurkan oleh Stokis HPA Cawangan Ketereh, Kelantan.   Banyak perkara yang sempat saya pelajari disini, terutamanya teori dan praktikal bekam. Bekam merupakan satu sunnah Rasulullah saw yang kurang diambilberat oleh umat Islam, yang mana akhirnya mereka terpaksa menghadapi pelbagai penyakit fizikal termasuklah penyakit tiga serangkai.   Sebenarnya saya pernah beberapa kali melakukan bekam semasa berada di Oman, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Apa yang menariknya di Oman, kerajaan menyediakan khidmat bekam secara percuma kepada penduduk disini, termasuklah orang luar seperti saya.   Akan tetapi pusat rawatan tersebut tidak mampu menampung keperluan penduduk Oman sendiri, yang menyebabkan sesiapa ingin melakukan bekam terpaksa membuat temujanji beberapa bulan sebelum mendapatkan rawatan.   Dipusat rawatan tersebut, rawatan bekam diasingkan daripada rawatan

Belajar Al-Quran daripada Ibu Sendiri

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang untuk belajar mengaji Al-Quran daripada ibu tercinta, kadang-kadang daripada ayah apabila ibu sibuk. Ibu begitu mengambil berat tentang mengaji al-Quran terutama selepas solat maghrib, malah hingga kini, ibu masih rajin mengaji al-Quran.   Sesungguhnya begitu banyak kenangan bersama ibu terpahat diingatan ini, sewaktu mengaji al-Quran. Mungkin ketika saya kecil, saya tidak menghargai usaha yang ibu lakukan, malah kadang-kadang malas mengaji serta menganggap nasib saya tidak sebaik anak-anak lain yang pergi mengaji di rumah guru mengaji al-Quran.   Betullah kata orang, anak-anak begitu sukar untuk menerima tunjukajar daripada ibu sendiri serta mengecilkan keupayaan ibu sendiri, kerana kita menganggap beliau adalah ibu, mana mungkin jadi guru kita. Itulah yang saya rasai dulu...   Ketika itu saya menganggap kawan-kawan yang pergi belajar mengaji di rumah guru al-Quran begitu bernasib baik, serta hebat, lebih-lebih lagi bila me

Kahwin dengan Orang Arab

Bismillah....Alhamdulillah....   Adakah diantara pembaca yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkahwinan dengan orang Arab?   Apakah pengalaman sepanjang perkahwinan tersebut, suka-duka dan pahit-manis yang dilalui? Apakah ia sesuai dikongsikan sebagai panduan insan lain ataupun ia hanya dikongsikan dengan insan-insan tertentu sahaja?   Banyaknya persoalan yang timbul bila tersebut kisah 'berkahwin dengan orang Arab'...   Ada orang yang begitu seronok menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab, manakala ramai lagi yang lebih selesa berdiam diri.   Apakah ini menandakan bahawa orang yang menwar-warkan perkahwinan mereka dengan orang Arab amat bahagia dengan pilihan mereka, manakala yang memilih untuk berdiam diri, kurang bahagia? Ia berbalik kepada persepsi kita melihat hubungan ini.   Apabila saya memilih untuk berkahwin dengan orang Arab, saya ditemukan juga dengan ramai lagi rakan senegara yang turut berkahwin dengan orang Arab, t

Bagaimana kita berinteraksi dengan AlQuran?

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana membuka hati ini untuk berkongsi sesuatu disini. Sebagai Muslim, kita diajar semenjak kecil untuk mengaji quran, agar amalan ini sebati dengan diri kita. Pastikan agar kita mampu khatam buku panduan hidup kita ini sebagaimana kita mampu menghabiskan bacaan buku-buku lain. Bagaimana kita mampu mengatur hidup berpandukan al-Quran jika kita tidak mampu menghabiskan bacaannya dan memahami maksudnya? Apakah yang kita rasa bila kita jalani hidup ini tanpa panduan al-Quran? Pastinya perjalanan hidup akan tersasar daripada fitrah kejadian kita. Bila bercerita tentang al-Quran, kita pasti tercari-cari dan tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk berinteraksi dengan kita suci ini. Ringkasan daripada buku "Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran" karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, cara kita berinteraksi dengan al-quran termasuklah menghafal, membaca, mendengar, kemudian memahami dan mentafsirkannya, dan mengikut ajaran serta

Al-Quran Teman Sejatiku

Alhamdulillah...saya akan memulakan perbincangan berkaitan Al-Quran serta bagaimana kesannya didalam kehidupan kita sehari-hari . Moga ia membantu kita memahami apa sebenarnya pandangan kita terhadap kita suci panduan hidup kita ini. Jika kita meneliti kembali kehidupan kita sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, apakah kita faham mengenai diri kita? Apakah kita tahu betapa istimewanya diri yang dijadikan oleh Pencipta kita ini? Apakah kita betul-betul mengenali diri kita sendiri? Apakah kita mengerti mengapa kita dijadikan untuk hidup didunia ini? Apakah kita dijadikan untuk menempuh ujian ataupun untuk menjadi penyumbang kepada kemajuan ummah? Fahamilah bahawa Allah swt tidak menjadikan kita secara sia-sia, setiap insan yang dijadikan mempunyai kelebihan dan potensi yang tertentu sesuai dengan tempat dan suasana dia dilahirkan. Subhanallah...kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri, kemudian kita dibekalkan dengan kita suci sebagai panduan untuk kita

Datang dan Pergi - Bersahabat kerana Allah

Alhamdulillah...bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Apa yang ingin dikongsikan?   Perjalanan bulan March penuh dengan kenangan pahit dan manis, pertemuan, perpisahan dan pertemuan kembali dengan rakan-rakan lama.   Alhamdulillah 'ala kulli hal... Begitulah kehidupan diperantauan, kita dipertemukan dengan insan, bermesra berukhwah, menjalin ikatan kemudian berpisah. Ada kala ia begitu memedihkan hati, namun kita mestilah redha dengan segala ujian yang dihadapi.   Moga Allah menemukan kita dengan insan yang ikhlas menjalin hubungan kerana-Nya, dimana-mana saja kita berada.   Apa yang mesti diingati ialah pastikan ikatan itu ikhlas kerana Allah swt, jika tidak berkesempatan bertemu didunia, kita akan bertemu diakhirat nanti. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis "7 golongan yang akan bernaung dibawah bayangan arasy diakhirat nanti....golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt...."   Dalam sedih ada gembira, itulah perasaan saya b

Berkhemah di Bar Jissah

Imej
Alhamdulillah hujung minggu lepas 21/3/2013 - 22/3/2013, kami bersama-sama beberapa keluarga lain berkhemah di Pantai Bar Jissah berdekatan Yiti disini. Program tersebut berjaya diteruskan sekali lagi selepas camping di Wahiba Sands akhir Januari lalu berjaya.   Alhamdulillah kali ini lebih ramai keluarga yang menyertainya kerana kedudukan tempatnya yang tidak jauh dari kediaman masing-masing, termasuklah beberapa keluarga yang hanya datang makan-makan dan balik bermalam dirumah masing-masing. Sebaik sampai anak-anak  teruja untuk mandi laut, dipantai yang diubahsuai. Sempatlah juga mereka melihat ikan pari besar berenang, ketika mereka menyelam dan berenang di kawasan yang agak jauh dari pantai. Hidang utama setiap kali berkhemah adalah daging bakar. Kali ini ia ditemani dengan pulut bakar, cubaan pertama saya untuk membuatnya.   Kenangan yang tidak akan dilupa ialah apabila angin bertiup amat kencang meruntuhkan khemah-khemah yang dipasang apabila masing-masing bers

Hilangnya Seorang Ulama

Setelah dua hari tidak membuka internet, pagi ini tajuk utama yang saya baca ialah kisah sedih iaitu perginya seorang ulama yang amat saya kagumi - Syeikh Said Ramadhan Al-Buti semalam pada 22/3/2013.    Pemergian beliau bersama-sama 26 orang lain yang turut sama dibom (menurut berita lain 40 orang, menurut cerita lain pula beliau ditembak mati, bukan dibom kerana tiada kesan kehancuran dimasjid tersebut), menjadi satu kehilangan buat umat Islam didunia ini.    Maka berakhirlah pelbagai spekulasi tentang pendapat beliau yang amat berbeza daripada ulama-ulama lain berkenaan dengan isu Syria. Apakah ulama yang telah mengiktiraf bahawa darah beliau halal bergembira dengan berita ini?   Apa yang ingin saya kongsikan ialah betapa umat Islam kehilangan sebutir lagi permata, perginya seorang ilmuan membawa bersama-sama beliau ilmu yang banyak, dan cara beliau melihat masalah umat Islam amat berbeza daripada ulama-ulama lain. Moga Allah merahmati beliau serta menempatkan beliau b

Bukan Bidang Saya!

Alhamdulillah akhirnya tergerak tangan ini untuk menaip entri baru disini. Moga segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.   Ini bukan bidang saya...saya tidak mahir dalam ilmu-ilmu sebegitu...ye ke tak tau, bukan bidang awak ke?   Dimana-mana kita melihat orang berlumba-lumba untuk mengkhususkan diri dalam bidang-bidang tertentu. Apabila sudah berjaya, maka mereka akan dianggap sebagai pakar bidang tersebut.   Betulkah kita sudah menjadi pakar dalam bidang tersebut dengan hanya segulung sijil atau ijazah?   Bila bercerita tentang bidang dan kepakaran, saya teringatkan satu hadis yang menjadi satu prinsip bagi saya..."apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan pakarnya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat".   Sebenarnya hadis inilah yang banyak mengingatkan saya, agar berhati-hati untuk berkata-kata, terutama bila tajuk tersebut bukanlah bidang saya. Jika dalam bidang sendiripun saya masih kurang yakin untuk menegaskan tentang sesuatu, kerana ilmu

Mencintai Rasulullah saw

Alhamdulillah hari ini kita mulakan kembali perbincangan tentang hadis-hadis nabi. Di antaranya ialah hadis : لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين yang bermaksud   "tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah kamu mencintai diriku (Rasulullah saw), melebihi cintamu kepada bapamu, anak-anakmu dan seluruh manusia lain."   Dalam kehidupan kita didunia ini, kita mestilah meletakkan kasih dan sayang kita mengikut turutan yang diajarkan kepada kita iaitu mencintai Allah, Rasulullah, ibubapa kemudian barulah kita letakkan kasih dan sayang kita kepada insan-insan lain.   Mengapa kita diajar untuk meletakkan Allah dan Rasul-Nya sebelum kita mencintai makhluk Allah yang lain? Semuanya adalah untuk manfaat diri kita, kerana bila kita meletakkan kedua-duanya mendahului makhluk lain, kita akan lebih tenang dalam melalui hidup kita.   Jika mencintai Allah dan Rasul-Nya yang dijadikan tujuan utama, segala urusan lain adalah sampingan semata.

Oh Februari!

Apa dah jadi? Baru sebulan bersemangat untuk menulis kembali, baru tiba Februari sudah mula dingin. Apakah aktiviti sepanjang bulan ini?   Anak-anak sudah masuk minggu ke dua berada di semester dua, alhamdulillah terdapat peningkatan yang ketara dalam pembelajaran mereka. Moga mereka terus berjaya dalam kehidupan dan pembelajaran.   Alhamdulillah aktiviti kami, kumpulan wanita Malaysia di Oman juga semakin berjalan lancar. Moga segala aktiviti yang dirancang berjaya serta mampu mencapai objektifnya.   Apa yang paling istimewa pada bulan ini ialah peluang bertemu dengan seorang cikgu yang mengajar sewaktu saya di bangku sekolah rendah disini, Cikgu Khadijah. Jauhnya tempat pertemuan kembali kami setelah dekat 30 tahun tidak pernah bersua. Itulah ketetapan Allah, moga pertemuan ini mampu merapatkan lagi hubungan persaudaraan yang terjalin diantara kami.   Baru beberapa bulan lepas saya menulis mengenai bait-bait nasyid yang terlekat diingatan ini di wall facebook saya

Apakah Cara Berfikir kita Sama?

Alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi beberapa perkara yang saya kira boleh dijadikan topik untuk sama-sama kita fikirkan.   Ketika saya duduk mendengar rakan bercakap dengan pelbagai hujah tentang masalah yang berlaku dinegara mereka Mesir, akhirnya saya menyampuk, rasanya itu juga berlaku di Malaysia... Apakah perkara tersebut?   Pertama sekali mereka bercerita tentang rakyat yang kurang berpuas hati tentang pilihanraya yang berlaku di Mesir, kerana anggapan mereka ada penipuan seperti peluang untuk mengundi dinafikan, kertas undi dibuang dan sebagainya. Akhirnya rakyat bangkit menimbulkan huru-hara.   Bagi saya ia sama saja dengan cerita-cerita yang berlaku dinegara kita, setiap kali pilihanraya berlaku, itulah cerita sensasi yang disebarkan disana-sini, bezanya orang kita masih mampu bersabar serta cuba membetulkannya dengan cara yang sesuai.   Bila diceritakan mereka agak terkejut, kerana mereka menganggap bahawa ia sama dengan apa yang tersebar ditempat mere

Beza cara Hidup di Rantau

Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah kali ini, kami sempat mengikuti beberapa program bersama-sama rakan senegara, sama ada dianjurkan secara persendirian ataupun anjuran kedutaan.   Jadi anak-anak mempunyai kenangan tertentu sepanjang cuti ini, bukan hanya sekadar duduk dirumah serta menghadap TV sepanjang masa.   Inilah masalah bila berada dirantauan, ibubapa yang mesti menyediakan program untuk anak-anak, kerana kami hanyalah satu keluarga yang hidup sendiri, serta begitu jauh daripada sanak-saudara.   Terbayang-bayang keadaan anak-anak saudara yang tinggal berhampiran ahli keluarga lain, mereka bebas kunjung-mengunjungi, serta bebas melakukan aktiviti sendiri tanpa perlu bergantung kepada ibubapa.   Namun begitu kami redha, kerana inilah jalan pilihan kami sehingga hari ini....   Dalam masa yang sama, saya kasihan mendengar keluhan kawan anak-anak, yang hanya terperuk dirumah sepanjang masa cuti, bertanyakan khabar anak-anak saya, yang dikira bernasib baik ke