Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Mengajar dari Rumah

Jika kita melayari internet kita akan temui pelbagai iklan mengenai bekerja dari rumah sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa.
Begitu juga pelbagai universiti maya diwujudkan untuk menampung keperluan dalam bidang maya ini. Pendek kata peluang terbuka luas buat sesiapa saja yang berminat untuk menuntut ilmu.
Dalam dunia sekarang, kita tidak boleh lagi memberi alasan tidak tahu kerana segala maklumat berada dihujung jari sesiapa saja yang ingin mencarinya.
Namun begitu kita mestilah berhati-hati kerana dalam masa yang sama banyak juga ilmu yang tidak betul disebarkan. Ketika inilah kepandaian menganalisis fakta dan sikap yang kritikal diperlukan, agar kita tidak termasuk kedalam golongan yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat-maklumat yang salah terutama dalam hal-hal berkaitan agama.
Bila kita menyoroti kisah-kisah ulama silam, kita akan temui sikap-sikap mulia dipamerkan berkaitan dengan penyebaran ilmu.
Teringat kisah Imam Bukhari dan Imam Muslim ketika ingin mengumpulkan had…

Alam Tumbuh-tumbuhan

Alhamdulillah setiap kali berjalan-jalan, kita diberi peluang berinteraksi dengan alam disekeliling kita. Apakah kita pernah memerhati serta mengamati pebezaan tumbuh-tumbuhan?
Subhanallah...setiap ciptaan Allah dialam ini begitu unik serta tersusun rapi. Apa yang Allah ciptakan sesuai untuk penduduk tempat tersebut.
Alhamdulillah peluang berada ditiga buah negara berbeza, serta memerhati perbezaan-perbezaan yang wujud disitu membuktikan bahawa 'nikmat Allah begitu besar kepada insan'.
Apa yang pasti tumbuh-tumbuhan mampu tumbuh serta membesar dengan cepat bila mendapat bekalan  air. Itulah yang sedang saya amati diatas bukit dihadapan flat kami disini.
Alhamdulillah setelah hujan turun beberapa kali pada bulan lepas, bukit-bukit disini mula berubah kepada warna hijau. Rerumput mulai tumbuh menghijau, manakala pokok-pokok renek juga mulai membesar. Saya tertanya-tanya dari mana datangnya pokok-pokok tersebut, bagaimana ia boleh membesar begitu cepat sekali? Subhanallah....
Begit…

Kawal Suami

Setakat mana seorang isteri boleh campurtangan dalam urusan hidup suami?
Ada suami yang rasa seronok apabila isteri mengambiltahu tentang urusan hidup mereka, kerana mereka merasa bahawa isteri menyayangi mereka serta ingin berkongsi segala-galanya dengan isteri mereka.
Ada pula suami yang tidak suka apabila isteri bertanyakan urusannya, kerana menyangka isteri ingin mengawal kehidupan mereka.
Ada pula yang memilih untuk berkongsi urusan-urusan serta cerita tertentu sahaja. Semuanya terpulang kepada personaliti suami serta kepandaian isteri memainkan peranan mereka.
Manakala isteri pula, ada isteri yang terlalu mengambilberat tentang suami hinggakan suami merasa rimas dengan mereka. 
Ada pula isteri yang terlalu mengongkong kehidupan suami hinggakan segala urusan suami dia yang mengawalnya. Si suami bagaikan pak turut tanpa berkata apa-apa.
Terasa kasihan apabila mendengar kisah ibubapa yang mana anak lelaki mereka dikawal oleh isteri, hinggakan nak berhubungpun begitu susah. 
Semenjak kahwi…

Janji Melayu atau Janji Arab?

Janji Melayu...satu ungkapan yang selalu kita dengar bila menghadiri apa-apa program ataupun apa-apa temujanji yang berkaitan dengan waktu suatu ketika dulu.
Ia menunjukkan bahawa orang Melayu selalu lambat dan tidak menepati masa yang sepatutnya. Biasanya jika berjanji jam 7 dia akan sampai setengah jam atau sejam kemudian. Begitu juga jika program sepatutnya bermula jam 7 ia akan dimulakan lebih lambat. 
Apakah sikap tidak menepati masa tersebut masih ada dalam masyarakat Melayu? 
Sepanjang bergaul dengan orang-orang Melayu disini, saya dapati kebanyakan mereka menepati masa serta begitu menghargai masa. Begitu juga setiap program bermula pada waktu seperti yang dijanjikan.
Oleh itu saya merasakan bahawa ungkapan tersebut tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh masyarakat melayu disini. Alhamdulillah.
Apa yang jelas kebanyakan rakan-rakan disini menghargai masa serta mempunyai perancangan yang jelas. Itulah sumber kemakmuran hidup mereka.
Jika dulu saya selalu mendengar leteran tentang …

Solat dan Pengurusan Masa

Apakah perkaitan antara solat dan pengurusan masa? Ramai yang menjaga solat tetapi gagal menguruskan masa, apakah itu kesan positif daripada solat kepada beliau?
Sebagai seorang Muslim kita disuruh mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu lima kali sehari semalam. Setiap waktu solat ada garis waktu yang tertentu yang mesti kita ikuti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar waktu-waktu tersebut mengikut citarasa kita sendiri.
Waktu-waktu solat adalah gambaran awal bagi umat Islam tentang pengurusan masa, jika umat Islam mampu mengurus waktu solat mereka, banyaklah kebaikan yang akan terhasil daripadanya.
Namun begitu kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang begitu menjaga waktu solat, akan tetapi tidak berdisiplin dalam menjaga masa, seolah-olah solat dan kehidupan diluar solat ada pemisahnya.
Apakah tindakan kita bila berhadapan dengan situasi sebegini? Apakah kita cuma mengikut cara mereka tanpa bertindak untuk memperbaikinya?
Apa yang penting umat Islam perlu …

Awal Muharram Kembali lagi...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H...Moga diberi kekuatan serta semangat untuk meneruskan usaha-usaha kita hingga ke akhir usia.

Bulan Muharram kembali lagi, mengembalikan beberapa adat dan amalan yang tidak bersumberkan sunnah, tetapi disebarkan sebagai sunnah Rasulullah saw.
Apa yang menyedihkan ialah ia juga turut dikongsikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang menerima amalan tersebut sebagai sunnah. Maka berleluasalah amalan tersebut disebarkan diinternet.
Seingat saya sepanjang berada disini, saya tidak pernah mendengar orang bercerita tentang amalan doa akhir dan awal tahun hijrah. Terfikir juga apakah orang Oman tidak tahu tentang amalan ini, jika ia adalah sunnah.
Dalam masa yang sama, hati terasa ingin tahu siapakah yang memulakan amalan ini, jika benar ia bukan bersumberkan hadis baginda?.
Kita kata kita sayangkan baginda, tetapi kita menyebarluaskan ibadah yang tidak dilakukan oleh baginda...apakah itu tanda kita sayangkan baginda?
Kita mengaku bahawa agama Islam …

Wanita 1/4 Ahli Dewan Tunisia

Sudah sebulan lebih pilihanraya asas Tunisia berlangsung iaitu pada 23 Oktober 2011, dan sudah beberapa hari calon-calon yang terpilih bermesyuarat diparlimen Tunisia, barulah saya berkesempatan untuk menulis mengenainya disini.
Pilihanraya tersebut yang dinyatakan sebagai satu pilihanraya bersih dan  telus telah dihadiri oleh ramai pemerhati daripada seluruh dunia. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, kerana petugas pilihanraya yang kurang berpengalaman.
Apa yang menarik perhatian saya ialah lebih  kurang satu perempat calon yang terpilih adalah terdiri daripada wanita. Ini termasuklah calon-calon daripada Parti Al-Nahdha, sebuah parti berideologi Islam, yang turut menyenaraikan ramai calon wanita sebagai wakil rakyat mereka, termasuklah wanita yang tidak bertudung (?) 
Setiap hari  TV Tunisia menyiarkan siaran langsung persidangan di Parlimen, yang bermula dengan beberapa adegan penentangan beberapa wakil rakyat pembangkang. Satu adegan yang agak tidak se…

Hujan Rahmat

Alhamdulillah sudah beberapa minggu langit Oman agak mendung dan kerap hujan. Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun pertama saya merasai hujan berulangkali setelah hampir 7 tahun berada disini.
Apabila sudah terbiasa dengan langit yang cerah dan terang, cuaca yang panas, bila langit agak mendung, terasa suram saja alam sekeliling.
Apa yang pasti, hujan yang turun membawa rahmat kepada kami disini, ia menyejukkan bumi yang panas, membasahkan tanah yang gersang, membawa hawa sejuk hinggakan kami tidak perlu lagi menggunakan aircond. Alhamdulillah...
Malam tadi hujan turun lagi serta agak lebat, namun begitu ia tidak selebat hujan yang turun sebelum hariraya aidiladha, yang telah menyebabkan banjir dibeberapa tempat disini.
Saya masih teringat pada petang tersebut, hujan yang amat lebat telah menyebabkan jalan sesak berjam-jam diroundabout dihadapan rumah saya.
Apabila mengikuti berita pada hari berikutnya barulah saya tahu bahawa kawasan bersebelahan telah dilanda banjir, ia termasuklah…

Persoalan tentang Penyakit

Ada satu perkara yang sentiasa bermain-main difikiran saya sudah beberapa lama, mungkin ia juga persoalan anda juga.

Persoalan ini ialah mengenai sakit dan penyakit, apakah ia ketetapan Allah yang boleh diubah ataupun tidak?

Apabila kita mendengar cerita seseorang itu sakit, apakah kita bersalah apabila menasihati mereka untuk mengubah cara hidup mereka?

Apakah gaya hidup menyebabkan kita berpenyakit?

Apakah kita berserah semata-mata apabila ditimpa penyakit ataupun berusaha untuk mengubatinya?

Apakah jenis rawatan yang kita ambil membantu penyembuhannya?

Apakah respon kita apabila doktor memberitahu bahawa penyakit kita sudah mencapai tahap kritikal?

Ada banyak persoalan lagi yang menanti jawapan, namun begitu amat sukar untuk mencari insan yang betul-betul memahami untuk dikongsi persoalan ini.

Pagi tadi saya sempat mengutarakan pendapat saya mengenai beberapa persoalan diatas kepada seorang rakan, tetapi ia masih terbuka untuk perbahasan.

Bagi saya persoalan-persoalan ini amat be…

Indahnya Memberi

Alhamdulillah seronok melihat kegembiraan insan-insan yang suka membantu sesama insan, sama ada dikenali ataupun tidak. Mereka begitu ikhlas memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan.
Begitu juga saya seronok melihat gaya hidup guru, terserlah kegembiraan diwajah mereka setiap masa, walau apapun dugaan yang dihadapi.

Inilah Rahmat Allah pada orang yang sentiasa memberi, moga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus memberi dan mendidik anak bangsa.
Kadang-kadang kita ingin memberi seperti orang lain, berkongsi fikiran dan pendapat dengan orang lain, tetapi situasi tidak mengizinkan.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah kita juga mempunyai peluang seperti insan lain untuk memberi? Bagaimanakah orang lain begitu mudah untuk memberi sedangkan kita terpaksa menghitung detik dan waktu untuk mampu memberi seperti orang lain.
Kadang-kadang kita menyalahkan tempat tinggal kita sebagai halangan untuk terus memberi, sedangkan kita diberi pilihan untuk memilih. Kita juga dibuka jala…

Eid Adha Mubarak

Selamat Menyambut Hariraya Korban 1432H.
Alhamdulillah pagi ini kami berkesempatan untuk menunaikan solat hariraya dimasjid berhampiran rumah kami disini. Masjid yang mengumpulkan warga asing disini sentiasa meriah pada hari raya.
Alhamdulillah...kali ini kami keluar beramai-ramai ke masjid, ditemani jiran yang pertama kali ke masjid tersebut.
Bagi saya walaupun berada dirantauan, solat eid merupakan ibadat yang paling penting untuk dihadiri, kerana ia merupakan inti sambutan hari raya, jika terlepas maka hariraya tersebut jadi tidak bermakna.
Ketika ini jugalah saya berpeluang berkenal-kenalan dengan jiran-jiran, serta bersalaman dengan kawan-kawan lama disini.
Setiap kali hariraya korban kita diingatkan tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Sesungguhnya pengorbanan mereka begitu besar.
Kisah Nabi Ibrahim a.s juga boleh menjadi pengubat rindu kita kepada kampung halaman. Mengapa begitu? Jika dihayati secara mendalam kita boleh merasai kekuatan hati baginda ketik…

Bersabarlah...

Bersabarlah apabila terpaksa duduk bersama-sama insan yang masih jauh daripada amalan Islam yang sejati. Kadang-kadang terasa marah, kadang-kadang terasa geram...itu semuanya ujian buat kita.
Bila difikir-fikirkan...begitu sabarnya baginda Rasulullah saw mengharungi hidup bersama-sama kaum kuffar pada zaman baginda.
Baginda tidak pernah memaksa orang lain untuk menerima dakwah baginda. Baginda tetap sabar menghadapi situasi tersebut.
Maka bagi insan yang terpaksa berada dikalangan insan-insan sebegitu, banyakkan bersabar dan berdoa. Moga suatu hari Allah merahmati insan tersebut dengan cahaya keimanan sejati.
Bersabarlah kerana kesabaran itu separuh daripada iman. Kesabaran juga akan menatijahkan kemenangan kepada kita suatu hari nanti.

Kenduri Kahwin di Tunisia

Imej
Setiap masyarakat mempunyai adat tersendiri berkaitan dengan perkahwinan, yang mana ia menggambarkan keunikan masyarakat tersebut.

Semasa menziarahi keluarga di Tunisia kami berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan, serta merasai sendiri kemeriahan suasana disitu.
Disana setiap majlis dianggap tidak lengkap tanpa kumpulan jemputan sama ada kumpulan nyanyian ataupun kumpulan nasyid. Begitu juga kenduri meraikan kejayaan pelajar dalam pelajaran turut diiringi kumpulan muzik dan majlis tari-menari.
Kebanyakan majlis perkahwinan disini dilangsungkan semasa cuti musim panas, ketika inilah mereka berebut-rebut mengadakan majlis kahwin. Maka setiap malam bunyi muzik kedengaran disana-sini.
Kebanyakan majlis berlangsung selama tiga malam, maka kita terpaksalah bersabar dan pekakkan telinga sehingga majlis tersebut berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam. Ketika itulah muda-mudi dan mereka yang gemarkan muzik keluar menari beramai-ramai. Sabar ajelah...
Satu adegan yang …

Ziarah Tunisia 1

Imej
  Alhamdulillah semasa cuti musim panas tahun ini kami berpeluang menziarahi keluarga suami di Tunisia. Inilah rahmat "Revolusi Tunisia 2011" yang paling bererti buat kami sekeluarga. Anak-anak begitu teruja untuk bertemu dan berkenalan dengan saudara-mara disana, yang mana inilah pertemuan pertama mereka.
Bermacam-macam soalan ditujukan kepada bapa dan mak saudara mereka sepanjang perjalanan sejam lebih  ke bandar Sousse, tempat kelahiran suami.

Inilah aktiviti pertama yang dilakukan mereka untuk mengisi masa lapang, pada hari pertama ketibaan mereka dikampung. Anak-anak mengambil peluang memanjat ke atas bumbung rumah untuk melihat kawasan sekeliling.

Rumah tradisi ini telah diubahsuai yang mana bumbung asal berbentuk kubah  digantikan dengan bumbung mendatar. Begitu juga kebanyakan rumah-rumah dikawasan ini dibina semula dengan ciri-ciri baru, hilanglah senibina asli mereka yang agak unik dan menarik.
Pada hari ketiga kami disana, kami dibawa mengun…

Selesaikan Masalah

Semenjak balik  ke Oman dua bulan lepas, saya tidak berkesempatan untuk berinternet, sama  ada untuk berinteraksi ataupun untuk berkongsi idea.
Dua bulan yang begitu menguji kekuatan diri saya, pada mulanya kesibukan kerja rumah menjadikan saya memilih untuk menangguhkan sebentar proses memasukkan internet  ke rumah. Segala tumpuan dialihkan untuk menyelesaikan tugas-tugas dirumah yang memerlukan perhatian, serta membaca kembali buku-buku dalam simpanan.
Namun begitu selepas tiga minggu, kami cuba mendapatkan semula talian internet yang ditamatkan sebelum bercuti. Kali ini kami ingin mencuba perkhidmatan daripada syarikat telekomunikasi lain, yang diwar-warkan lebih hebat daripada syarikat yang kami langgani dulu. 
Namun begitu kami tidak bernasib baik dalam pilihan ini, daripada akhir bulan September hinggalah semalam, pelbagai masalah talian timbul. Ia betul-betul menguji kesabaran saya.
Alhamdulillah semalam masalah utama berjaya diatasi,  setelah wakil syarikat tersebut datang sendir…

Akhirnya Kembali...

Bismillah...Alhamdulillah....
Akhirnya dapat kembali berblog setelah sebulan tidak melayari internet. Sebulan tidak melayari internet terasa macam terputus dari dunia luar.

Bagi saya macam-macam cerita pahit-manis ditempuhi sepanjang percutian musim panas tahun ini.

Anak-anak juga telah masuk minggu ke empat bersekolah pada sesi persekolahan baru 2011/2012. Namun begitu cerita dan kenangan percutian kali ini akan terus kekal dalam ingatan.

Alhamdulillah kami kembali menjadi perantau di Oman, status yang sama untuk kami sekeluarga. Bila berada jauh daripada sanak-saudara, kehidupan juga kembali berubah. Moga Allah mengurniakan Rahmat-Nya buat kita semua.

Insya Allah jika ada kesempatan, saya akan kongsikan pergalaman kembara kali ini...

Buat masa sekarang, kena hadiri mesyuarat ibu-ibu di sekolah anak, moga ada perkongsian baru hari ini.

Wanita Pemegang Adat

Sepanjang berada disini, banyak perkara telah sempat saya perhati tentang wanita. Dalam masa yang sama saya sempat berbincang serta bertukar-tukar pendapat dengan ipar-duai tentang tugas surirumah.
Kesimpulannya, bagi saya wanita merupakan peneraju utama dalam sesebuah keluarga, mereka jugalah pemegang adat setempat, samaada adat tersebut bertepatan dengan ajaran Islam ataupun sebaliknya
Sememangnya tidak dapat dinafikan kepentingan peranan wanita dalam keluarga. Jika mereka mengambilberat tentang keluarga mereka, hasilnya amat memuaskan begitu jugalah sebaliknya.
Adat Perkahwinan –
Menurut adat disini, wanita begitu diambilberat semasa majlis perkahwinan. Keluarga pengantin perempuan mestilah menyediakan semua kelengkapan untuk perkahwinan anak perempuan mereka, yang mana akan dihantar kerumah keluarga lelaki sebagai persiapan untuk menjalani hidup sebagai seorang isteri, tanpa perlu memikirkan kesukaran hidup.
Manakala pengantin lelaki pula mestilah menyediakan rumah dan kelengkapan …

Amalan Diri

Setiap orang mesti mempunyai amalan diri yang jelas, yang mana ia seharusnya diamalkan secara berterusan tanpa mengira keadaan dan tempat.

Ini kerana amalan tersebut mampu menjadi sumber kekuatan serta benteng diri kita daripada sesuatu yang tidak kita ingini.
Amalan diri mampu menguatkan rohani kita, akan tetapi ia memerlukan kepada ilmu. Malah jika ia diamalkan secara tersusun dan teratur ia mampu menyempurnakan jadual harian kita.
Mungkin kita sentiasa memiliki jadual waktu yang tersusun dari segi gerakkerja harian, tetapi selagi kehidupan kita kosong daripada amalan rohani, akhirnya kita akan tercari-cari sesuatu untuk memenuhi keinginan rohani kita.
Apapun amalan yang kita pilih, pastikan ia berasaskan quran dan sunnah yang jelas, serta menjadikan amalan menghafaz al-quran sebahagian daripada waktu kita.
Program kerohanian yang terbaik ialah amalan berterusan pada bulan Ramadhan. Jadi jika kita ingin memulakan perubahan rohani, mulakanlah pada bulan Ramadhan, kemudian pastikan sega…

Hujan Emas di Negara Orang

Hidup sebagai perantau, walau semanis manapun pengalaman yang diperolehi, kita tetap akan merasakan diri kita asing. Ya kita adalah insan asing yang menumpang dibumi tersebut, yang mana tidak akan dianggap setaraf anak jati bumi itu.

Itulah perasaan yang dirasai setiap kali bertemu anak jati bumi tersebut. Perasaan sebegitu jugalah yang akan mampu mengugat ketenangan kita sebagai perantau.

Apakah perasaan ini turut dirasai oleh perantau lain? Ataupun Cuma saya yang amat terasa dengan situasi sebegini.

Berada dinegara orang adalah satu pengalaman buat kita, tetapi apakah hati kita cukup terbuka untuk menerima kekurangan dan kelemahan yang terbentang didepan mata, yang mana kita tidak mampu berbuat apa-apa selain mengeluh, kemudian berdoa.

Semakin bertambah bilangan hari menumpang dibumi asing, hati semakin sakit, bukan tidak menyukai tetapi sakit bila melihatkan sikap ambil mudah tentang hal-hal agama.

Ketika ini jugalah hati teringatkan bumi “Serambi Mekah”, dimana setiap detik kita d…

Istigfar dan Selawat

Bila berada bersama-sama masyarakat lain, kita mampu melihat setakat mana pengamalan mereka dalam adat dan ibadat. Apa yang pasti, ada sesuatu yang mampu kita kutip dari situ.
Bila berada bersama-sama wanita Oman, apa yang selalu diulang-ulang ialah istigfar. Itulah amalan yang selalu saya dengar apabila berada berdekatan dengan mereka. Amalan istigfar menjadi sebutan setiap waktu, mungkin juga ia punca ketenangan mereka.
Alhamdulillah semakin lama bergaul dengan mereka, amalan tersebut turut melekat pada saya.
Teringat sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang melazimi beristigfar, Allah akan menjadikan apa yang diingininya kejayaan, menyediakan jalan keluar bagi setiap kesusahannya, serta memberi rezeki yang tidak terhitung" hadis Riwayat Abu Daud.
Moga amalan ini berkekalan dihati, sehingga ia menjadi akhlak manusia, yang mana mampu menjadi sumber kejernihan hati.
Bagi saya setiap orang mempunyai amalan tersendiri, sama ada berbentuk ibadat ataupun adat. Jika amalan tersebut baik, …

Keberkatan Ramadhan

Alhamdulillah kita berada didalam bulan yang mulia ini sekali lagi, bulan untuk kita berlumba-lumba merebut pahala dan Rahmat yang tidak terhitung pada bulan ini.
Apakah kita menyediakan diri kita untuk betul-betul merebut peluang ini ataupun kita sekadar menjalani hari-hari ini seperti biasa? Apa yang pasti janganlah kita membiarkan diri kita menyesal apabila Ramadhan sudah berada dipenghujung, berusahalah.
Menjalani hari-hari mulia ini dirantauan sudah menjadi biasa bagi kami sekeluarga, beberapa tahun di Oman, tahun ini kami terpaksa menjalani tempoh berpuasa yang lebih panjang dalam suasana musim panas di Tunisia pula.
Apapun yang pasti anak-anak tetap bersemangat untuk berpuasa setiap hari dengan menu sahur yang agak berbeza daripada biasa. Moga semangat tersebut berpanjangan sehingga ke akhir Ramadhan.
Sesungguhnya Ramadhan bulan untuk melatih kita agar lebih bertakwa, jika kita menyusun segala aktiviti kita secara teratur insya Allah kita mampu keluar daripada latihan dibulan ini d…

Tak Habis Belajar

Dalam dunia hari ini, bila seorang wanita terpelajar memilih untuk berada dirumah maka pelbagai tohmahan serta cerita-cerita liar akan disebarkan, terutamanya tak habis belajar.

Kepulangan ke Malaysia bulan Jun lepas menemukan saya dengan beberapa orang insan yang menganggap saya tidak berjaya menghabiskan Phd saya. Ia bukanlah cerita baru bagi saya, kerana saya pernah bertemu beberapa orang lagi yang menganggap sedemikian.
Ada yang terus terang berkata kepada saya bila bertanya tentang status saya, "tu la sebab phd tak dihabiskan", ada pula yang berkata "memang selama ini aku menganggap bahawa kamu telah gagal dalam phdmu."
Persoalannya, apakah bila seorang wanita terpelajar memilih untuk berada dirumah, maka beliau sebenarnya gagal dalam pengajiannya?
Sekali fikir terasa bagaikan betul...wanita tersebut gagal mempraktikkan segala ilmu yang dipelajarinya. Dua kali fikir...inilah kata-kata yang mampu membunuh niat suci wanita untuk berkhidmat kepada keluarga dan ana…

Suasana di Tunisia sekarang

Selepas enam bulan Revolusi Tunisia berlaku, keadaan di Tunisia kembali tenang seperti biasa dikawasan-kawasan pelancongan, tetapi menurut penduduk disini suasana musim panas tahun ini tidak semeriah tahun-tahun lepas.
Ini kerana bilangan pelancong begitu sedikit, malah menurut laporan banyak hotel yang terpaksa ditutup kerana menganggung kerugian, atas kekurangan pelanggan.
Apa yang saya saksikan ialah ada beberapa orang askar ditempatkan ditempat-tempat tertentu, yang mana ia adalah pemandangan biasa .
Alhamdulillah kami berkesempatan melawat beberapa tempat bersejarah di sini, namun begitu masih belum sampai ke bandar Qairawan, yang terletak cuma 50km daripada kawasan suami, iaitu sebuah bandar bersejarah yang paling penting dalam sejarah penyebaran Islam di Afrika.
Rezeki kami ialah dapat menyertai lawatan rombongan pelajar kuttab disini ke bandar Tunis, jadi dapatlah kami turut-serta melawat beberapa tempat penting di bandar tersebut, termasuklah Pusat Sains dan bandar bersejarah P…

Sebulan di Tunisia

Alhamdulillah sudah genap sebulan kami berada bersama-sama keluarga suami di Tunisia, macam-macam cerita suka-duka dialami sepanjang bulan ini.
Pada mulanya saya menganggap bahawa segala pengalaman disini akan menjadi pengalaman manis buat kami sekeluarga, tapi ada juga detik-detik sedih yang tidak disangka.

Sebulan berlalu dalam keadaan saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada saya disini? Saya begitu gembira berada disini tetapi ada suatu yang selalu menganggu, lebih pelik daripada segala pengalaman selama ini.
Saya terasa seolah-olah saya berubah menjadi insan baru, otak semacam diikat-ikat, setiap waktu perkataan-perkataan negatif tertentu diputar-putarkan difikiran saya, sehinggakan saya tidak berminat untuk berinteraksi dengan jiran tetangga yang begitu beria-ia ingin berkenalan.
Yang peliknya bila kami keluar ke mana-mana semuanya ok, tetapi masuk saja ke rumah kami macam-macam perasaan ganjil dirasai, termasuklah tanggapan terhadap suami serta-merta berubah menjadi negati…

Pengalaman Baru

Alhamdulillah...esok akan genap seminggu kami berada ditempat baru, bersama-sama keluarga di benua lain. Macam-macam cerita yang ingin dikongsikan...mungkin suatu masa nanti.

Pengalaman pertama ialah menempuh kesesakan transit ketika di Doha, ketika itu terasa betapa ramainya orang yang mengambil peluang bercuti.

Kemudian pelbagai cerita bersama-sama penumpang Arab ketika menuju ke sini, satu suasana yang belum pernah dirasai selama berulang-alik dari Oman ke Kuala Lumpur. Tambahan pula penerbangan tersebut akan diteruskan ke Casablanca, selepas berhenti sebentar di Lapangan terbang Tunis.

Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah kisah seorang ibu muda yang meletakkan bayi kecil beliau dikaki kerana pesawat hari itu penuh. Beliau yang pada mulanya mengamuk kerana tidak dapat tempat duduk yang membolehkan beliau meletakkan bayi ditempat bayi, bertindak meletakkan bayinya dibawah hinggalah terpaksa ditegur oleh pramugari bertugas.

Tindakan terakhir ialah pramugari menyediakan te…

Luahan Hati...

Perkenalan dialam maya membuatkan saya tersalah menilai seseorang. Bagi saya 'dia' cukup baik, tulisan dan chat yang begitu unik, cukup membuatkan saya menerima kehadirannya dalam kehidupan saya.
Malah hati ini begitu teringin untuk bertemu dengan dia yang saya anggap sebagai 'adik' di alam maya. Sayangnya...hubungan yang sepatutnya menjadi lebih erat, kerana disusuli dengan ikatan yang lebih kuat luntur, bila kali pertama melihat layanan yang diberikan bila bertemu.
Itulah kali pertama saya dilayan sedemikian rupa sebaik sahaja kaki ini menjejaki tanahair tercinta...hanya Allah yang mengetahui apakah motif disebalik semua kejadian itu.
Ini membuatkan saya terfikir, apakah salah saya? Segala impian manis yang ingin saya rasai pada kepulangan kali ini, bermula dengan kesedihan. Apa yang manisnya ialah saya bakal bertemu dengan tiga orang adik ipar serentak. Tapi ketentuan Yang Maha Esa adalah jauh berbeza...
Rupa-rupanya ada rahsia yang disembunyikan oleh keluarga daripad…

Buat Baik Dibalas Baik

Sepanjang berada dikampung, saya sempat mendengar beberapa cerita yang disampaikan tentang majlis perkahwinan yang negatif, yang mana akhirnya mengakibatkan rumahtangga yang baru dibina berkecai.
Bila melihat trend majlis perkahwinan hari ini, terasa banyak sangat pembaziran yang dilakukan, yang mana kadang-kadang ia mampu mengugat kedamaian sebuah mahligai yang baru dibina. 
Pelbagai tema dan persiapan rapi dilakukan agar majlis yang dianjurkan berjaya menepati citarasa pasangan 'raja sehari'. Apa yang dipentingkan ialah penampilan luaran, hingga kadang-kadang mereka terlupa bahawa penampilan dalaman lebih mampu mengikat keutuhan sesebuah keluarga.
Mungkin pada awal perkahwinan segalanya masih belum terasa kerana segalanya masih manis. Orang yang selalunya merasai kesusahan mengatur majlis tersebut ialah ibubapa kedua-dua belah pihak, yang mana selalu dipandang sebelah mata oleh pasangan baru tersebut.
Diantara kisah yang diceritakan ialah layanan yang diberikan kepada pihak yang…

Kahwin tanpa Mertua

Alhamdulillah saya sempat menghabiskan dua minggu cuti di kampung sambil menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Majlis kahwin dan majlis sambut menantu, macam-macam adat dan gelagat pasangan baru dapat dilihat.
Macam-macam cerita dan berita yang didengari..tetapi satu situasi yang belum pernah saya alami ialah hidup dengan mertua. Walaupun pernah bertemu selama 20 hari, tetapi belum pernah merasa berkunjung ke rumah Ibu Mertua.
Moga rancangan untuk berkunjung ke rumah mertua minggu depan akan berjalan lancar, serta impian saya untuk merasai berada dirumah mertua menjadi kenyataan.
Banyak cerita negatif dikaitkan dengan mertua, membuatkan hati saya agak takut dan gerun. Tapi hati tetap berdoa agar ibu mertua saya tidaklah seperti yang digambarkan oleh sesetengah surirumah.
Saya pernah rasai perasaan itu tujuh tahun lepas, iaitu kali pertama bertemu dengan ibu mertua...alhamdulillah beliau begitu penyayang, serta jauh bezanya daripada cerita-cerita yang pernah saya dengari. Ini menyeba…

Bercuti di Kampung

Alhamdulillah hari ini genaplah dua minggu saya bercuti dikampung halaman, dua hari lagi akan bertolak balik ke Oman semula, untuk menemui suami dan anak-anak yang ditinggalkan disana.
Selepas itu kami akan meneruskan program ziarah ke tempat baru buat saya dan anak-anak. Moga segala rancangan berjalan lancar serta mendapat Rahmat Ilahi.
Dua minggu berada bersama-sama keluarga setelah dua tahun meninggalkan tanahair adalah tempoh yang terlalu singkat. Alhamdulillah suami begitu memahami serta menggalakkan saya untuk kembali ke tanahair serta bertemu keluarga disini. Bagi beliau "dua tahun adalah terlalu lama bagi saya untuk berpisah daripada keluarga."
Macam-macam program yang sempat dihadiri, termasuklah program reunion bersama-sama rakan lama, yang sudah lebih 20 tahun terpisah. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis sempat dirasai kepulangan kali ini.
Ini termasuklah majlis kenduri kahwin adik serta jiran tetangga disini. Alhamdulillah..syukur pada Allah diatas kesempatan unt…

Cuti Sekolah bermula...

Alhamdulillah anak-anak sudah mula bercuti musim panas, jadi rutin harian saya akan berubah, terhentilah juga kesibukan awal pagi seketika, hinggalah tahun persekolahan baru bermula September nanti.
Biasalah sistem persekolahan disini, cutinya amat panjang, dan teramat panjang. Ibu-ibulah yang mesti memikirkan pengisian musim cuti sebegini, agar masa anak-anak tidak terbuang begitu sahaja.
Buat masa sekarang cuaca disini teramat panas, bila anak-anak bercuti, mereka tidak perlu lagi meredah panas waktu balik dari sekolah, alhamdulillah.
Apakah perancangan cuti kali ini? Apakah objektif percutian kali ini?
Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini ialah untuk melancung ke tempat kelahiran suami saya, serta mengambil peluang untuk bertemu ibu mertua, serta saudara-mara sebelah sana. Disamping itu dapatlah mengenai adat dan suasana baru di Tunisia.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk berkenalan dengan sepupu mereka disana, serta ingin mengenali tempat tersebut...impian mereka ingin melawat pantai di…

Keselamatan Anak-anak dirumah

Banyak kali terbaca tentang kemalangan dirumah yang berlaku kepada anak-anak kecil, yang mana kejadian tersebut dapat dielak jika ibubapa merancang keselamatan dalam rumah apabila mendapat anak kecil.
Alhamdulillah suami saya begitu perihatin tentang bab-bab keselamatan, memandangkan kami mempunyai 4 orang anak kecil yang membesar bersama-sama. Jika tidak merancang tentang peralatan didalam rumah, tentu kami akan sentiasa risau dan bimbang.
Diantara tempat yang utama untuk diberi perhatian ialah dapur, pastikan ada penghalang ke dapur, jadi anak-anak tidak berpeluang menghampiri bahagian tersebut dirumah. Ada pelbagai jenis pintu yang boleh digunakan dijual di Baby Centre, yang mana boleh kita pasang dengan mudah, dan alihkan jika kita berpindah ke rumah lain.
Membiarkan anak-anak kecil keluar masuk kedapur bermakna kita mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan negatif, yang mana akhirnya kita yang menyesal jika berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum termasuk memecahkan p…

Kisah Perantau Lagi...

Alhamdulillah minggu ini masuk minggu kedua saya memulakan aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi.
Apa yang seronoknya berjalan-jalan dalam suasana panas sekarang, bahang kepanasan amat terasa walaupun baru pukul 7 pagi.
Bagi saya aktiviti ini begitu berharga kerana saya dapat belajar pelbagai perkara bila berjalan sambil sembang-sembang dengan rakan baru, jiran sebangunan.
Kelebihan yang paling istimewa ialah ia bukan sekadar program jalan kaki semata-mata, tetapi latihan berfikir, maklumlah teman berjalan adalah orang Arab. Macam-macam topik dibicarakan termasuklah isu-isu semasa. Boleh dikatakan ia amat menguji kemampuan bahasa Arab saya.
Bila berpeluang berbicara sebegini, saya terasa begitu bertuah kerana memiliki ramai kenalan disini, malah anak-anak kami juga mempunyai jaringan sosial yang lebih luas dengan anak-anak jiran setempat. Alhamdulillah 'ala kulli hal...
Namun begitu, saya tidak dapat menafikan wujud perasaan simpati terhadap teman ini, yang lebih banyak menghabis…