Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Cerita Libya

Seluruh dunia sedang membicarakan tentang Libya, cerita kezaliman pemerintah disana yang masih mahu mengekalkan kuasa, walaupun ternyata rakyat sudah menolak beliau.
Bila menonton TV Libya (Al-Jumhuriyah), kita dihidangkan dengan seribu ketenangan seolah-olah Libya sekarang tidak terlibat dalam apa-apa masalah. Mereka sedaya-upaya cuba menutup kezaliman mereka dengan menyebarkan berita bahawa apa yang berlaku disebabkan oleh beberapa individu yang terbabit dengan kumpulan Al-Qaedah.
Kemudian laporan penunjuk perasaan penyokong Muammar Ghadafi yang begitu ramai, malah mereka digalakkan untuk menyebarkan berita tersebut di internet. Ini adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa penduduk Libya menyokong pemimpin mereka, serta semua saluran TV lain adalah pembohong besar.
Begitu juga rakyat ditabur dengan duit dan janji-janji manis agar menyokong pemerintah sekarang. Pelbagai janji termasuklah menyediakan rumah, memberi bantuan kewangan percuma selama dua bulan bagi setiap kelua…

Sekadar Berkongsi...adab dalam pergaulan

Alhamdulillah, hari Isnin dan Selasa lepas saya sempat mengendalikan Bengkel seni khat Thuluth yang dihadiri oleh pelajar dari beberapa buah sekolah sini, termasuklah pelajar sekolah lelaki.
Seperti biasa adat orang Oman yang amat menjaga pergaulan lelaki dan wanita, terutama pelajar remaja. Jadi sempatlah saya melihat bagaimana guru-guru begitu prihatin terhadap suasana begitu.
Oleh kerana program diadakan di sekolah perempuan, jadi pelajar lelaki termasuklah guru pengiring lelaki sentiasa mengingatkan pelajar kepentingan menjaga adab masing-masing. Guru pelajar perempuan mengingatkan pelajar perempuan agar duduk dengan tertib sebelum pelajar lelaki memasuki dewan.
Alhamdulillah saya begitu kagum dengan cara mereka. Moga keikhlasan mereka mengingatkan pelajar remaja tentang kepentingan menjaga adab masing-masing serta tidak membenarkan pelajar lelaki dan perempuan berinteraksi beroleh kesan positif.
Namun begitu pelajar-pelajar tersebut aktif menjawab persoalan yang saya kemukakan, t…

Kezaliman Versi Melayu

Semenjak awal tahun ini kita dikejutkan dengan berita-berita kezaliman pemerintah Arab, macam-macam kezaliman mereka dibongkar dan mendapat perhatian ramai. Namun begitu kezaliman mereka bersifat material dan fizikal, yang boleh nampak jelas serta mudah untuk diselesaikan jika kena caranya.
Kezaliman ini berbeza dengan kezaliman yang berleluasa di tanahair kita, yang mana kezaliman ditempat kita dilakukan oleh insan biasa, yang melakukan penganiayaan secara sulit serta begitu sukar untuk dikesan.
Bentuk kezaliman yang berleluasa di negara-negara Melayu, berpunca daripada perasaan hasad dengki, dendam, ingin menjatuhkan orang lain serta berbagai-bagai alasan lain.
Pendek kata semuanya berpunca daripada hati, sehingga mereka sanggup menggunakan pelbagai cara sihir tanpa diketahui oleh mangsa. Akibatnya si mangsa yang terpaksa merana diatas kezaliman mereka. 
Bagaimanakah cara untuk kita atasi kezaliman versi macam ni? Apakah memadai dengan menyediakan pelbagai teknik perubatan Islam? Ataup…

Kini Libya menyusul...

Alhamdulillah, minggu lepas saya dan keluarga sempat menonton program 'Al-Tariq ila Makkah", program kuiz maklumat mengenai negara-negara di seluruh dunia, termasuklah negara-negara Arab.
Kesimpulannya kebanyakan peserta yang menelefon tidak dapat menjawab soalan mengenai negara-negara Arab lain seperti Tunisia, Lubnan, Syria dan lain-lain, walaupun mereka orang Arab, sedangkan soalan berkaitan negara bukan Islam dapat dijawab dengan betul. 
Jadi sayapun terfikir, apakah ia kesan dasar tertutup negara-negara Islam? Ataupun ia merupakan kelemahan umat Islam yang lebih melihat negara orang bukan Islam, serta mencari maklumat mengenai mereka, sedangkan maklumat tentang negara-negara jiran sendiri tidak dipeduli. 
Itu cerita orang Arab dan negara-negara Arab lain, apa lagi kita orang Melayu, banyak lagilah maklumat tentang negara-negara Arab yang tidak kita ketahui terutama perkembangan semasa yang berlaku dinegara-negara mereka.
Bila berlaku revolusi Tunisia, banyaklah mata tertum…

Setakat Mana Kesabaran kita?

Sabar..sabar...sabar... Perkataan yang senang disebut tetapi begitu sukar untuk diamalkan... Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah bersabar, tapi akhirnya hancur juga. Ada yang berpuluh-puluh tahun sabar, kemudian kesabaran tersebut hilang sekelip mata, dengan tindakan tanpa diduga, kemudian menyesal.
Itulah sebabnya kita mestilah bersabar sepanjang masa, tiada waktu untuk memilih nak sabar ataupun tidak.
Teringat kisah seorang kawan suami yang lebih 20 tahun bersabar atas kezaliman pemerintah, menyebabkan beliau tidak dapat pulang menemui keluarga tercinta, yang mana akhirnya beliau membuat keputusan menyerah diri kepada kedutaan mereka disini.
Alhamdulillah beliau dapat pulang menemui keluarga ditanahair, tetapi ditahan disana selama 7 bulan, terpaksa berulang-alik ke bandar untuk disoal-siasat setiap dua minggu, walaupun beliau sudah mendapat kerakyatan Oman. 
Ramai yang tidak menduga tindakan beliau, kerana beliau merupakan seorang aktivis yang aktif. Malah tindakan tersebut t…

Mesir Bebas...

Alhamdulillah..akhirnya penantian semenjak 25 Januari lepas telah berakhir, sekejap tadi Presiden Hosni Mubarak telah melepaskan pemerintahan kepada askar.

Buat masa sekarang, umat Islam di Mesir sedang merayakan kebebasan mereka daripada rejim Mubarak. Pada masa yang sama dilaporkan penduduk Lubnan juga berpesta merayakan kejayaan umat Islam Mesir, begitu juga di Gaza melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda kegembiraan mereka diatas kejayaan Umat Islam Mesir.

Tertanya-tanya juga siapakah bakal pemimpin mereka selepas ini?

Moga selepas ini negara-negara Arab akan diperintah oleh pemimpin yang adil, yang dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan didunia dan diakhirat.

Alhamdulillah 'ala kulli hal...حسبي الله ونعم الوكيل

Jauhnya Impian Saya...

Setiap insan mempunyai impian...ramai yang berusaha untuk mencapainya, kadang-kadang tercapai kadang-kadang terhenti dipertengahan jalan.
Ada impian diri sendiri, ada juga impian untuk ummah... Impian saya untuk Ummah Islam ialah ingin melihat umat Islam bersatu serta berjaya mengatasi kejayaan orang bukan Islam. Saya ingin melihat umat Islam disanjungi, serta menjadi khalifah dialam ini. Kadang-kadang terfikir, jauhnya impian ini kerana realitinya umat Islam berpecahbelah. Semakin hari ummah kita semakin mengecil walaupun jumlah kita ramai. Dimana-mana saja umat Islam meminta kemerdekaan, meminta kuasa bagi negara sendiri.
Lihatlah Sudan yang sudah terbahagi dua, yang mana 99% penduduk Sudan Selatan memilih untuk berpisah daripada Sudan. Di Iraq, Syria dan Turki pula puak Kurdistan meminta untuk berpisah dari mereka. 
Di Afrika Utara pula kaum Amaziq mendesak untuk memiliki autoriti sendiri. Jadi negara-negara seperti Algeria, Tunisia, Morocco, Libya dan Mesir sedang berdepan dengan mas…

Lambat Sedikit...

Setiap hari mengikuti perkembangan terbaru di Mesir, hati selalu berkata 'kenapa lambat sangat revolusi ni nak berjaya?'.
Tak sanggup melihat umat Islam disana dalam keadaan macam tu, moga Allah memudahkan urusan mereka. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui.
Sekarang seluruh dunia memandang ke Mesir, banyak pengajaran dan motivasi yang boleh kita kutip dari situ. Sekurang-kurangnya umat Islam yang lena ditempat lain akan terjaga, apakah mereka akan terus hidup dizalimi?
Alhamdulillah beberapa berita positif dilaporkan berlaku dinegara-negara Arab lain iaitu Yaman dan Iraq. Di Yaman, pimpinannya menyebutkan bahawa dia tidak akan melepaskan pimpinan di sana kepada anak beliau. Manakala di Iraq pula bantuan kewangan berjuta-juta dollar ditaburkan kepada rakyat. Itulah diantara rahsia lambat sikit kejayaan umat Islam Mesir dalam tuntutan mereka.
Dalam masa yang sama keadaan di Mesir juga perlu diperbaiki lagi, ketiadaan pimpinan yang betul-betul bol…

Perang Berita

Bermula awal Januari lepas, saya fokus mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di negara-negara Afrika Utara, bermula dengan Tunisia sekarang Mesir, selepas ni negara apa pula?
Macam-macam berita boleh diikuti, kita yang memilih berita mana kita ingin terima. Mungkin di negara kita tidak banyak perkhabaran tentang berita-berita ini, terutama laporan daripada rakyat tempatan. Alhamdulillah kemudahan disini memungkinkan kami mendapatkan berita daripada stesen-stesen TV tempatan negara tersebut juga.
Semasa revolusi jalanan di Tunisia, kami sempat mengikuti laporan TV Tunisia iaitu Tunis 7 dan Hannibal, kemudian mengikuti perbincangan lain daripada TV-TV luar Tunisia. Macam-macam berita dan perbincangan yang disebarkan, terasa seolah-olah perang berita diantara TV kerajaan dan TV swasta.
Namun begitu akhirnya selepas kejatuhan Ben Ali, TV Tunis 7 menukar stail laporan mereka serta menukarnya kepada TV Nasional Tunisia. Begitu mudahnya mereka mengubah pendirian mereka, bersama arus pertu…

Ego tak Bertempat...

Alhamdulillah hari Khamis lepas, kami sempat lagi mengadakan program mingguan kali ini, walaupun dalam jumlah yang kecil. Apabila duduk bersama-sama banyaklah isu yang dibincangkan terutama rakan dari Mesir yang begitu bersemangat bercerita tentang situasi disana.
Sehingga hari ini keadaan disana masih belum berubah, walaupun semalam penduduk Mesir menuntut agar Presiden Hosni Mubarak mengundurkan diri sebelum jam 8 malam. Apakah itu ego seorang pemimpin? Apakah beliau tidak merasa apa-apa apabila pelbagai kutukan diberikan kepada beliau, malah rakyat secara terang-terangan menolak beliau.
Hati saya berkata: "ada juga insan yang tidak tersentuh dengan apa yang berlaku disekeliling beliau, apakah jenis hati yang dimiliki oleh beliau? Sekali fikir hebat dan kuat kerana beliau tidak terasa bila mendengar kutukan rakyat, tapi bila fikir sekali lagi 'macam tiada hati je orang ni'".
Apa yang saya amat terkejut ialah apabila rakan memberitahu bahawa di Mesir terdapat ramai p…

Apa Istimewanya Tunisia?

Semenjak berlakunya revolusi di Tunisia, saya merasa terpanggil untuk mengenali negara ini secara lebih dekat. Walaupun sudah lebih 13 tahun bertemankan insan daripada sana, tetapi ketika itu tiada apa-apa tarikan untuk saya mengenali negara ini secara lebih dekat.
Rupa-rupanya banyak rahsia tersimpan disitu, malah penghayatan Islam disana amat berbeza daripada tempat-tempat lain dialam ini. Ini kerana umat Islam diseluruh dunia lebih mengenali Islam Al-Azhar daripada Islam Az-Zaytuna, dua buah universiti tertua dalam sejarah Islam.
Dinyatakan didalam Ensaiklopedia Wikipedia bahawa Universiti Azzaytuna yang terletak di Tunisia merupakan pusat pendidikan tertua di negara-negara Arab, yang mana ia diasaskan pada tahun 737 M (120 H), dan berterusan sehingga sekarang.
Malah diantara bekas pelajar universiti tersebut adalah ulama terkenal Abdul Rahman Ibn Khaldun, yang terkenal dengan buku 'Muqaddimah', penyair terkenal Tunisia, Abdul Qassim Al-Shaabi, yang mana syairnya dijadikan u…

Pejuang Islam Tunisia

Alhamdulillah seronok mengikuti cerita-cerita insan yang dinanti-nanti kepulangan mereka dari rantau. Apa taknya mereka terpaksa merantau bertahun-tahun, melarikan diri daripada pemerintah yang zalim.
Dalam perantauan mereka, pelbagai ujian yang terpaksa ditempuhi, namun mereka begitu kuat mempertahankan prinsip mereka. Itulah sejarah hidup ramai pejuang Islam dari Tunisia.
Saya teramat kagum dengan kekuatan semangat mereka, bertahun-tahun merantau melarikan diri , mengelakkan diri daripada dikesan pemerintah yang tidak puas-puas menimbulkan masalah walaupun mereka berada diluar negara.  Mereka juga dihalang daripada berhubung atau bertemu ahli keluarga mereka.
Namun begitu tidak ramai insan yang memahami masalah mereka. Di Malaysia mereka dianggap bagai pengemis yang tidak berharga, walaupun mereka adalah pemikir-pemikir Islam yang dikitiraf  pada peringkat antarabangsa. 
Sesungguhnya ada Rahmat dihujung perjuangan, ada ketentuan yang tidak kita ketahui, tapi amat diketahui olah Yang M…