Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Ulasan Buku - Pendidikan Anak-anak...

Alhamdulillah...teringin berkongsi satu maklumat yang diperolehi daripada buku "Tarbiyah Al-Abnaa' wal Banat fi 'dhau Al-Quran wal-Sunnah" tulisan Syeikh Khalid Abdul Rahman Al-Ak mengenai pendidikan anak-anak. Petikan daripada kata-kata Jundab bin Abdullah Al-Jubali (sahabi) iaitu: "Kami mempelajari iman, kemudian kami mempelajari al-Quran, maka bertambahlah iman kami.." Penulis menyebut tentang pentingnya mengajar al-quran kepada anak-anak untuk menguatkan keimanan mereka. Ini juga bersesuaian dengan wahyu pertama iaitu 'iqraa', iaitu bacalah dengan nama Allah swt. Dalam topik yang sama penulis menyebutkan tentang sunnah Rasulullah saw agar kita menghafal kitabullah serta memahaminya. Beliau juga menyebut tentang " pekerjaan pertama Muslim ialah menghafal al-quran dan memahaminya, serta wajib mempelajari segala ilmu yang membantu untuk memahami kitabullah." Ini kerana diantara tujuan pendidikan Islam ialah menghafal kitabullah bersert

Wanita dan Sukan

Pagi-pagi lagi terbaca tentang wanita dan sukan dalam 'yahoo maktoob' , dimana cerita tentang kementerian pendidikan Arab Saudi yang berjaya mengesan aktiviti sukan dijalankan oleh pihak sekolah swasta bagi pelajar-pelajar perempuan.  Mereka berjaya mengesan aktiviti tersebut setelah satu pertandingan sukan diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan di 6 buah sekolah di Jeddah. Jadi kementerian pendidikan menganggap pengurusan sekolah telah melakukan kesalahan kerana telah membenarkan aktiviti tersebut dilakukan secara diam-diam. Kementerian menganggap penganjuran sukan tersebut telah mendedahkan aktiviti menyalahi undang-undang itu dilakukan disana. Menurut mereka di Arab Saudi, wanita tidak boleh melibatkan diri dalam bersukan, malah wanita juga tidak dibenarkan menjadi penonton pertandingan sukan.   Sebenarnya sekolah tersebut telah menganjurkan pertandingan bola jaring, renang, olahraga dan badminton diantara pelajar wanita.  Menurut Faridah Farsi, Pengetus seko

Menghayati Erti Ukhwah

Dalam mengharungi hidup kita akan bertemu dengan insan-insan yang akan mewarnai hidup kita, kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang sehati sejiwa dengan kita, kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang bertentangan pendapat dengan kita. Walauapapun karektor mereka, terimalah teman-teman seada mereka. Jangan terlalu mudah menghukum mereka, kerana suatu ketika kita akan bersyukur dengan setiap kurniaan tersebut. Alhamdulillah, hari ini saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan teman-teman yang banyak mengajar saya tentang erti ukhwah (persahabatan) yang ikhlas. Satu jalinan persahabatan yang amat susah ditemui hari ini, dimana ikatan tersebut dijalin penuh ikhlas tanpa mengharap apa-apa balasan. Alhamdulillah kami dihimpunkan daripada negara-negara yang berbeza, tapi mempunyai aqidah yang satu serta cuba menghidupkan sunnah yang sama iaitu menjaga ukhwah fillah. Airmata ini mengalir apabila mengingatkan betapa ikhlasnya mereka menghulurkan persahabatan, semua keluarga ing

Lemahkah Wanita?

Dalam dunia moden hari ini, kadang-kadang kita menjadi mudah lemah dengan bisikan yang datang menganggu. Mengapa pula saya berkata begitu? Ini kerana hasil pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku disekeliling, termasuklah diri-sendiri. Bila bersembang dengan rakan-rakan pula, saya rasakan memang betul agakan saya, iaitu wanita menjadi begitu lemah dengan adanya teknologi baru, terutama telefon. Malah bila kita mendengar ceramah-ceramah agama kita selalu disogokkan dengan idea agar kita selalu menghubungi keluarga, sanak-saudara dan lain-lain agar ikatan persaudaraan terjalin erat. Memang betul anjuran sebegitu patut diamalkan, akan tetapi apabila ia dijadikan asbab untuk menunjukkan tahap ketaatan anak kepada ibubapa, ia akan menyusahkan hidup kita. Bayangkan seorang anak yang merantau ke luar negara, kemudian terpaksa menelefon si ibu hampir setiap hari semata-mata untuk menjaga hati si ibu. Jika tidak dilakukan kerana sibuk, maka jatuhlah gelaran 'anak derhaka'.  Kem

Janji Tak Tertunai...

Bila membaca balik post-post yang ditulis sebelum ini, terasa banyaknya janji pada diri yang masih belum tertunai. Apakah silapnya, dimanakah kurangnya? Memang banyak idea-idea yang belum mampu dilaksanakan, malah banyak idea-idea yang tertangguh... Bila akhir-akhir tahun begini banyaklah saya menganalisa diri, mengharap agar dapat menghasilkan sesuatu yang amat berharga buat diri. Apa yang pasti setakat ini saya belum mampu menyiapkan apapun buku dalam bahasa Malaysia. Saya masih bertanya diri, susahkan untuk menulis secara formal? Kemudian teringat janji kepada diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang amat bermakna, juga masih belum terlaksana. Siapakah yang akan saya salahkan? Jawapanya adalah diri ini...diri yang hanyut membaca tapi tidak berusaha untuk menulis serta berkongsi apa yang dibaca tersebut. Moga Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis serta berkongsi idea disini. Amin.

Awal Muharram 1432H

Masa tetap akan berlalu sama ada kita bersedia ataupun tidak. Detik masa yang terlepas itu tidak mungkin dapat kita ulangi kembali. Itulah aturan Allah, sebab itu kita diajar untuk menghargai waktu dengan memelihara amalan harian, bulanan serta tahunan kita. Alhamdulillah...itulah ucapan yang sepatutnya kita ulang-ulang, kerana kita dibekalkan dengan cara hidup yang tersusun. Setiap gerakkerja kita ada panduannya daripada amalan Rasulullah saw dan para sahabat baginda. Sekiranya umat Islam betul-betul mengerti hikmah disebalik setiap amalan yang diajarkan oleh Pesuruh Allah, nescaya umat Islam akan mampu berjaya, didunia dan diakhirat. Namun sayangnya umat Islam hanya mengambil Islam sebagai pelengkap, bukannya asas kehidupan. Bayangkan dimana-mana saja, umat Islam begitu teruja untuk mendalami ilmu-ilmu asing, sedangkan ilmu-ilmu asas dalam Islam dibiarkan sepi...tidak ramai insan yang menghargainya. Maka tinggalkan ilmu-ilmu ini dipelajari oleh insan-insan yang lemah, juga diajar

Kalah dengan Bencana Alam...

Sehebat manapun manusia, tetap tidak dapat mengalahkan ketentuan Allah swt... Itulah yang berlaku kepada negara yang begitu angkuh terhadap orang Islam. Semenjak minggu ini, sibuk diperkatakan tentang kejadian kebakaran hutan di Israel yang telah meragut lebih 40 nyawa. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk menghentikan kebakaran tersebut, tapi masih menemui kegagalan. Mereka meminta bantuan daripada negara-negara lain untuk sama-sama memadamkan kebakaran tersebut, maka 16 buah negara turut membantu termasuklah hero umat Islam awal tahun ini Turki. Malah semalam turut dinyatakan Mesir, Jordan dan kerajaan Palestin juga akan turut membantu menghentikan bencana alam tersebut. Apa yang nak diperkatakan disini ialah seberapa angkuh dan hebat manusia, tetap ada yang lebih hebat daripada mereka. Itulah juga yang diakui oleh pemimpin Israel, mereka kalah dengan bencana alam. Apabila disoal 'apakah Israel tidak mempunyai kelengkapan untuk memadamkan kebakaran?' Jawapannya ial

Jenis Khat Terawal

Imej
  Surat Rasulullah kepada Pemerintah Oman  Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi tentang satu jenis khat yang sangat menarik hati saya. Sebenarnya gambar ini saya ambil daripada 'Kota Khasab' ketika berkunjung ke Musandam semasa cuti raya aidilfitri lepas. Dalam banyak-banyak barang sejarah yang dipamerkan, gambar khat ini juga yang paling menarik hati saya. Ini kerana ia merupakan satu jenis tulisan khat yang ditulis semasa zaman Rasulullah saw. Bentuk khat yang digunakan ialah khat khufi, iaitu jenis khat yang paling awal ditulis oleh umat Islam. Alhamdulillah tercapai impian nak melihat contoh tulisan pada zaman baginda, walaupun ia bukan hasil tulisan baginda, tapi ia mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi, dan tanda khatam(cop) baginda disebelah bawah itu lebih berharga buat umat Islam hari ini. اللهم صل على سيدنا محمد على آله وأصحابه أجمعين

Pasangan Hidup

Suami dan Isteri merupakan entiti masyarakat yang tidak boleh dipandang rendah, peranan masing-masing amat penting dalam membangunkan satu-satu kawasan.  Jika baik hubungan mereka amanlah masyarakat disekeliling, kerana mereka adalah peneraju masyarakat kecil disekeliling mereka, yang terdiri daripada anak-anak, ibubapa, mertua, adik-beradik dan ipar duai. Pendek kata susunan masyarakat dalam Islam begitu menarik jika kita fikirkannya. Namun begitu semuanya bermula daripada diri kita, pastikan kita memahami betul-betul apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. Apakah yang ingin kita kejar dalam hidup ini? Apakah kita benar-benar mencintai kehidupan kita, serta berusaha dengan sebaik-baik cara untuk memperolehi kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Ataupun kita masih belum mengerti apa sebenarnya yang kita inginkan? Bila kita tidak jelas apa yang ingin kita capai dalam hidup ini, serta mencarinya daripada orang lain, hingga ke akhirnya kita tidak akan berasa tenang. Jika kita

Ijazah Pengurusan Rumahtangga

Alhamdulillah awal bulan November ini, saya sempat berkenalan dengan seorang lagi pemegang "Ijazah Pengurusan Rumahtangga", apakah keistimewaan ijazah ini?. Pada mulanya saya agak terkejut bila mendengar 'ijazah tadbir al-manzili' kemudian apabila bertemu dengan seorang lagi kawan juga memiliki ijazah yang sama, saya jadi berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang bidang pengajian ini. Seronokkah wanita mempunyai kelulusan dalam bidang ini? Apakah ia begitu berharga untuk wanita pelajarinya, dalam usaha melengkapkan diri sebagai seorang surirumah yang efektif? Apakah sebenarnya yang diajar dalam bidang ini? Banyak lagi persoalan lain yang bermain-main diminda saya, sebahagiannya sudah mendapat jawapan, manakala sebahagian lagi memerlukan masa untuk saya lebih faham mengenainya.  Kemudian saya tertanya-tanya lagi, apakah ijazah yang sama ada ditawarkan kepada pelajar-pelajar perempuan diuniversiti-universiti di Malaysia? Jika ada, alhamdulillah...makin ramai insa

Hadith....sedih melihatnya.

Bila berjalan-jalan sambil membaca blog dalam tajuk yang dicari, serta membaca pelbagai tulisan yang dikongsikan di facebook, hati ini terasa bagai dihiris-hiris dan pedih melihat apa yang ditulis. Banyaknya hadis dhaif dan palsu disebarkan. Mengapa ini yang berlaku dalam zaman yang serba canggih sebegini? Apa salahnya kita pastikan dulu tahap kesahihan satu-satu hadis sebelum menyebarkannya, bukan sekadar 'share' bila melihat isi yang dipaparkan menarik hati kita. Sememangnya tidak salah kita menyebarkan benda baik, tetapi pastikanlah sumbernya. Betulkah kita menyebarkan apa yang disuruh oleh Rasulullah saw ataupun kita menyebarkan perkara yang tiada asalnya daripada baginda. Teringat sabda baginda من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار yang bermaksud, 'barangsiapa yang sengaja berbohong terhadapku, maka dia menempah tempat dalam api neraka'. Mungkin anda tidak berniat untuk membohongi baginda Rasulullah saw, akan tetapi bila menyebarkan tulisan yang mengandungi

Buku-buku tentang Baligh

Alhamdulillah hari ini saya teringin berkongsi tentang 'buku-buku tentang baligh', diantaranya buku 'bulugh bila khajal' yang sedang dibaca. Buku tulisan Dr. Akram Ridha ini termasuk ke dalam siri ' aulaadina ' iaitu anak-anak kita, yang mana ada tiga buah buku yang ditulis oleh beliau sebagai panduan kepada ibubapa untuk memahami anak-anak remaja. Akan tetapi menurut penulis, buku tersebut lebih popular dikalangan anak-anak remaja sendiri, bukannya ibubapa (target pembaca). Buku-buku lain dalam siri ini ialah 'murahaqah bila azmah'  dan 'shabab bila masyakil' . Disamping itu terdapat beberapa buah buku lagi yang juga amat menarik untuk menjadi sumber maklumat ibubapa tentang peringkat ini. Insya Allah, saya akan berusaha untuk menghabiskan bacaan buku-buku tersebut sebagai panduan mendidik anak-anak yang semakin membesar, dan akan menempuh alam remaja. Itulah tugas surirumah, jika kita tidak cuba memahami persoalan remaja, akhirnya anak-ana

Sekadar Berkongsi....Tulisan kita mencerminkan Peribadi

Alhamdulillah hari ini kita akan berkongsi tentang tulisan kita mencerminkan peribadi. Sebenarnya saya terbaca tentang ini dalam satu majalah, dan teringin berkongsi disini agar dapat sama-sama kita fikirkan. Tulisan yang dibincangkan disini bermaksud 'tulisan tangan' ataupun 'khat' sebagaimana yang digunakan dalam majalah tersebut, bukannya penulisan. Dalam dunia hari ini, kita banyak bergantung kepada komputer dalam urusan menulis sesuatu, termasuklah dalam menyediakan papan tanda-papan tanda dan poster. Kita lebih senang menggunakan perisian komputer serta memilih apa juga bentuk tulisan yang diingini dengan mudah dan cepat.  Dalam keghairahan menggunakan komputer, kita terlupa untuk memperbaiki tulisan tangan kita. Ramai daripada kita lebih senang mengaku, 'tulisan saya tidak cantik', 'tulisan macam tulisan doktor' serta pelbagai lagi ungkapan yang menggambarkan bahawa kita menerima dengan mudah kekurangan ini.  Di dalam artikel tersebut, penulis

Sekadar Berkongsi...Menutup Aurat

Menutup Aurat dengan sempurna...susah sangatkah nak dilaksanakan? Baca sana, baca sini...ramainya yang memperkatakan tentang menutup aurat. Terfikir pula teruk sangatkan masalah menutup aurat di negara kita. Saya bukan ingin menulis tentang masalah menutup aurat, tetapi tentang sikap wanita yang mendedahkan aurat balik selepas menutupnya. Apakah sebabnya terjadi begitu? Sebenarnya semenjak tiga tahun kebelakangan ini saya dipertemukan dengan beberapa orang wanita disini yang bertudung suatu masa dulu kemudian membukanya semula. Hati saya tertanya-tanya 'mengapa mereka tidak bertudung?', 'jauhnya beza bila bertudung' serta pelbagai lagi bisikan singgah difikiran ini. Apa yang ingin saya persoalkan ialah sikap mereka apabila membuka tudung jauh bezanya daripada orang yang saya pernah kenal ketika mereka bertudung. Jika mereka begitu peramah dengan saya ketika bertudung tetapi apabila tudung ditanggalkan, yang tinggal hanyalah salam kemudian menyelit ke tempat lain. M

Beralih Angin...

Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ini ringan tangan untuk mencatat disini, baru terasa betapa lama tak mencoret sesuatu disini. Angin apakah yang melanda... Macam-macam aktiviti yang dilakukan semenjak lepas raya, ingatkan raya kali ini hambar saja tetapi alhamdulillah kurniaan Allah itu lebih baik daripada sebelumnya. Insya Allah malam ini ada lagi pertemuan raya kami disini. Anak-anak dah mula bersekolah sesi persekolahan baru tiga minggu lepas, jadi rutin lama kembali semula. Sibuk pada waktu pagi, kemudian beralih kepada aktiviti lain selepas semua anak ke sekolah. Aktiviti hujung minggu sudah bermula semula minggu lepas, alhamdulillah majlis kami makin meriah cuma kami tidak dapat menunggu lama disitu, kerana perlu menghadiri majlis hari raya anjuran Kedutaan Malaysia disini. Lama tak menulis disini...Sebenarnya saya beralih angin menulis kat tempat lain...menulis dalam buku catatan..hihi tergelak orang mendengarnya. Ketika ini ramai yang beralih angin membuka blog berbay

Raya Kali ini.

Alhamdulillah tahun ini kami menyambut hariraya bersama-sama umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari Jumaat. Namun begitu bezanya kami berpuasa 29 hari sedangkan umat Islam lain berpuasa 30 hari. Anak-anak bertanya: "tak apa ke kita puasa kurang?". Sekadar persoalan mereka, sedangkan tahun lepas kami berpuasa 30 hari, umat Islam lain berpuasa 29 hari. Anak yang sulung berkata "adil lah tahun lepas kita puasa lebih". Begitulah cerita tentang puasa dan raya, penetapan tarikh mulanya bergantung kepada cara melihat anak bulan. Jika anak bulan nampak, maka ibadat tersebut boleh dilakukan, jika sebaliknya kita mestilah menggenapkan 30 hari.   Alhamdulillah tahun ini adalah kali ke 5 kami beraya disini, sambutan hariraya yang ala kadar, tanpa merasa kemeriahan seperti yang selalu kita rasa semasa ditanahair. Raya kali ini tiada perjumpaan dirumah Duta Malaysia, kerana ketika ini Duta baru di Oman masih belum sampai, setelah Duta Besar yang lepas Datuk Zamri telah tamat

Ramadhan lagi...

Alhamdulillah hari ini kami masih berpuasa hari ke 29, esok belum tentu raya atau tidak. Malam ini baru ada pengumuman tentang anak bulan kelihatan atau tidak. Ahli keluarga dan kawan-kawan dikampung sedang bersiap untuk raya esok. Jadi selamat berhariraya buat semua, moga amal ibadat yang diamalkan sepanjang Ramadhan ini tetap diteruskan sepanjang tahun. Di sini Ramadhan tetap Ramadhan, tiada gantinya walaupun hariraya akan menjelma, siaran TV masih lagi mengingatkan kita tentang 'Ramadhan Kareem'. Sememangnya tidak terasa semangat Idilfitri, yang terasa hanyalah kesedihan kerana Ramadhan akan berlalu. Memang banyak kenangan sepanjang Ramadhan kali ini, terutamanya pengalaman sama-sama berpuasa dengan anak-anak dirantau. Alhamdulillah kesemua anak-anak dapat berpuasa penuh tahun ini tanpa perlu menjanjikan apa-apa ganjaran, juga tanpa perlu mengingatkan mereka. Apa yang sedih ialah kerana kita akan kembali meneruskan aktiviti-aktiviti biasa, penuh dugaan dan cabaran, ia bu

Tenangnya Suasana Semalam....

Alhamdulillah kita sudah memasuki bahagian terakhir Ramadhan, malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam yang menunaikan ibadah puasa, kerana pada malam-malam inilah kita akan dikurniakan 'malam lailatul qadar'. Moga kita dapat meneruskan amal ibadat kita dibulan mulia ini, dengan teratur dan terancang dalam usaha mendidik diri kita dan nafsu kita. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah suasana tenang yang saya rasakan semalam sewaktu berterawih di sini. Alhamdulillah suasana begitu hening, tanpa suara tangisan kanak-kanak membolehkan kami menghayati bacaan imam dengan baik. Ketika sudah hampir solat witir saya tertanya-tanya apakah tiada kanak-kanak dimasjid malam ini? Apakah ibu-ibu yang selalu membawa kanak-kanak ke masjid tidak hadir ke masjid malam ini? Memang inilah suasana yang kita harapkan apabila bersolat dimasjid, memang sungguh hening, apa yang terdengar hanyalah esakan makmum bersebelahan yang khusyuk menghayati bacaan imam malam ini. Malam ini imam membac

Mengaji Quran ketika Haid

Salam Ramadhan.... Bersempena bulan yang mulia ini, ramai surirumah berusaha untuk bertadarrus quran dengan niat  untuk menghabiskan bacaan pada bulan ini. Moga Allah memudahkan kita memenuhi niat murni ini. Namun begitu ramai yang merasakan impian mereka tidak mampu dicapai kerana haid. Bagi yang terpaksa bercuti beberapa hari sehingga 15 hari (maksimum) ketika haid, keinginan tersebut dianggap mustahil. Ini kerana kita terpaksa menggandakan bacaan tersebut. Bagi yang sudah biasa mengaji quran sejuzuk sehari pada bulan-bulan biasa, selalunya tidak menghadapi masalah untuk menggandakan bacaan tersebut. Akan tetapi bagi ramai yang masih belum lancar mengaji, akan terasa berat untuk menghabiskan satu juzuk sehari. Dalam masa yang sama, kita telah diberitahu bahawa "wanita haid tidak boleh mengaji quran", malah ada sesetengah guru agama tidak membenarkan menyebutkan apa-apa huruf Arab kerana menganggap ia adalah daripada Al-Quran.  Ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang

Kanak-kanak dan Masjid

Alhamdulillah malam tadi kami berkesempatan berkunjung ke Masjid Besar disini, selepas pulang daripada majlis berbuka puasa anjuran Pegawai Kedutaan Malaysia disini. Peluang untuk merasai suasana menunaikan 'qiyam Ramadhan' (kita panggil Terawih) disitu tidak kami sia-siakan, memandangkan ia terletak tidak jauh daripada tempat kami berbuka puasa. Namun begitu tidak ramai jamaah bersolat disitu, yang mana jemaah perempuan hanyalah dalam tiga saf. Malah tidak terasa kemeriahan 'qiyam Ramadhan' seperti yang terdapat di kawasan saya. Apa yang ingin disentuh ia mengenai masjid dan kanak-kanak. Ini kerana terdapat peraturan disetiap masjid had umur kanak-kanak yang boleh menunaikan solat disitu. Rupa-rupanya had umur bagi kanak-kanak yang dibenarkan masuk ke masjid besar tersebut adalah 10 tahun, jadi dua orang hero saya terlepas peluang untuk menunaikan solat berjemaah. Saya hanya mengetahuinya apabila anak ketiga memberitahu "saya harap umur saya sudah cukup 10 tah

Ramadhan di sini...

Ramadhan kali ini adalah kali kelima kami menyambutnya disini, jadi kali kelima jugalah kami tidak menyambut hariraya bersama-sama keluarga di tanahair. Rindu kepada keluarga dan tanahair itu sentiasa ada, tapi keseronokan menyambut Ramadhan disini tetap terasa. Teringat ketika tahun pertama merasai Ramadhan disini, saya terkejut melihat promosi besar-besaran menyambut Ramadhan di setiap pasaraya disini, satu suasana yang tidak pernah saya lihat semasa di Malaysia. Ini kerana segala promosi dinegara kita lebih menuju kepada sambutan raya bukannya puasa itu sendiri. Kebanyakan surirumah membuat persiapan menyambut Ramadhan dengan membeli-belah sebelum Ramadhan bermula, jadi mereka dapat memperuntukkan masa untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat semasa bulan Ramadhan seperti bertadarrus al-Quran dan melakukan solat sunat. Manakala siaran TV pula selalu mempromosi Ramadhan bukannya Syawal, perkataan yang terlekat diingatan kita ialah 'Ramadhan Kareem', kerana Ramadhanlah

Buku-buku Motivasi Arab

Alhamdulillah seronoknya bila dapat membaca buku-buku motivasi untuk memotivasi diri sendiri. Macam-macam jenis buku motivasi boleh didapati dipasaran. Biasanya saya tidak memilih buku sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris ataupun Arab, janji ia buku motivasi. Buat masa sekarang saya lebih banyak membaca buku-buku motivasi Arab dan Inggeris, kerana buku-buku berbahasa melayu tak ada disini. Apa yang ketara sangat didalam buku-buku motivasi ini ialah bagaimana penulis cuba mengajar kita menyemai sikap positif, sama ada dari sudut pandangan Islam ataupun pandangan agama lain. Kebanyakan buku motivasi berbahasa Arab masih baru dalam pasaran, serta banyak merujuk buku-buku berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Satu keistimewaannya ialah olahan penulis menjadikan ia sebagai satu jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt.  Di antara buku motivasi berbahasa Arab yang terkenal dikalangan orang-orang Melayu adalah buku 'La Tahzan' tulisan Dr. Aidh Al-Qarni. Di s

Perginya Seorang Mufassir.

Pagi ini ketika membaca mesej di facebook, saya menerima satu berita sedih daripada seorang cucu Mufassir di Asia Tenggara, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamed penulis kitab tafsir 'Abr Al-Athir', satu-satunya tafsir berbahasa melayu selepas tafsir Hamka.  Berita pemergian allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji amat dirasai oleh saya, yang telah berpeluang mengenali allahyarham ketika mengumpul maklumat untuk tesis MA saya pada tahun 1997. Ketika itu tiada kajian dibuat mengenai tafsir tersebut, kecuali beberapa artikel kecil dalam majalah yang ditulis oleh Ustaz Zulkifli Mohd Yusof (skrg Dr), yang juga sedang mengumpul bahan yang sama untuk tesis Phd beliau diseberang laut. Saya mula mengenali dan membaca kitab tafsir tersebut (30 juzuk) apabila kakak saya membelinya semasa beliau belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1993 -1994. Jadi ketika memilih tajuk kajian MA saya, saya rasa itulah tajuk terbaik untuk diperhalusi, terutama perkembangan tafsir di Asia Tenggara yang amat kurang

Salam Ramadhan 1421H

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan 1421H. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Alhamdulillah kami mula berpuasa hari ini (Khamis), sedangkan negara-negara jiran disini mula berpuasa semalam. Walauapapun kami yakin dengan keputusan yang diumumkan tentang tarikh permulaan puasa disini setelah mengikuti laporan langsung daripada semua tempat melihat anak bulan di negara ini. Apabila anak bulan tidak nampak kenalah lengkapkan bulan Syaaban hingga hari ke-30. Sememangnya surirumahlah orang yang paling sibuk bila kehadiran Ramadhan tiap-tiap tahun, malah jadual harian surirumah juga akan berubah. Jadi sama-samalah kita mengatur aktiviti harian kita agar seimbang daripada semua sudut. Janganlah kita terlalu beria-ia dengan persediaan mengisi perut sahaja kerana pengisian rohani juga perlu kita utamakan. Moga kita dapat lipatgandakan amalan kita pada bulan ini, serta dapat memastikan urusan rumahtangga berjalan dengan baik. Inilah waktunya kita mendidik nafsu kita dan

Sekadar Berkongsi...Uniknya.

Imej
Subhanallah, indahnya kejadian alam ciptaan Ilahi. Itulah ungkapan yang selalu disebut bila melawat satu-satu tempat di Oman. Saya tidak pandai menulis berbunga-bunga, tetapi setiap susunan kejadian yang dilihat disekeliling tempat yang pernah saya sampai begitu unik. Lihatlah bukit dibawah, yang kelihatan terpecah-pecah seperti bunga yang kembang. Inilah salah satu pemandangan menarik ketika kami tiba di Oman Dive Center. Kedudukan bukit yang betul-betul ditepi pantai amat menarik hati saya, subhanallah. Uniknya bukit ini...Subhanallah.  Anak-anak saya memang tidak melepaskan peluang untuk meninjau bukit tersebut dengan berenang hingga ke situ. Anak-anak memang cepat membuat keputusan bila berkumpulan, bila saya tengok mereka sudah sampai ke situ, masuk ke dalam celahan bukit tersebut. Pantai di Oman Dive Center dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian yang berhadapan dengan bukit ini  dikhususkan untuk penyewa bilik disitu, kebanyakannya warga Asing dari Eropah dan Amerika.

Mendidik Nafsu...

Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma, bulan untuk kita mendidik jiwa dan nafsu kita. Ketika inilah pelbagai artikel disebarkan tentang pentingnya kita melawan nafsu, dalam usaha untuk menjadi Muslim sejati. "Melawan nafsu adalah salah satu daripada cabang jihad", tulis beberapa orang kawan. Saya tidak ingin mempertikaikan kesahihannya cuma apa yang hadir dalam fikiran saya ialah "Allah mencipta manusia mempunyai aqal dan nafsu, apakah kita mesti melawan ciptaan ini?" Kemudian saya terfikir lagi "Ramadhan dan Nafsu saling berkait rapat, apakah yang mengaitkan kedua-duanya?". Perbincangan tentang nafsu sentiasa hangat bila Ramadhan menjelma, kemudian ia menjadi sejuk bila Syawal menjelma, kemudian dilupakan hingga kedatangan Ramadhan seterusnya. Bagi saya didiklah nafsu kita...berlembutlah dengannya jika kita ingin memiliki jiwa yang tenang dan hening. Kita tidak perlu berlawan dengannya kerana ia sebahagian daripada kita, Allah menciptakan nafsu ker

Masih Lagi Menanti....

Tajuknya macam orang yang sedang menunggu sesuatu yang masih belum dapat. Itulah cerita kami pada musim panas tahun ini. Ia bermula dengan tujuan memperbaharui visa kemudian membuat paspot baru kemudian menunggu visa baru, kemudian boleh lah kami merancang perjalanan melancong ke luar Oman jika diizinkan Allah swt. Oleh kerana paspot kami sekeluarga akan tamat pada Oktober tahun ini, maka urusan pembaharuan visa tidak dapat dilakukan sehingga kami menyerahkan paspot baru yang mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan tempoh lakunya. Pada ketika itu, lebih kurang tiga bulan lepas, anak-anak masih bersekolah, jadi kami tidak boleh balik ke Malaysia dan membuat paspot sendiri di sana. Jadi urusan membuat paspot baru kami lakukan di kedutaan Malaysia disini. Alhamdulillah urusan agak senang, akan tetapi masa yang diambil untuk membuat paspot baru Malaysia dari luar negara mengambil masa yang agak lama iaitu dua hingga ke tiga bulan. Ini kerana setiap permohonan akan dihantar balik ke Kua