Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Bercakap atau Diam?

Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-katalah yang baik ataupun diam". Bila membaca hadis di atas, kita diingatkan agar berkata-kata dengan perkataan yang baik-baik ataupun diam. Namun begitu bila bertemu dengan orang-orang tertentu kita akan banyak bercakap. Mengapa begitu? Kadang-kadang bila kita tidak banyak bercakap orang akan menganggap kita sombong, sedangkan kita terasa tidak terasa untuk bercakap. Apakah itu salah? Apabila penyakit tidak mahu bercakap datang, kita tidak terasa ingin mengatakan apa-apa. Diam seribu bahasa, apakah ini akan menimbulkan masalah kepada kita? Seronok rasanya melihat orang bercakap, namun kadang-kadang terasa letih melihat orang yang terlalu suka bercakap. Banyaknya idea mereka... Pengalaman menghadiri perjumpaan ibu-ibu di sekolah di sini, juga semasa menghadiri pelbagai jemputan saya melihat kebanyakan wanita Arab suka bercakap. Mungkin kita tidak bercakap kerana tidak bertemu dengan orang

Bunga Memberi Ketenangan

Imej
Alhamdulillah hari ini terbuka hati ini untuk berkongsi sedikit maklumat yang telah dipelajari selama ini tentang bunga dan kita. Apakah ada perkaitan antara kita dan bunga? Mengapa setiap orang menyukai bunga-bunga yang berbeza? Bunga yang cantik di mata A tidak cantik pada pandangan B, mengapa begitu? Begitulah hebatnya kejadian Allah di alam ini. Setiap kejadian-Nya memberi manfaat kepada insan dan makhluk lain. Bila kita berada dalam satu kawasan yang kering-kontang maka pokok-pokok dan bunga-bungaan akan memberikan sejumlah ketenangan kepada kita. Malah jika kita ingat dalam perbincangan lalu, Rasulullah saw mengumpamakan manusia seperti pohon kurma. Mengapa Rasulullah memilih tumbuh-tumbuhan bukannya binatang? Bila kita fikirkan balik ada banyak ilmu yang mampu perolehi dari situ. Betapa pohon kurma memberi pelbagai manfaat kepada manusia, begitu juga tumbuh-tumbuhan lain. Malah bila berada di bumi Oman ini, memang amat terasa keinginan untuk menatap kehijauan taman dan pokok, s

Menulis dalam Panas

Perasaan malas menulis sudah bermula, susah juga nak jaga konsistensi ni ya... Dulu-dulu saya ingatkan senang je nak jadi penulis, sebab tulis je... rupa-rupanya barulah faham ada juga penyakitnya. Bila terlalu banyak berfikir dan tidak diluahkan juga sakit, sebab ia akan menjadi fikiran yang berulang-ulang, lama-lama kita akan dapat tekanan perasaan? Jadi saya cuba ikut cara kawan yang jauh di sana tu, menulis dan menulis apa-apapun agar ia menjadi terapi kepada saya. Alhamdulillah walaupun suhu di sini teramat panas, pagi-pagi dah terasa bahang panasnya, kipas berpusingpun cuma memutarkan angin yang panas, kenalah banyak bersabar. Memang besar cabaran berada di bumi yang panas ni, lebih-lebih lagi kawasan padang pasir. Memang sukar untuk mendapat air dingin dan sejuk kecuali dari peti sejuk, yang ada cuma air suam sepanjang masa. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mandi air suam, tak perlu gunakan heater, mandi terus dari paip pun dah cukup kepanasannya. Agak malang juga bagi sesi

Pos Gambar

Hari ini bila buka yahoo je terus terbaca tajuk "bad news about delete". Apa ceritanya? "No such thing as "deleted" on the Internet". Gerun juga bila membacanya, alhamdulillah saya agak terkebelakang pasal ni, jadi agak terselamat sikit. Memang saya sudah beberapa kali menerima mesej e-mail tentang hal ni, tapi saya buat tak kisah, malah ramai juga yang buat tak kisah. Bila surf di internet memang terdapat pelbagai gambar dan aksi dipaparkan untuk tatapan umum, kadang-kadang orang yang melihat akan tergoda dengan gambar-gambar kita (kita tidak tahu hati manusia). Bila artikel tentang perkara ini disiarkan di yahoo, ramai pula yang berkongsi pendapat. Gerun ada, takutpun ada. Bila dah diposkan ia bukan lagi milik peribadi kita, ia telah menjadi hak awam. Seingat saya baru sekali saya poskan gambar bersama anak-anak kat satu web sosial, tapi penangannya dah agak merisaukan saya. Walaupun dah beberapa kali saya 'delete' gambar tersebut tetap timbul

Jejak Kasih

Beberapa peristiwa yang amat meninggalkan kesan dalam hati ini ialah apabila melihat detik-detik pertemuan ahli keluarga yang begitu lama terpisah. Memang dulu-dulu program 'jejak kasih' amat popular dan diminati ramai di Malaysia termasuklah saya, namun saya tidak pernah terbayang bahawa suatu hari saya akan melihat sendiri detik-detik ini berlaku didepan mata sendiri. Bayangkanlah seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak disebabkan masalah politik di tanahair. Si anak terpaksa melarikan diri daripada tanahair sendiri, demi menyambung perjuangan. Malah pertemuan juga terpaksa diadakan secara rahsia, agar tidak mengugat keamanan keluarga. Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan seorang ibu ketika bertemu kembali dengan si anak selepas lebih 12 tahun berpisah. Apatah lagi ketika pertemuan berlaku si anak sudah memiliki 4 orang anak yang masih kecil. Begitulah kasih ibu yang tidak mampu ditukar ganti, tidak akan padam walaupun bertahun-tahun berpisah. 'Kasih ibu membawa

Bulan Tak Produktif

Entah kenapa ye, malas je rasa nak menulis walaupun pelbagai peristiwa yang meninggalkan kenangan berlaku bulan ini. Alhamdulillah bulan ini kami banyak menghabiskan masa diluar, melawat tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. Walaupun dah dekat 4 tahun berada di Oman tapi kami lebih banyak menghabiskan masa di Muscat saja, memang belum pernah ke Muhafazah lain. Walaupun begitu ia sudah cukup menyeronokkan kami sekeluarga. Bila banyak berjalan maka tugasan pun agak lebih daripada biasa. Maklumlah kami dah terbiasa memakan makanan dari rumah, jadi bila ada program sebegini, kenalah menyiapkan bekalan untuk dimakan diluar. Sememangnya kami belum pernah makan dimana-mana kedai makan semenjak berada di Oman kecuali atas jemputan teman-teman. Buat kami sekeluarga, biarpun masakan dari rumah agak biasa, tapi ia tetap sedap bila dibawa untuk dimakan bersama-sama diluar rumah. Kadang-kadang terfikir nak mengambil cuti memasak dan makan diluar, tapi bila mengenangkan suami yang

Musim Panas

Imej
Sekiranya mengikut kalendar, sekarang masih lagi musim bunga, akan tetapi suhu harian di Oman menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Boleh dikatakan bahawa tahun ini teramat panas, malah minggu lepas terdapat laporan yang disiarkan di dalam akhbar tempatan menyatakan darjah kepanasan sekarang mencecah 52 darjah celsius. Subhanallah... Malah semalam ketika kami melalui Muttrah Souk pada pukul 11 pagi, papan tanda suhu mencatatkan 47 darjah celsius. Jadi berapakah suhu ketika waktu tengahari? Inilah gambaran kepanasan di sini sekarang... Biasanya pada musim panas pokok-pokok kurma akan mula masak. Berdasarkan pengalaman berada di sini, biasanya kita akan dapat mula memakan 'rutob' pada pertengahan bulan Jun, akan tetapi pada tahun ini banyak pokok-pokok kurma hiasan dibandar Muscat ini sudah mulai kekuningan dan masak. Ini kerana buah-buah kurma akan masak pada musim panas. Alhamdulillah pada tahun ini ia boleh didapati lebih awal kerana kepanasan yang melampau ini. Begitulah

Permandangan dari Laut

Imej
Alhamdulillah kami sekeluarga berkesempatan untuk menaiki bot di Pantai Qantab untuk melihat keindahan bumi ini dari laut. Hayatilah dan syukurilah.... Permandangan Pantai Qantab dari laut Kawasan batu-batu yang menganjur ke laut, indahnya bila melihat dari laut. Pulau yang indah berdekatan Pantai Subhanallah, sebuah pulau yang amat indah, memang tak de pokok pun...hanya pulau kecil berdekatan Pantai Qantab Lagi pulau di Pantai Qantab Kawasan tanah tinggi yang menganjur ke laut - memang cantik bila dilihat dari laut Ini adalah kawasan Hotel Shangri-La Oman bila dilihat dari laut - memang cantik. Kalau nak masuk ke kawasan hotel ini kena ada resit bahawa kita telah menempah bilik di hotel ini, bayarannya amat mahal, kenalah ada lebih kurang R.O 200 (RM 2000) semalaman...kalau tak de memang tak boleh masuk kawasan ini. Apa-apapun kami boleh melihatnya dari laut. Ini juga sebahagian lagi hotel tersebut. Alhamdulillah hari ini kami boleh melihatnya dari laut, seronoknya... Inilah sebah

Gambar-gambar sekitar Muscat, Oman

Imej
Pantai Bustan - Inilah pantai yang sentiasa berubah-ubah, sejak lebih setahun kami mengunjunginya ada saja kawasan yang berubah. Hari ini ada batu-batu kecil hitam, biasanya pasir yang memutih. Subhanallah. Rumah-rumah penduduk sekitar Pantai Bustan Permandangan di Bar Jissah Pantai Qantab - airnya yang biru memang menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Jalan ke kawasan penempatan penduduk Qantab - pantainya juga cantik Inilah kawasan yang amat cantik dilihat dari kawasan rehat dekat Bustan. Bila berjalan-jalan dan melihat keindahan alam semulajadi di Oman, hati menjadi tenang. Alhamdulillah itulah kelebihan bumi ini, walaupun bukitnya tidak berpokok seperti di Malaysia tapi ia mempunyai daya penarik yang tersendiri. Hayatilah keindahan alam sekitar ciptaan Allah swt. Rasainya kehebatan Penciptanya.

Terima kasih Guru-guruku...

Bila dah bercerita tentang guru, maka filem-filem lama akan berputar kembali dalam kotak fikiran ini. Kisah hidup bersama-sama guru-guru tercinta semasa sekolah akan diingati satu persatu. Persoalan dimanakah mereka kini? Apakah ada kemungkinan untuk bertemu kembali dengan guru-guru ini? Apakah cerita terbaru mereka serta pelbagai lagi persoalan muncul kembali. Sememangnya guru merupakan satu watak penting dalam kehidupan setiap insan, begitu ramai insan yang menabur bakti dalam kehidupan kita, sehingga wujudnya kita berdiri sebagai diri kita sekarang. Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan, memudahkan segala urusan mereka serta memberi Rahmat kepada guru-guruku walau dimana mereka berada kini. Amin. Sepanjang kehidupan kita sebagai pelajar, akan ada beberapa orang guru yang terus dikenang. Ini bukan bermakna kita tidak menghargai jasa guru-guru lain, akan tetapi guru-guru tersebut telah berjaya meletakkan titik perubahan dalam hidup kita. Jadilah mereka insan yang amat penting dalam

Selamat Hari Guru

Hari ini dah 16 Mei, tarikh sambutan hari Guru di Malaysia...jadi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat Semua Guru-guru termasuklah guru-guru saya di Mentuan, Maahad dan UIA. Juga buat kakak dan adik suami isteri yang menjadi guru...profession yang amat hebat di mata saya. Tanpa guru siapalah kita. Juga buat guru pertama iaitu ibunda tercinta...memang banyak ilmu yang saya pelajari daripada beliau seperti memasak, menjahit, mengaji al-quran serta pelbagai lagi ilmu yang tidak didapati dari tempat lain. Bila tiba tarikh ini teringat juga kisah lama sewaktu saya menjadi guru sandaran di Johor suatu ketika dulu, alhamdulillah sempat juga saya menyambut hari Guru ketika itu, sekali seumur hidup. Ini kerana bila berpindah ke UIA, tiada sambutan hari guru diadakan...pensyarahpun guru tetapi tiada siapa yang mengingati pensyarah sebagai guru-guru mereka, kesian pensyarah U. Namun kenangan mengajar setahun setengah di situ akan tetap saya kenang, maklumlah mengajar dalam keadaan tak se

Yakinkah Anda?

Saya selalu tertanya-tanya tentang tahap keyakinan diri sendiri. Semasa di Malaysia saya rasa amat yakin, tidak pernah terasa takut untuk meluahkan apa-apa pendapat. Memang semasa belajar sayalah tukang tanya lecturer, apabila kawan-kawan tidak faham. Masa tu terasa amat yakin. Malah dengan kawan-kawan pelajar antarabangsapun tak terasa takut untuk berhujah. Tapi semenjak berada di sini, terasa bahawa tahap keyakinan diri semakin berkurangan, apakah kerana status 'surirumah' ataupun tahap keyakinan diri 'Melayu' itu yang tidak seyakin orang Arab. Apabila terasa ingin menyertai sesuatu program, seolah-olah ada suatu suara menyekat 'tak payah la', 'tak payah nak berlagak pandai' serta pelbagai lagi suara-suara negatif dari dalam diri yang menghalang. Begitu juga anak-anak yang mengaku diri mereka orang Malaysia (kenapalah mereka tidak mengaku Arab lagi senang), terbawa-bawa dengan sikap ini. Apakah betul kami tidak berani untuk menonjolkan diri? Bagaimanak

Bila Surirumah Berkumpul....

Biasanya apa yang surirumah buat apabila berkumpul? Apakah tajuk-tajuk penting yang dibincangkan? Ada tak cerita tentang masakan dan makanan? Ada tak cerita tentang anak-anak? Ada tak cerita tentang suami? Ada tak cerita tentang penampilan dan kecantikan diri? Ada tak cerita perkembangan politik semasa? Ada tak....memang banyak isu yang disembangkan, tapi topik perbincangan biasanya berbeza mengikut tahap keakraban persahabatan mereka. Dimana-manapun sifat manusia tidak jauh bezanya, apabila mempunyai kesempatan untuk bersembang banyaklah tajuk-tajuk yang tak dirancang termasuk ke dalam agenda. Malah topik-topik perbincangan agak berbeza mengikut tahap pemikiran bak kata seorang surirumah Sudan: "Mengapa surirumah Oman agak jumud, tidak membincangkan isu-isu semasa". Itu juga pengalaman saya, bila bersembang dengan surirumah Oman, kami banyak bercerita tentang tazkiyah nafs, terasa ketenangan setiap kali bertemu. Itulah cara mereka alhamdulillah. Akan tetapi tiap kali bersemb

Surirumah dan Seni Khat

Imej
Alhamdulillah saya telah berkesempatan menghadiri kursus Seni Khat khusus untuk surirumah anjuran Yayasan Restu dan Kementerian Wanita pada sesi 2003/2004. Ketika itu Yayasan Restu masih lagi bertempat di Sungai Buluh, Selangor. Tujuan utama saya menghadirinya adalah untuk mengimbas kembali ilmu yang pernah dipelajari ketika sekolah menengah, rupa-rupanya kursus itu memberikan sedikit sebanyak teknik menulis khat, kemudian difokuskan kepada penulisan khat dengan anak-anak. Memang banyak perkongsian yang diperolehi dari situ. Walaupun ketika itu anak-anak masih kecil tapi alhamdulillah ia banyak menjadi panduan kepada saya untuk mempraktikkannya hari ini. Sememangnya menulis khat boleh dijadikan aktiviti keluarga yang menarik, yang mana kita bersama-sama menulis dengan anak-anak. Biasalah kanak-kanak amat seronok apabila melakukan aktiviti bersama-sama dengan ibubapa, jadi ia akan membantu mereka mempelajarinya dengan lebih mudah. Saya cuma menjadikannya sebagai satu latihan bersama-sa

Selamat Hari Ibu...Jazakillahu khairan

Bulan ini adalah bulan sambutan hari ibu, tapi di Oman ia diraikan pada bulan Mac setiap tahun. Malah dalam TV Arab promosinya diadakan pada setiap kali bulan Mac. Masa tu itu lagu-lagu tentang ibu disiarkan setiap hari menyebabkan anak-anak mengingati hari ibu. Namun apakah sambutan hari ibu hanya khusus pada waktu tersebut saja? Apakah pada waktu itu saja kita menunjukkan kasih kita kepada ibu kita? Sama-samalah kita fikirkan kembali. Bak kata seorang penceramah: "Sepatutnya kita raikan ibu kita setiap hari, tapi bila dah dijadikan tradisi sebegini, kita seolah-olah terikat dengan sambutannya, malah ibupun ternanti-nanti apakah hadiah yang akan diberikan padaku kali ini". Alhamdulillah pada sambutan tahun lepas saya dijemput menghadiri sambutan hari ibu peringkat sekolah anak-anak. Jadi saya berpeluang melihat pelbagai persembahan sempena hari ibu dipersembahkan oleh kanak-kanak sekolah termasuk anak sulung saya. Sebagai penutupnya acara penyampaian hadiah dilakukan, tiba-t

Hadis Pilihan (Menasihati Anak-anak)

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنها قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال: يا غلام إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، وإذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Abbas r.a yang berkata: "Suatu hari ketika aku berada dibelakang Rasulullah saw, baginda bersabda: Wahai ghulam, sesungguhnya aku ingin mengajarkanmu perkataan-perkataan iaitu jagalah Allah sesungguhnya DIA akan menjaga kamu, jagalah Allah kamu akan dapati DIA menjagamu, apabila kamu ingin bertanya atau meminta sesuatu maka mintalah daripada-NYA. Dan ketahuilah bahawa sekiranya satu umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, tapi tidak mampu melaksanakannya jika ia tidak ditetapkan oleh Allah kepadamu. Begitu juga sekiranya satu umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tid

Menonton TV - Pro dan Kontra

Tiba-tiba teringat tentang menonton TV, elok ke tidak? Ramai yang melihat TV sebagai punca terjadinya akhlak-akhlak negatif kepada masyarakat hari ini. Sayapun dulu-dulu berfikiran begitu, malah semenjak menjejakkan kaki ke Matrik UIA 1989, saya cuba melupakan TV sebagai sumber informasi. Memang saya jarang sangat menonton TV, tambahan lagi kesibukan belajar dan aktiviti-aktiviti luar menjadikan saya terlupa tentang TV. Entah kenapa terasa malu nak menjejakkan kaki ke bilik TV di asrama, sedangkan ramai kawan-kawan menghabiskan masa di situ sambil membaca suratkhabar. Kemudian bila berkahwin, keadaan yang sentiasa sibuk dirumah, menyebabkan memang tak cukup masa untuk duduk-duduk didepan TV. Akan tetapi kami sekeluarga akan meluangkan masa menonton National Geographic, anak-anak cakap 'cerita binatang'. Dah ditakdirkan kami sekeluarga sukakan program sebegini, malah suami akan tambah pelbagai informasi yang dia tahu tentang binatang tersebut. Seronok juga... Namun bila balik be

Surirumah Oman

Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti program keluarga Oman. Seperti adat kebiasaan mereka berkumpul di satu-satu tempat dengan diasingkan lelaki dan wanita. Pada hari Khamis lepas kami berpeluang mengikuti pertemuan keluarga Oman yang diadakan di kebun pertanian (Mazra'ah). Seronok juga bila berada di kebun sebegitu memandangkan kawasan di sini yang kering kontang. Bila memandang kehijauan kebun hati menjadi tenang. Sebenarnya kami selalu ke kawasan pedalaman dan mengikuti program orang Oman, tapi kali ini kami ke satu tempat yang agak berlainan. Ini kerana kebun ini merupakan tempat pertemuan, yang mana tiada satu keluargapun yang tinggal disini. Ia cuma dihuni oleh pekerja-pekerja India yang diupah untuk menjaga kebun mereka. Semua keluarga datang dari kawasan berlainan dan bertemu serta mengadakan program disini. Itulah tradisi orang Oman yang masih diteruskan. Malah setiap kali pertemuan sebegini daging 'siwak' dihidangkan. Saya memang menyukai daging yang dibak

Sekadar Berkongsi...Bila mula mengajar anak Membaca?

Alhamdulillah saya telah menyebutkan dalam tulisan yang lepas mengenai mengajar kanak-kanak membaca apabila mereka dah beroleh kekuatan imaginasi, iaitu ketika mereka berumur lebih kurang 7 tahun. Mengapa saya menimbulkan tajuk ini kembali? Apakah ia begitu penting dalam perkembangan emosi anak-anak? Sebenarnya dua hari lepas semasa menonton perbincangan dalam rancangan "Al-Nafs wal Hayah", Dr. Tarek Habeeb, pakar psikologi Islam (berasaskan Islamisasi Ilmu), ada menyebutkan tentang perkara ini. Namun penjelasan beliau berkaitan dengan memupuk kasih sayang. Beliau menegaskan bahawa "tidak boleh mengajar kanak-kanak membaca sebelum berumur 7 tahun, begitu juga tidak boleh menyuruh mereka menghafal quran dan ilmu-ilmu lain". Ini kerana pada peringkat ini sepatutnya kanak-kanak diberikan sepenuh kasih sayang, serta diberi sepenuh kebebasan untuk memiliki dan meluahkan perasaan kasih terhadap keluarga dan alam sekeliling mereka. Setelah berumur 7 tahun ajarlah apa-apa y