Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Arab oh Arab....

Alhamdulillah, kami sudah melangkaui tahun ke tujuh berada di sini, kini dalam perjalanan menggenapkan tahun ke lapan disini. Apakah yang kami dapat bila berada disini? Bagi anak-anak mungkin mereka sudah dapat begitu banyak persediaan yang penting, terutama kemahiran bahasa serta pengalaman hidup bersama-sama anak-anak orang Arab setiap hari. Moga mereka dapat mengutip pengalaman bermakna dalam mengatur hidup mereka kemudian nanti. Namun begitu bagi saya, tidak banyak kesan postif yang bertambah, kecuali pengalaman hidup diperantauan, serta pengalaman hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa, yang saya rasakan kurniaan Allah yang begitu besar bagi saya. Apa yang lebih penting, ia memberi masa kepada saya, untuk memikirkan apakah tujuan hidup saya selepas ini? Apakah sekadar meneruskan rutin seharian ataupun mula keluar dengan perjuangan yang tersusun? Bila berada di negara Arab, serta bergaul dengan orang-orang Arab, dalam masa yang sama kahwin dengan orang Arab, anak-anakpun su…

Bila Gaza diserang...

Alhamdulillah...

Semenjak Awal Muharram bermula, umat Islam di Gaza kembali diserang, disana-sini orang sibuk memperkatakannya. Moga Allah memberi kemenangan kepada Umat Islam yang begitu teguh mempertahankan perjuangan mereka. Apakah tindakan yang mampu kita lakukan? Apakah sekadar doa ataupun kembali menilik apakah sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan? Ada ustaz yang menyatakan bahawa doa kita tidak makbul, itulah sebabnya Allah swt menangguhkan kemenangan ke atas umat Islam Palestin. Ada yang menyatakan bila jihad dihidupkan kembali, maka umat Islam akan menang. Namun begitu apakah pengisian selepas jihad? Apakah kita mampu berubah ataupun kembali hidup seperti sebelum jihad? Bagi saya, ia bukan persoalan doa makbul ataupun tidak, bukan juga soal jihad ataupun tidak, tetapi ia soal perpaduan umat Islam, serta perancangan. Apa yang teramat jelas ialah umat Islam tidak bersatu dan susah untuk bersatu... Ia juga soal perancangan yang tersusun, namun semuanya kembali kepada p…

Cuti-cuti Sama'il - 2

Imej
Alhamdulillah sambung sedikit lagi cerita jalan-jalan masa cuti kali ini...

Selepas puas memanjat bukit kota al-Qareen, kami dibawa ke satu kawasan iaitu tempat seorang sahabat Rasulullah saw disemadikan. Dalam hati tertanya-tanya ke manakah kami akan dibawa? Setelah turun daripada kereta barulah kami diberitahu bahawa kami akan dibawa melawat tempat sahabat Rasulullah saw disemadikan. Ia bukanlah tanah perkuburan, yang ada cuma satu kubur sahaja yang ditulis seperti yang terdapat dalam gambar dibawah. Alhamdulillah 'ala kulli hal... Anak-anak bertanya kenapa kita ke sini? Nak buat apa? Mengapa saiz kubur itu sangat panjang serta pelbagai lagi soalan. Alhamdulillah sambil jalan-jalan dapat ilmu... Bila bertanya kepada 'guide' kami, beliau menceritakan kisah pengislaman Mazin r.a sebagaimana yang diketahui oleh beliau, dan mungkin juga itulah lagenda yang tersebar dikalangan penduduk disitu. Kisahnya ialah pada suatu hari Mazin r.a sedang beribadat menyembah patung yang te…