Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Harga untuk Akhirat Kita

Alhamdulillah...thumma alhamdulillah.
Syukur kerana masih mempunyai kekuatan untuk menulis disini.

"Harga untuk akhirat kita", apakah sesuai untuk dibicarakan?

Ya, setiap insan mempunyai impian untuk kejayaan hidup didunia dan akhirat. Namun setakat mana kita bersedia untuk membayar persediaan untuk akhirat kita?

Semenjak kecil ibubapa membayar kelas-kelas tambahan khusus untuk kejayaan anak-anak hidup didunia. Jika dihitung perbelanjaan untuk kehidupan dunia kita adalah begitu besar. Apakah perbelanjaan untuk akhirat kita juga besar ataupun kita mengharapkan semuanya datang percuma.

Ya, kita tidak pernah mempertikaikan pelbagai bayaran, cukai, bayaran pendaftaran program motivasi dan sebagainya. Akan tetapi bila kita ingin menghadiri kelas-kelas al-quran, kelas agama dan sebagainya untuk persediaan akhirat kita, ramai yang merungut serta mengharapkan semua itu diperolehi secara percuma.

Apakah kita bersikap adil dengan diri kita?

Ada yang menganggap guru-guru quran, guru-g…

Majlis Khatam Hafalan

Imej
Alhamdulillah minggu lepas salah seorang anak kawan berjaya menghabiskan hafalan quran 30 juzuk. Beliau baru berumur 12 tahun dan bersekolah seperti biasa.

Sebenarnya itulah amalan orang-orang Arab, ibu akan memastikan anak mereka menghafal quran setiap hari. Mereka tidak menyerahkan tugas tersebut kepada orang luar. Jadi hafalan tersebut dilakukan secara rutin harian, sedikit demi sedikit, akhirnya berjaya menghabiskannya.

Hafalan quran adalah rutin harian dan ia tak terpisah daripada aktiviti-aktiviti lain. Ia adalah aktiviti tambahan diluar waktu persekolahan, dan salah satu cara mendekatkan hubungan ibubapa dan anak-anak. Cantikkan cara sebegini?

Ini amat berbeza dengan amalan dinegara kita, bilamana anak-anak kecil dihantar ke asrama semata-mata nak menjadikan mereka seorang penghafal quran. Anak tersebut menghafal quran dengan pelbagai ujian lain, terpisah daripada ibubapa, mengurus diri sendiri, belajar hidup dengan kawan diasrama, serta banyak lagi ujian lain yang tak sepatut…