Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Tenangnya Suasana Semalam....

Alhamdulillah kita sudah memasuki bahagian terakhir Ramadhan, malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam yang menunaikan ibadah puasa, kerana pada malam-malam inilah kita akan dikurniakan 'malam lailatul qadar'.
Moga kita dapat meneruskan amal ibadat kita dibulan mulia ini, dengan teratur dan terancang dalam usaha mendidik diri kita dan nafsu kita.
Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah suasana tenang yang saya rasakan semalam sewaktu berterawih di sini. Alhamdulillah suasana begitu hening, tanpa suara tangisan kanak-kanak membolehkan kami menghayati bacaan imam dengan baik.
Ketika sudah hampir solat witir saya tertanya-tanya apakah tiada kanak-kanak dimasjid malam ini? Apakah ibu-ibu yang selalu membawa kanak-kanak ke masjid tidak hadir ke masjid malam ini?
Memang inilah suasana yang kita harapkan apabila bersolat dimasjid, memang sungguh hening, apa yang terdengar hanyalah esakan makmum bersebelahan yang khusyuk menghayati bacaan imam malam ini. Malam ini imam membacakan…

Mengaji Quran ketika Haid

Salam Ramadhan....
Bersempena bulan yang mulia ini, ramai surirumah berusaha untuk bertadarrus quran dengan niat  untuk menghabiskan bacaan pada bulan ini. Moga Allah memudahkan kita memenuhi niat murni ini.
Namun begitu ramai yang merasakan impian mereka tidak mampu dicapai kerana haid. Bagi yang terpaksa bercuti beberapa hari sehingga 15 hari (maksimum) ketika haid, keinginan tersebut dianggap mustahil. Ini kerana kita terpaksa menggandakan bacaan tersebut.
Bagi yang sudah biasa mengaji quran sejuzuk sehari pada bulan-bulan biasa, selalunya tidak menghadapi masalah untuk menggandakan bacaan tersebut. Akan tetapi bagi ramai yang masih belum lancar mengaji, akan terasa berat untuk menghabiskan satu juzuk sehari.
Dalam masa yang sama, kita telah diberitahu bahawa "wanita haid tidak boleh mengaji quran", malah ada sesetengah guru agama tidak membenarkan menyebutkan apa-apa huruf Arab kerana menganggap ia adalah daripada Al-Quran. 
Ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang kita bo…

Kanak-kanak dan Masjid

Alhamdulillah malam tadi kami berkesempatan berkunjung ke Masjid Besar disini, selepas pulang daripada majlis berbuka puasa anjuran Pegawai Kedutaan Malaysia disini.
Peluang untuk merasai suasana menunaikan 'qiyam Ramadhan' (kita panggil Terawih) disitu tidak kami sia-siakan, memandangkan ia terletak tidak jauh daripada tempat kami berbuka puasa.
Namun begitu tidak ramai jamaah bersolat disitu, yang mana jemaah perempuan hanyalah dalam tiga saf. Malah tidak terasa kemeriahan 'qiyam Ramadhan' seperti yang terdapat di kawasan saya.
Apa yang ingin disentuh ia mengenai masjid dan kanak-kanak. Ini kerana terdapat peraturan disetiap masjid had umur kanak-kanak yang boleh menunaikan solat disitu. Rupa-rupanya had umur bagi kanak-kanak yang dibenarkan masuk ke masjid besar tersebut adalah 10 tahun, jadi dua orang hero saya terlepas peluang untuk menunaikan solat berjemaah.
Saya hanya mengetahuinya apabila anak ketiga memberitahu "saya harap umur saya sudah cukup 10 tahun …

Ramadhan di sini...

Ramadhan kali ini adalah kali kelima kami menyambutnya disini, jadi kali kelima jugalah kami tidak menyambut hariraya bersama-sama keluarga di tanahair. Rindu kepada keluarga dan tanahair itu sentiasa ada, tapi keseronokan menyambut Ramadhan disini tetap terasa.
Teringat ketika tahun pertama merasai Ramadhan disini, saya terkejut melihat promosi besar-besaran menyambut Ramadhan di setiap pasaraya disini, satu suasana yang tidak pernah saya lihat semasa di Malaysia. Ini kerana segala promosi dinegara kita lebih menuju kepada sambutan raya bukannya puasa itu sendiri.
Kebanyakan surirumah membuat persiapan menyambut Ramadhan dengan membeli-belah sebelum Ramadhan bermula, jadi mereka dapat memperuntukkan masa untuk melakukan perkara lain yang bermanfaat semasa bulan Ramadhan seperti bertadarrus al-Quran dan melakukan solat sunat.
Manakala siaran TV pula selalu mempromosi Ramadhan bukannya Syawal, perkataan yang terlekat diingatan kita ialah 'Ramadhan Kareem', kerana Ramadhanlah yang…

Buku-buku Motivasi Arab

Alhamdulillah seronoknya bila dapat membaca buku-buku motivasi untuk memotivasi diri sendiri. Macam-macam jenis buku motivasi boleh didapati dipasaran.
Biasanya saya tidak memilih buku sama ada dalam bahasa Malaysia, Inggeris ataupun Arab, janji ia buku motivasi.
Buat masa sekarang saya lebih banyak membaca buku-buku motivasi Arab dan Inggeris, kerana buku-buku berbahasa melayu tak ada disini.
Apa yang ketara sangat didalam buku-buku motivasi ini ialah bagaimana penulis cuba mengajar kita menyemai sikap positif, sama ada dari sudut pandangan Islam ataupun pandangan agama lain.
Kebanyakan buku motivasi berbahasa Arab masih baru dalam pasaran, serta banyak merujuk buku-buku berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.
Satu keistimewaannya ialah olahan penulis menjadikan ia sebagai satu jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt. 
Di antara buku motivasi berbahasa Arab yang terkenal dikalangan orang-orang Melayu adalah buku 'La Tahzan' tulisan Dr. Aidh Al-Qarni.

Di samping it…

Perginya Seorang Mufassir.

Pagi ini ketika membaca mesej di facebook, saya menerima satu berita sedih daripada seorang cucu Mufassir di Asia Tenggara, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamed penulis kitab tafsir 'Abr Al-Athir', satu-satunya tafsir berbahasa melayu selepas tafsir Hamka. 
Berita pemergian allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji amat dirasai oleh saya, yang telah berpeluang mengenali allahyarham ketika mengumpul maklumat untuk tesis MA saya pada tahun 1997.
Ketika itu tiada kajian dibuat mengenai tafsir tersebut, kecuali beberapa artikel kecil dalam majalah yang ditulis oleh Ustaz Zulkifli Mohd Yusof (skrg Dr), yang juga sedang mengumpul bahan yang sama untuk tesis Phd beliau diseberang laut.
Saya mula mengenali dan membaca kitab tafsir tersebut (30 juzuk) apabila kakak saya membelinya semasa beliau belajar di Universiti Malaya sekitar tahun 1993 -1994. Jadi ketika memilih tajuk kajian MA saya, saya rasa itulah tajuk terbaik untuk diperhalusi, terutama perkembangan tafsir di Asia Tenggara yang amat kurang di…

Salam Ramadhan 1421H

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan 1421H. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.
Alhamdulillah kami mula berpuasa hari ini (Khamis), sedangkan negara-negara jiran disini mula berpuasa semalam.
Walauapapun kami yakin dengan keputusan yang diumumkan tentang tarikh permulaan puasa disini setelah mengikuti laporan langsung daripada semua tempat melihat anak bulan di negara ini. Apabila anak bulan tidak nampak kenalah lengkapkan bulan Syaaban hingga hari ke-30.
Sememangnya surirumahlah orang yang paling sibuk bila kehadiran Ramadhan tiap-tiap tahun, malah jadual harian surirumah juga akan berubah. Jadi sama-samalah kita mengatur aktiviti harian kita agar seimbang daripada semua sudut. Janganlah kita terlalu beria-ia dengan persediaan mengisi perut sahaja kerana pengisian rohani juga perlu kita utamakan.
Moga kita dapat lipatgandakan amalan kita pada bulan ini, serta dapat memastikan urusan rumahtangga berjalan dengan baik.
Inilah waktunya kita mendidik nafsu kita dan ahli…

Sekadar Berkongsi...Uniknya.

Imej
Subhanallah, indahnya kejadian alam ciptaan Ilahi. Itulah ungkapan yang selalu disebut bila melawat satu-satu tempat di Oman.
Saya tidak pandai menulis berbunga-bunga, tetapi setiap susunan kejadian yang dilihat disekeliling tempat yang pernah saya sampai begitu unik. Lihatlah bukit dibawah, yang kelihatan terpecah-pecah seperti bunga yang kembang.
Inilah salah satu pemandangan menarik ketika kami tiba di Oman Dive Center. Kedudukan bukit yang betul-betul ditepi pantai amat menarik hati saya, subhanallah. Anak-anak saya memang tidak melepaskan peluang untuk meninjau bukit tersebut dengan berenang hingga ke situ. Anak-anak memang cepat membuat keputusan bila berkumpulan, bila saya tengok mereka sudah sampai ke situ, masuk ke dalam celahan bukit tersebut.

Pantai di Oman Dive Center dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian yang berhadapan dengan bukit ini  dikhususkan untuk penyewa bilik disitu, kebanyakannya warga Asing dari Eropah dan Amerika.
Keempat-empat anak saya sentiasa bersedia …

Mendidik Nafsu...

Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma, bulan untuk kita mendidik jiwa dan nafsu kita. Ketika inilah pelbagai artikel disebarkan tentang pentingnya kita melawan nafsu, dalam usaha untuk menjadi Muslim sejati.
"Melawan nafsu adalah salah satu daripada cabang jihad", tulis beberapa orang kawan. Saya tidak ingin mempertikaikan kesahihannya cuma apa yang hadir dalam fikiran saya ialah "Allah mencipta manusia mempunyai aqal dan nafsu, apakah kita mesti melawan ciptaan ini?"
Kemudian saya terfikir lagi "Ramadhan dan Nafsu saling berkait rapat, apakah yang mengaitkan kedua-duanya?". Perbincangan tentang nafsu sentiasa hangat bila Ramadhan menjelma, kemudian ia menjadi sejuk bila Syawal menjelma, kemudian dilupakan hingga kedatangan Ramadhan seterusnya.
Bagi saya didiklah nafsu kita...berlembutlah dengannya jika kita ingin memiliki jiwa yang tenang dan hening. Kita tidak perlu berlawan dengannya kerana ia sebahagian daripada kita, Allah menciptakan nafsu kerana …

Masih Lagi Menanti....

Tajuknya macam orang yang sedang menunggu sesuatu yang masih belum dapat. Itulah cerita kami pada musim panas tahun ini.
Ia bermula dengan tujuan memperbaharui visa kemudian membuat paspot baru kemudian menunggu visa baru, kemudian boleh lah kami merancang perjalanan melancong ke luar Oman jika diizinkan Allah swt.
Oleh kerana paspot kami sekeluarga akan tamat pada Oktober tahun ini, maka urusan pembaharuan visa tidak dapat dilakukan sehingga kami menyerahkan paspot baru yang mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan tempoh lakunya.
Pada ketika itu, lebih kurang tiga bulan lepas, anak-anak masih bersekolah, jadi kami tidak boleh balik ke Malaysia dan membuat paspot sendiri di sana. Jadi urusan membuat paspot baru kami lakukan di kedutaan Malaysia disini.
Alhamdulillah urusan agak senang, akan tetapi masa yang diambil untuk membuat paspot baru Malaysia dari luar negara mengambil masa yang agak lama iaitu dua hingga ke tiga bulan. Ini kerana setiap permohonan akan dihantar balik ke Kuala L…