Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Ibuku Guruku

Alhamdulillah hari ini 16 Mei 2014, Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tahun ini pelbagai ragam sambutan hari guru dikongsi bersama-sama. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru dan professor yang telah berjaya mendidik diri ini hingga ke tahap ini. Namun penghargaan yang teristimewa buat Bonda yang menjadi guru pertama dan terhebat. Sesungguhnya saya telah dididik dengan cara yang begitu hebat, menggunakan method yang sangat unik, yang belum pernah saya terbaca dalam mana-mana buku. Moga Allah memberkati kehidupan bonda dan ayahanda saya, memberikan ketenangan kepada kedua-duanya serta memberi kekuatan untuk mereka melalui ujian hidup ini. Bonda bukanlah insan terpelajar, beliau belajar hanya di peringkat rendah sahaja, tamat darjah enam seterusnya berada dirumah. Sejarah hidup beliau jauh berbeza daripada saya, namun beliau tidak pernah merungut kesukaran hidup beliau. Ujian demi ujian dihadapi tetapi beliau begitu tabah. Moga Allah terus memb