Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Sebulan Sudah Berlalu

Pejam celik pejam celik sebulan dah berlalu, kita sudahpun masuk bulan Safar 1430H. Kadang-kadang terfikir "berapa banyakkah perkara berfaedah yang dilakukan sepanjang bulan ini"? Kalau mengikut orang tua-tua bulan ini adalah bulan nahas, sebab itu mereka mengadakan perayaan mandi safar satu ketika dulu, untuk menolak bala. Alhamdulillah sekarang amalan ini makin dilupakan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Memang masa yang diberikan oleh Allah SWT 24 jam sehari semalam, semua sama untuk setiap orang tapi kadang-kadang kita merasakan tidak cukup masa untuk melaksanakan tugasan kita. Kalau nak diikutkan memang rutin rumahtangga tidak akan habis, apakah kita rela menghabiskan masa kita setiap hari bersih sana, bersih sini, lap sana lap sini, kadang-kadang tempat dah berkilat pun ingin dikilatkan lagi. Bagi yang ada anak-anak pula sibuk memanjang dengan anak-anak, kalau tak pun sibuk didapur.

Apakah ada peruntukan masa kita untuk pembangunan diri sendiri? Apakah ada masa…

Pendidikan Sirah Nabi

Sirah Nabi ataupun sejarah kehidupan nabi Muhammad SAW amat cantik jika diperkenalkan kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Malah perbincangan tentang corak kehidupan Rasulullah SAW akan membuka minda anak-anak kita untuk menerima Rasulullah SAW sebagai idola mereka. Dalam masa yang sama anak-anak kita dapat menghafal surah-surah Al-Quran yang berkaitan dengan sirah tersebut.

Selama ini kita cuma belajar tentang sejarah hidup baginda dalam pelajaran Agama Islam di sekolah, tanpa memikirkan pengajaran disebalik kisah tersebut. Anak-anak kita cuma menjadi pendengar pasif, tanpa cuba menghayatinya. Namun sekiranya para ibu mengambil inisiatif membuka kembali kisah-kisah ini anak-anak akan berminat untuk memberi pendapat dan persoalan mereka.

Surirumah hari ini ramai yang terpelajar, paling tidakpun tahu membaca dan menulis jadi apa salahnya kita jadikan program bercerita tentang kisah hidup Rasulullah sebagai aktiviti keluarga kita. Cubalah...insya Allah anak-anak kita akan tertunggu-tungg…

"Skill" Orang Islam

"Orang Islam mempunyai skill untuk mempengaruhi orang lain".
Inilah diantara ungkapan yang amat memberi kesan dan membuatkan saya terfikir-fikir mengenainya. Betul ke kita mempunyai skill itu? Apakah skill tersebut? Serta pelbagai persoalan lain timbul.

Akhirnya saya menemui jawapannya, sememangnya orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh mempunyai skill ini. Malah skill inilah yang sepatutnya ada dalam diri setiap Muslim, yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Menyorot sirah Rasulullah SAW, memang nyata skill yang dimiliki oleh baginda dan para sahabat baginda, begitu juga ketika zaman Tabien dan selepas mereka. Namun skill ini semakin berkurang sehinggalah pada zaman ini, skill orang-orang barat pula yang menjadi contoh kepada kita.

Sebenarnya skill tersebut terhasil daripada sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh mereka. Ia meliputi penjagaan masa, hubungan sesama manusia, pengurusan dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan orang mudah menerima dakwah yan…

Mereka itu Saudara Kita

Alhamdulillah, terasa seronok bila melihat umat Islam turut sama merasai penderitaan yang dialami oleh peduduk Gaza. Begitulah sifat yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

Bila kekejaman dilakukan oleh rejim Yahudi kepada umat Islam Palestin, kita melenting marah kerana kita merasakan bahawa "mereka itu saudara kita". Masing-masing menunjukkan kemarahan kepada Israel dan simpati kepada saudara kita di Palestin. Tapi apakah umat Islam Palestin sahaja saudara kita sedangkan dalam masa yang sama kita tidak menghormati umat Islam lain yang berada di negara kita. Apakah begitu sempit sekali tafsiran kita terhadap hubungan persaudaraan Islam?

Realitinya kita cuma terikut-ikut dengan laporan semasa, tanpa menghayati anjuran agama kita. Tidak mustahil kita akan melupakan segala pengajaran yang kita dapati awal tahun…

Jangan Lupa Jiran Anda

Menjaga hubungan kejiranan adalah dituntut dalam Islam, malah Rasulullah banyak bersabda tentang jiran. Walau sebagaimana hebatpun anda dan pasangan anda, kehidupan anda tidak akan sempurna sekiranya anda melupakan jiran di sekeliling anda. Namun hari ini terlalu ramai yang tidak mengendahkan hak jiran tetangga, nak mengukirkan senyuman pun berat, seolah-olah jiran itu orang asing bagi mereka.

Pengalaman hidup berjiran di beberapa tempat di Malaysia dan di Oman, menyebabkan saya terasa bahawa tahap kefahaman orang-orang Islam tentang jiran semakin berubah. Dimana-mana sahaja, orang semakin melupakan hubungan sesama jiran, malah ramai yang tidak mengenali dan berkenalan dengan jiran sendiri. Apatah lagi sekiranya jiran itu berlainan keturunan dan bertutur bahasa yang berbeza dengan kita.

Pengalaman berjiran dengan orang yang tidak dikenali, berjiran dengan rakan sekerja, berjiran dengan pendatang, malah sekarang berjiran dengan pelbagai kaum yang datang dari negara yang berbeza. Realitin…

Muhasabah Diri

Adakah anda mengalami perasaan tidak redha terhadap apa yang dilalui oleh diri sendiri? Apakah anda tidak redha dengan orang disekitar anda? Sekiranya jawapannya ya, berhenti sejenak, renungi diri dan cuba cari penyelesaiannya.

Sememangnya kita selalu berhadapan dengan pelbagai kerenah insan disekeliling kita terutama suami, anak-anak dan jiran-tetangga. Bukan mudah untuk mewujudkan situasi yang disenangi oleh semua orang. Tapi selagi kita fikirkan boleh, insya Allah segala lorong ke arah itu akan dibuka oleh Allah SWT kepada kita.

Selagi kita hidup kita tidak boleh melarikan diri daripada menghadapi semua ujian ini, kerana kita mesti hidup bermasyarakat, tidak boleh mengasingkan diri daripada insan disekeliling kita. Inilah ujian mengenal diri yang sebenar, mampukah kita bersabar dengan tindak-tanduk mereka? Bagaimanakah cara untuk redha dengan umpatan dan fitnah yang disebarkan oleh mereka? serta pelbagai lagi ujian.

Dalam masa yang sama kita hendaklah sentiasa ingat sabda Rasulullah S…

CABARAN SURIRUMAH

Dah lama saya tak menulis tajuk spesifik mengenai surirumah, bukan lupa tapi banyak idea yang nak ditulis mengenai apa yang berlaku di Gaza. Bagi saya apa yang berlaku disitu memberi terlalu banyak pengajaran kepada saya, mungkin bagi orang lain juga. Alhamdulillah.

Tiba-tiba tercetus idea untuk menulis tentang "cabaran menjadi surirumah". Bukan senang untuk menjadi surirumah efektif kerana terlalu banyak cabaran yang perlu kita tempuhi.

Cabaran pertama datang dari diri sendiri, apakah kita redha menghadapinya dalam keadaan hari ini, dimana kebanyakan wanita memilih untuk bekerja diluar? Apakah kita sanggup berhadapan dengan kata-kata insan yang tidak menghargai tugas mulia ini? Apakah kita sanggup berada dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa sedangkan suatu ketika kita pernah memiliki sesuatu? Ini bagi wanita yang pernah bekerja sebelum membuat keputusan berhenti. Suatu ketika memiliki pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan tiba-tiba keadaan bertukar, kerana terpaksa bergantu…

Kesan Perang Gaza

Perang di Gaza pun dah berakhir setelah gencatan senjata diumumkan oleh Presiden Israel, keadaan dah semakin reda walaupun penderitaan umat Islam Gaza semakin perit. Semasa perang impian mereka inginkan syahid, namun selepas perang impian ingin memiliki rumah dan hidup seperti orang lain akan mula menjelma.

Tetapi apabila melihat apa yang dilakukan oleh tentera Israel terasa amat sukar, mereka menghancur lumatkan rumah-rumah penduduk Gaza. Begitulah sifat Yahudi, apabila mereka gagal mengalahkan pejuang Hamas, maka mereka menghancurkan rumah-rumah milik penduduk Gaza dengan harapan rakyat akan bangkit menolak Hamas. Sememangnya perbuatan mereka ini agak keterlaluan, tapi itulah yang diharapkan oleh pemimpin mereka yang akan bertanding dalam pilihanraya mereka nanti. Ingin menunjukkan kejaguhan mereka dengan menghancurkan kehidupan orang lain.

Ketika ini jugalah terlihat ramai wanita Palestin terkedu dan lemah semangat, apa tak nya melihat rumah milik mereka hancur lumat, malah terdapat …

Persidangan Arab

Bermula Khamis lepas setiap hari ada perjumpaan tergempar yang dianjurkan oleh pemimpin Arab, alhamdulillah mereka mula berbincang beramai-ramai setelah 20 hari perang di Gaza berlalu, dan setelah lebih seribu orang umat Islam syahid di Gaza. Itulah gambaran pemimpin Arab sekarang. Kalau begitulah sikap pemimpin, bagaimana keadaan rakyat mereka?

Sebelum itu cuma ada pertemuan secara kecil-kecilan diantara pemimpin Hamas dan Mesir, kemudian Presiden Mesir bertemu untuk berbincang dengan Raja Arab Saudi sehari sebelum sidang tergempar di Riyadh pada hari Khamis (15/1/2009).

Bermula Khamis Raja Arab Saudi memanggil untuk mesyuarat tergempar di Riyadh, kemudian pada hari Jumaat pertemuan beberapa pimpinan Arab di Doha, Qatar. Hari Ahad semalam Persidangan Sharm el-Sheikh di Mesir, sidang tergempar jemputan Presiden Hosni Mubarak, dan hari ini Isnin (19/1/2009) berlangsung persidangan Liga Arab di Kuwait.

Yang hebatnya, mudah pula untuk mengumpulkan para pemimpin ini dalam perbincangan tergem…

Ulama' dah Bersuara

Alhamdulillah, gencatan senjata telah dilaksanakan di Gaza, walaupun mempunyai pro dan kontranya. Hari ini juga kita dapat mendengar suara lantang ulama', hasil persetujuan 96 orang ulama terkemuka dunia, bersuara menyatakan umat Islam tidak boleh terus mengikut arus dunia, kerana ia tidak mampu menyelesaikan masalah Palestin.

Wakil ulama tersebut mengingatkan pentingnya umat Islam diingatkan tentang perjuangan seperti yang dilakukan oleh pejuang Palestin. Beliau juga menyifatkan pentingnya strategi tersusun dijalankan oleh umat Islam sekarang. Kita tidak boleh terus mengikut telunjuk orang-orang kafir.

Alhamdulillah, itulah diantara kesan positif yang berlaku kepada umat Islam setelah berlakunya serangan di Gaza. Sememangnya ketentuan itu membuka mata banyak pihak yang baru terasa pentingnya kembali kepada ajaran Islam yang sejati. Diantaranya, ada yang bersyukur kerana baru tersedar kealpaan mereka selama ini dengan kata-kata "kami baru memulakan untuk mendidik anak dan ister…

Ucapan pengumuman

Pada tengah malam tadi berlangsungnya pengumuman Olimert tentang keputusan yang diambil mereka untuk menghentikan serangan terhadap Gaza. Gencatan senjata sebelah pihak itu akan bermula pukul 3 pagi waktu Makkah. Alhamdulillah betul lah apa yang diberitakan sebelum ini. Tindakan sebelah pihak ini disambut dengan berbagai persoalan oleh pihak Hamas.

Ini kerana Israel tidak akan mengundurkan tenteranya buat masa sekarang dan akan mengundurkannya dalam perancangan lain. Apakah pengumuman ini akan dipatuhi mereka ataupun ia akan jadi seperti "masa bertenang 3 jam setiap hari" yang selalu dicabuli oleh tentera mereka?

Olimert dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kemenangan dalam perang tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa Hamas mendapat tekanan yang teruk dalam semua serangan yang dilakukan dan berjaya dilumpuhkan.

Tapi apa yang dijelaskan Olimert dalam ucapan tersebut disangkal oleh pimpinan dan kesemua kumpulan pejuang Palestin, termasuklah wartawan Israel…

Akhirnya....Alhamdulillah

Hari ini 17/1/2009, Selepas 22 hari perang di Gaza berlangsung, akhirnya Parlimen Israel mengundi dan memutuskan untuk menghentikan serangan ke atas Gaza. Alhamdulillah, moga apa yang diputuskan itu ditunaikan, walaupun tidak kesemua tuntutan Pimpinan Hamas akan dipenuhi. Demi menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tidak bersalah, mereka menyatakan bahawa mereka semakin hampir mencapai target mereka apabila diarahkan menghentikan serangan.

Memang perit dan pedih melihat segala penderitaan umat Islam Gaza, ia akan menjadi pengajaran buat semua insan. Perang ini memperlihatkan kepada kita bahawa begitu banyak undang-undang dicabul oleh Israel, termasuklah beberapa serangan ke atas agensi UN di Gaza.

Israel menggila di Gaza selama tempoh itu serta melakukan serangan yang tidak masuk akal, seperti mengebom sekolah UNRWA, tempat penduduk Gaza menumpang teduh setelah merasakan rumah mereka tidak selamat untuk dihuni, serang terakhir pagi ini juga ditujukan kepada satu lagi sekolah UNRWA. Meng…

Mengapa Susah untuk Bersatu?

Hari ke-21 perang di Gaza menyaksikan pimpinan Islam bertemu untuk membincangkan kes ini setelah usaha Mesir gagal mencapai matlamat. Semalam (Khamis) perbincangan tergempar berlangsung di Saudi yang ditaja oleh Raja Arab Saudi, manakala hari ini pula berlangsungnya pertemuan di Doha, Qatar untuk membincangkan usaha damai yang ditaja oleh Amir Qatar.

Perbincangan yang disertai oleh perwakilan dari 14 buah negara Arab yang agak berani termasuk Algeria, Turki dan Iran.Dalam masa yang sama kesatuan negara-negara Arab menyatakan bahawa mereka akan membincangkan perkara yang sama (perkara tambahan) dalam mesyuarat Menteri-menteri luar Liga Arab di Kuwait. Malah mereka menyifatkan bahawa pertemuan di Qatar tidak mempunyai ahli yang cukup untuk meluluskan apa-apa resolusi.

Inilah yang berlaku dikalangan negara Arab, masing-masing ingin menunjukkan kebijaksanaan, namun apa yang berlaku umat Islam Gaza masih menanggung akibatnya. Setakat ini lebih 1170 syuhada dilaporkan, dengan pelbagai peristi…

Perang tetap Berterusan

Perang di Gaza masih berterusan seolah-olah tiada tanda akan berakhir. Sehingga hari ini jumlah syuhada' mencecah 1000 orang. Begitulah angkuhnya Israel, seolah-olah tidak mendengar pekikan dan laungan seluruh dunia meminta mereka menghentikan serangan tersebut. Malah mereka terus menghancurkan rumah-rumah dengan alasan memerangi Hamas, walaupun sebenarnya mereka membunuh orang awam.

Ini ditegaskan lagi oleh para doktor yang merawat, bahawa yang cedera adalah orang-orang awam. Jadi dimanakah mujahidin Palestin? Mujahidin Palestin masih gagah berjuang mempertahankan tanahair mereka dan tidak mampu digugat oleh tentera Israel yang cuma hebat dari segi kelengkapan. Sememangnya Israel dianggap telah gagal dalam peperangan ini kerana masih belum mampu mencapai objektif yang mereka gariskan.

Memang jelas sikap dan perangai mereka seperti Yahudi yang disebut dalam Al-Quran. Sesungguhnya mereka tidak akan menghentikannya sehinggalah pemimpin di Gaza akur dengan telunjuk mereka. Sehingga har…

Bahasa oh Bahasa

Bahasa jiwa bangsa, satu kata-kata yang menggambarkan kepentingan bahasa untuk sesuatu bangsa. Ia mampu menyatukan bangsa tersebut walau dimana mereka berada. Namun hari ini ia dipecah-pecahkan menjadi bahasa pasar, malah bahasa yang menjadi kekuatan ummah ini semakin tidak dihormati oleh bangsa itu sendiri.

Semasa zaman Rasulullah SAW mereka menuturkan bahasa Arab, iaitu bahasa Al-Quran. Sekiranya kita mengikuti sejarah hidup Rasulullah SAW kita akan dapati bahawa orang Arab ketika itu amat mementingkan penggunaan bahasa yang betul, malah mereka menghantar anak-anak kecil agar berada di wadi-wadi (kawasan pedalaman) untuk mendapat bahasa fushah. Begitulah prihatinnya mereka terhadap bahasa mereka sendiri.

Oleh sebab itu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab mudah difahami oleh generasi tersebut dan selepasnya. Begitu juga tutur-kata Rasulullah SAW berpandukan bahasa Arab fushah, sebagaimana yang kita dapati dalam hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Baginda. Begitulah hebatnya b…

Keindahan Seni Khat Al-Quran

Satu seni yang dah sebati dengan saya semenjak sekolah menengah lagi ialah seni khat. Saya memang minat sangat dan sempat berguru dengan pakar seni khat di Kelantan alhamdulillah. Kalau pergi ke mana-mana dan terjumpa tulisan khat saya akan cuba hayatinya, kalau yang berbunga-bunga tu memang mengambil masa untuk membacanya tapi hati akan rasa puas.

Masa saya banyak dihabiskan untuk menulis dan belajar khat, dan dari situ saya belajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam apa-apa urusan. Ini kerana menulis khat memerlukan tumpuan yang amat tinggi agar tulisan nampak cantik dan kemas, sekiranya tidak berhati-hati hasilnya akan mengecewakan diri sendiri. Begitu juga pernafasan mesti dijaga sebaik-baiknya agar tangan tidak terketar-ketar semasa menulis. Pendek kata banyak faedah yang saya dapati daripada minat ini walaupun dulu-dulu tidak saya sedari.

Begitulah seni yang berkaitan dengan Al-Quran, penulisannya berkembang dan diperbaiki dari satu generasi ke satu generasi lain. Sekiranya ki…

Tunjuk Perasaan: Adakah ia Lambang Perpaduan Ummah?

Setiap hari dipaparkan tentang tunjuk perasaan membantah tindakan Israel di Gaza di merata-rata tempat termasuklah di negara-negara bukan Islam seperti Jepun, Norway, Perancis, UK dan lain-lain. Yang hebatnya negara yang telah menutup Kedutaan Israel ialah negara bukan Islam iaitu Venezuela, sedangkan di negara-negara Arab, kedutaan Israel mendapat kawalan rapi daripada tentera Arab. Mengapa begitu?

Semua tunjuk perasaan ini mengambarkan sikap manusia yang tidak sukakan kekejaman terutama terhadap kanak-kanak dan wanita. Manusia yang dijadikan Allah SWT mempunyai perasaan kasih sesama mereka, malah perasaan ini sekiranya dipupuk akan mampu menguatkan manusia dan menyatupadukan kita. Apakah ini diantara intipati kata-kata Allah kepada malaikat, apabila malaikat bertanya: "kenapa Kamu ingin menjadikan makhluk yang akan menumpah darah sesama mereka sedangkan kami sentiasa bertasbih kepada Kamu?" iaitu AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI.

Begitulah hebatnya kejadian manusia…

Peribadi Insan Contoh

Setiap orang mempunyai idola yang menjadi contoh kepada setiap tingkahlakunya. Ada yang memilih penyanyi, ahli politik, ibubapa dan sebagainya untuk memenuhi keinginan ini. Namun pilihan terbaik adalah nabi kita, Muhammad SAW, kerana kisah perjalanan hidup baginda yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia telah diceritakan dalam Al-Quran, Al-Sunnah dan kitab Sirah. Malah ia paling sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang diceritakan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab: 21 yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (Diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Dalam ayat ini Allah SWT menyifatkan Rasulullah adalah contoh teladan yang terbaik bagi manusia, terutama bagi orang yang mengharapkan Rahmat Allah dan ingin memperolehi ketenangan hidup didunia dan diakhirat. Siapa lagi yang boleh menjadi contoh kepada kita?

Apakah kita telah habis m…

Ayat Pilihan (Persediaan)

Salah satu pengajaran yang boleh kita dapati daripada isu di Gaza ialah tentang PERSEDIAAN. Apakah kita bersedia untuk menghadapi hidup ini sebaik-baiknya? Apakah kelebihan bila kita bersedia?

Dalam mencari maklumat berkaitan, sebaik-baiknya kita kembali kepada Al-Quran, baca dan hayati firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal. Pelbagai pengajaran yang mampu kita kumpulkan untuk kelangsungan hidup kita terutama perkara berkaitan dengan perjuangan dan peperangan. Sekiranya ada kemampuan lebih tumpukan pula kepada kitab jihad dalam buku-buku hadis, insya Allah kita akan lebih memahami apa yang berlaku, apa yang ditakdirkan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam ayat 60 surah Al-Anfal yang bermaksud :
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja ya…

Israel Paling tidak Bertamadun

Selama mengikuti perkembangan perang di Gaza setiap hari, pelbagai liputan menyayat hati dan memilukan berlaku, menyebabkan saya terfikir beginikah sikap manusia yang bertamadun, manusia yang dicanang sebagai paling hebat di zaman ini, semua orang gerun mendengarnya.

Namun hakikatnya merekalah yang paling kuno, tidak bertamadun, walaupun mereka menggunakan pelbagai senjata canggih dan hebat. Memang benar segala ungkapan dan gambaran yang diceritakan oleh Allah SWT didalam Al-Quran, itulah sikap Yahudi tidak berubah sedikitpun.

Mengapa saya mengatakan mereka kuno? Ini kerana bila membaca Sirah Rasulullah SAW mengenai peperangan yang berlaku diantara umat Islam dan orang-orang Quraisy, saya dapati mereka lebih bertamadun, mereka mempunyai undang-undang tertentu yang mesti diikuti semasa berperang, bukan main serang je.

Diantara undang-undang ketika itu, perang tidak boleh berlaku dalam bulan-bulan haram iaitu bulan-bulan Dhul kaedah, Dhul Hijjah, Muharram dan Rejab. Undang-undang ini diter…

ISTIQAMAH LAH BILA BOIKOT

Alhamdulillah di sana sini kedengaran tentang boikot barangan Israel, dalam e-mailpun tak putus-putus cerita pasal boikot ni. Nampaknya ramai umat Islam mulai sedar tentang tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya kita berbuat sesuatu, baik ada daripada tidak ada langsung.

Seingat saya pada awal 2000 dulupun macam ni lah, pelbagai e-mail saya terima pasal boikot-memboikot ni, lepas tu bila bincang-bincang dengan kawan-kawanpun cerita boikot, tapi tak lama lepas tu sunyi-sepi, tak tahulah mereka teruskan ataupun tidak. Memang sukar nak buat kerana masing-masing cakap tak mengapa kita beli sikit je, tapi kalau dihitung seorang membeli RM 10, kalau sejuta orang membeli bermakna sepuluh juta ringgit, Yahudi untung. Bertuahnya Yahudi kerana umat Islam menolong mereka.

Inilah sikap kita, bila berlaku sesuatu kita melenting tapi bila dah senyap kita tidak mampu istiqamah dengan amalan kita. Maka ketika itu kitapun mula balik membelinya. Sebagai contoh ketika mula-mula difatwakan tentang boikot…

Semangat Muslim

Apakah semangat Muslim diajar oleh Nabi Muhammad SAW? Adakah ia masih wujud ataupun telah bertukar bentuk?

Sepanjang mengikuti laporan peperangan di Gaza serta laporan tunjuk perasaan membantah kekejaman Israel di Gaza, hati saya tertanya-tanya apakah ada pengajaran untuk kita kongsi bersama disitu? Apakah ia berkaitan dengan fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT?

Sememangnya Allah SWT menjadikan manusia dengan fitrah yang jelas, itu boleh dilihat kepada kecenderungan kanak-kanak kerana mereka masih lagi pada peringkat fitrah. Ia disebutkan dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?" Riwayat Bukhari.

Sifat-si…

Di mana Ulama Kita?

Selepas seminggu perang di Palestin berlangsung, baru semalam Persatuan Ulama Muslimin Sedunia mengeluarkan pendapat, sehinggakan pengacara program bertanya "Mengapa terlalu lama mengambil masa untuk menyatakan sokongan mereka?".

Cuma beberapa orang ulama yang memang terlibat secara langsung dalam politik seperti Syeikh Fathi Yakan, pemimpin Lubnan yang amat berani tampil ke hadapan semenjak hari pertama perang berlangsung.

Inilah hakikat yang berlaku kepada umat Islam hari ini, kepimpinan seolah-olah terbahagi dua, politik dan agama berada dalam dua barisan yang berbeza. Itulah yang dikehendaki oleh musuh Islam, kejayaan memisahkan tampuk pemerintahan dari agama memberi kekuatan kepada mereka. Apabila pemerintahan dipegang oleh orang-orang yang jahil maka tunggulah kedatangan hari kiamat.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan sekali mencabutnya dari manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para …

Mencari Kemuliaan di Dunia

"Sesiapa yang inginkan kemuliaan di dunia ini, datanglah ke Palestin", itulah kata-kata yang cukup berani diucapkan oleh pemimpin Palestin, bukan untuk mencari simpati tetapi untuk menunjukkan bahawa mereka begitu berani berjuang kerana Allah SWT.

Melihatkan keadaan Palestin sekarang, mungkin ramai yang gerun kerana Israel melancarkan serangan bertubi-tubi dari darat, laut dan udara. Kawasan yang sebegitu kecil dihujani peluru dari segenap penjuru, malah mereka berjaya memecahkan Gaza kepada dua bahagian. Namun kekuatan umat Islam Gaza tidak dapat dinafikan, kekuatan itulah yang sebenarnya mengerunkan askar Israel yang terpaksa bergerak berhati-hati walaupun bersenjatakan kereta kebal dan mortar. Dalam masa yang sama mereka berjaya membunuh dan mencederakan tentera musuh dan menghancurkan kereta kebal mereka.

Begitulah peringkat ke-2 serangan Israel setelah gagal memenuhi matlamat peringkat pertama. Kenyataan yang dikeluarkan secara jelas menyatakan bahawa mereka gagal mencap…

HADIS PILIHAN (SYUBAHAT)

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita sejak dahulu lagi mengenai perkara syubhah dalam hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah selur…