Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Sekadar Berfikir

Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk berkongsi sedikit pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku dalam dunia hari ini. Bagi saya, ulama menyebarkan ilmu bersesuaian dgn zaman mereka kerana mereka lbh arif apa yg masyarakat perlukan. Jadi setiap amalan yg diajarkan disesuaikan dgn keperluan setempat. Sbg contoh zaman dulu masyarakat 'ummi', tak ramai yg tahu membaca dan menulis, jadi Tok-tok guru menjadikan amalan berkumpulan sbg satu cara mendidik masyarakat. Satu contoh, zikir slps solat beramai2 sbg satu pengisian bg org kampung Bayangkan seorang guru agama perlu mengumpulkan org kampung untuk mengajar agama, kemudian mendidik mereka untuk mengamalkan zikir-zikir tertentu. Bagi memudahkan tugas ini mereka jadikan waktu lps solat acara berzikir dan berdoa beramai-ramai. Suasana zaman mereka tidak sama dgn zaman kita, jadi tidak adil jika kita menuduh Tok guru dulu mengadakan bidaah. Itulah cara mereka mendidik masyarakat zaman mereka, yg terhasil dr ilham Allah swt.

Peraturan Sendiri

Alhamdulillah...hari ini saja nak berkongsi satu situasi yang saya tempuhi ketika membuat pembayaran di Lulu Hypermarket pada hujung minggu lepas. Saya suka berbelanja barangan dapur pada waktu pagi setiap kali hujung minggu. Ini kerana bilangan pengunjung tidak begitu ramai dan ada promosi barangan dapur dan buah-buahan setiap kali hujung minggu. Memandangkan sekarang ini masih di penghujung musim panas, harga sayur-sayuran dan buah-buahan lebih tinggi daripada biasa. Itulah kejutan yang biasa kami hadapi setiap kali pulang daripada bercuti. Sebenarnya itu bukan isu yang ingin diceritakan. Hanya sekadar memberi gambaran keadaan di Oman ketika ini. Cerita yang saya ingin kongsikan adalah peristiwa yang berlaku ketika saya beratur untuk membayar barangan yang dibeli. Ketika itu agak ramai pelanggan yang juga ingin membayar barangan mereka. Jadi saya memilih kaunter hujung sekali, yang mana orang yang beratur hanya membeli beberapa barang sahaja. Ketika itu troli saya agak penuh. T

Kenangan Cuti 2017

Imej
Alhamdulillah thumma alhamdulillah... Syukur kepada Allah swt kerana memberi peluang kepada kami mengumpul kenangan manis di kampung halaman sepanjang cuti musim panas 2017. Percutian kali ini lebih pendek daripada biasa, iaitu cuma 68 hari. Kami terpaksa balik awal ke Oman seminggu sebelum sesi persekolahan bermula. Ini kerana sudah beberapa tahun anak-anak terlewat  seminggu daripada hari pertama persekolahan bermula. Pada tahun ini hari pertama persekolahan   bermula pada 27/8/2017, iaitu 4 hari sebelum cuti hari raya haji bermula. Dalam masa yang sama kami perlu mencari rumah sewa baru yang lebih selesa. Alhamdulillah...syukur kepada Allah swt kerana kami berpeluang mengisi cuti kali ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah, terutama bagi anak-anak remaja saya. Selepas cuti raya puasa, saya mendaftarkan keempat-empat orang anak saya untuk mengikuti kelas Public Speaking Bahasa Inggeris One Malaysia. Alhamdulillah kesemuanya lulus ujian bahasa Inggeris dan diterima mengikuti kurs