Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan.Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014. Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia. Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini.Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah kesesa…