Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Banjir: Rahmat atau Musibah?

Alhamdulillah berkesempatan lagi menulis disini, ruang tempat luahan hati. Hari ni sudah seminggu hati dan fikiran berada bersama-sama keluarga, sanak saudara dan rakan senegeri yang menerima musibah banjir tahun ini. Setiap waktu hati memikirkan bagaimanakah keadaan mereka disana? Bukan mudah untuk menghadapi musibah besar seperti apa yang sedang berlaku sekarang. Sebagai anak bumi Kelantan yang membesar dengan pelbagai kisah banjir, meskipun kampung sendiri tidak pernah terlibat tetapi sanak saudara mengalaminya berulangkali. Sewaktu kecil saya selalu ditemani pelbagai kisah banjir yang diceritakan oleh nenek sebelah ibu. Ini kerana kampung mereka berada di kawasan lembah, iaitu Tanjung Stan. Cerita bah merah, bah besar tahun 1967 yang sampai ke rumah beliau menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Mereka memberitahu tanda aras sebagai ingatan kita hari ini. Ketika musim banjir juga kami adik beradik akan berkunjung ke rumah nenek untuk bermain ba

Pening dengan Teknologi Baru

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah akhirnya mampu menulis kembali disini selepas lama mendiamkan diri. Sebenarnya niat untuk menulis selalu ada tetapi asyik bertangguh hingga idea yang diperolehi hilang begitu saja. Bila sekali sekala menjenguk ke langit terbuka ini, ternyata perkembangannya terlalu cepat...begitu laju mereka berfikir, mencipta produk baru hinggakan kita sebagai pengguna terkial-kial untuk menggunakannya. Kadangkala terfikir betapa hebatnya aqal anugerah Allah kepada manusia hingga berjaya mencipta pelbagai alat-alatan elektronik, kecil dan besar. Namun begitu kesemuanya didalam kawalan 'mereka', orang-orang Islam masih kekal sebagai pengguna, cuma sekali sekala timbul dengan konsep baru dalam masa yang sama tetap menggunakan hasil ciptaan 'mereka'. Betapa hebatnya mereka kerana mampu menarik umat manusia daripada segenap pelusuk alam terarah kepada mereka. Apakah rahsia mereka? Begitulah kurniaan Allah kepada insan yang mahu berfikir dan

Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami. Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan. Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014. Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia. Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini. Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah

Macam-macam cerita

Alhamdulillah bersyukur kerana masih mampu menulis disini. Lama betul tidak mencoret sesuatu disini, meskipun ada pelbagai cerita dan peristiwa yang dilalui semenjak berada ditanahair. Sudah dua bulan lebih saya balik ke Malaysia bersama anak-anak, iaitu ketika bermula cuti sekolah anak-anak pada awal bulan Jun lepas. Cuti ditanahair kali ini hanya berbaki dua minggu lebih. Kami akan memulakan kembali pengembaraan kami di bumi Oman pada awal September nanti insya Allah. Alhamdulillah cuti kali ini begitu bererti pada saya meskipun kebanyakan masa dihabiskan dirumah dengan kedua ibubapa tercinta. Sesungguhnya inilah rahmat Allah kepada saya, meskipun berada begitu jauh tetapi Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai hari-hari bersama mereka ketika mereka dihujung usia. Kali ini juga saya peluang berpuasa dan berhariraya dikampung. Sesungguhnya orang yang patut dihormati dan diucapkan terima kasih ialah Sang Suami yang memberi kebenaran untuk saya dan anak-anak berpisah

Ibuku Guruku

Alhamdulillah hari ini 16 Mei 2014, Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tahun ini pelbagai ragam sambutan hari guru dikongsi bersama-sama. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru dan professor yang telah berjaya mendidik diri ini hingga ke tahap ini. Namun penghargaan yang teristimewa buat Bonda yang menjadi guru pertama dan terhebat. Sesungguhnya saya telah dididik dengan cara yang begitu hebat, menggunakan method yang sangat unik, yang belum pernah saya terbaca dalam mana-mana buku. Moga Allah memberkati kehidupan bonda dan ayahanda saya, memberikan ketenangan kepada kedua-duanya serta memberi kekuatan untuk mereka melalui ujian hidup ini. Bonda bukanlah insan terpelajar, beliau belajar hanya di peringkat rendah sahaja, tamat darjah enam seterusnya berada dirumah. Sejarah hidup beliau jauh berbeza daripada saya, namun beliau tidak pernah merungut kesukaran hidup beliau. Ujian demi ujian dihadapi tetapi beliau begitu tabah. Moga Allah terus memb

Ajar Anak Bersalam

Alhamdulillah...syukur kerana berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini. Moga ia menjadi peringatan buat diri dalam mendidik anak-anak. Setiap anak mempunyai sikap tersendiri, kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun begitu ada adab-adab asas yang mesti kita terapkan dan bertegas mengenainya, kerana ia menunjukkan kecantikan agama kita. Adab-adab asas ini mesti dipupuk oleh ibubapa, kerana ibubapa banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Diantara adab-adab asas ini ialah adab bersalam dan memberi salam. Ia bukanlah suatu perkara sukar untuk dipraktikkan tetapi memerlukan nasihat yang berulang-ulang, agar ia melekat dan terukir dalam diri anak-anak kita. Saya amat mengagumi sikap anak-anak orang Arab yang saya temui, kerana begitu mudah untuk bersalaman dan memberi salam. Kadang-kadang terasa kekurangan diri dalam mendidik. Dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka mendidik anak-anak, hinggakan anak-anak kecil begitu mudah untuk bersalaman bila bertem

Sebarkan yang Elok

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi apa yang saya fikirkan disini. Di antara kegemaran saya ialah memerhati dan meneliti apa yang berlaku disekeliling saya. Oleh kerana berada jauh dari tanahair, saya memilih untuk membaca komen dan perkongsian rakyat Malaysia di facebook dan internet. Kadang-kadang saya mula dengan membaca komen, sekiranya komen dan pendapat itu menarik, barulah saya membaca berita tersebut. Mungkin anda menganggapnya pelik, tetapi dari situ saya dapat menilai cara rakyat Malaysia berfikir. Hasil pemerhatian saya dapat disimpulkan bahawa generasi kini agak lemah dari segi adab, serta kurang berhati-hati ketika berkongsi maklumat. Apakah puncanya? Dalam masa yang sama, mereka banyak menggunakan perkataan-perkataan negatif, seolah-olah ucapan tersebut adalah biasa. Kutukan dan sindiran begitu banyak digunakan, menghilangkan adab melayu yang begitu hebat suatu ketika dulu. Dalam hati terfikir apakah generasi ini tidak dididik? Apakah mere

Allah Menguji...Redhalah.

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah swt kerana memberi kekuatan untuk menulis disini. Moga hati ini terus tabah dan kuat untuk mencatat sesuatu disini. Teringat ayat Quran yang dibaca dalam surah al nisa ayat 32: "ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما" Maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Kerana bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Sebagai wanita, kadang-kadang terasa irihati melihat kelebihan yang diperolehi orang lain, dan masa yang sama hati berharap agar kita juga beroleh apa yang dinikmati orang lain. Namun begitu pastikan agar kita mampu mengawal hati kita, jauhkan d

Anti Hadis Kembali Bersuara

Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah untuk saya menulis disini lagi. Bulan lepas ramai kawan-kawan fb di Malaysia berkongsi tentang Seminar Pemikiran Kassim Ahmad. Pelbagai reaksi masyarakat disana boleh saya rasa bila membaca komen-komen yang dilontarkan. Semakin hari rakyat semakin pening, pelbagai isu berbangkit berkaitan aqidah muncul. Jika sebelum ini sibuk dengan isu Syiah, kalimah Allah sekarang perbincangan tentang kumpulan anti hadis atau quraniyyun. Teringat ketika zaman belajar dulu, saya sempat belajar mengenai golongan anti hadis, jadi saya sempat menelaah beberapa buku tulisan Kassim Ahmad, walaupun ia telah diharamkan. Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan kepada Pengkritik", dibaca dan cuba difahami. Kemudian saya mencari tulisan lain yang menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau cuba menafikan bahawa beliau menolak hadis sebagai hujah, tetapi isu yang ditimbulkan adalah sama dengan hujah yang digu

Aktifkan Diri Menulis

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih mampu mencatat sesuatu disini. Kadang-kadang hati begitu bersemangat untuk menulis serta berkongsi apa yang difikirkan disini, idea datang mencurah-curah ketika sedang fokus urusan lain. Hasilnya idea tersebut hilang begitu saja. Kadang-kadang terasa ingin meluahkan perasan disini, tetapi bila difikirkan kembali, blog ini bukanlah untuk meluahkan emosi. Bila hati kembali tenang segala perkara yang ingin dikongsikan dilupakan begitu saja. Kadang-kadang ingin berkongsi kemeriahan aktiviti yang dijalani, tetapi ditangguhkan dulu...maka semuanya berakhir tanpa ada catatan mengenainya. Setiap hari yang dilalui merakam bersamanya pelbagai perasaan suka duka, ketawa dan menangis kerana itulah kehidupan. Apa yang pasti setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, ada rahsia yang Allah sediakan untuk kita merasainya. Jadi...walau apapun yang berlaku, tabahkan hati melaluinya kerana semua pengalaman tersebut akan menjadi begitu manis b

Meriahnya Maulud kali ini

Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut maulud sekali lagi tahun ini. Walaupun tiada acara khusus dianjurkan pada tahun ini, saya tetap merasakan kemeriahannya. Bagaimana saya dapat merasakan kemeriahannya tanpa majlis berzanji dan berselawat? Sebenarnya setelah beberapa tahun menggunakan intenet dan pelbagai aplikasinya, tahun ini begitu ramai rakan yang menghantar pelbagai ucapan maulud, dari situ saya terasa kemeriahannya. Moga setiap ucapan yang dihantar diiringi kesedaran dan kasih sayang yang mendalam terhadap baginda Rasulullah saw. Alangkah indahnya jika setiap orang Islam yang begitu teruja menyambut maulidur rasul, menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Apakah membesarkan maulud cukup dengan berarak, ataupun menghantar ucapan tahniah sesama kita? Ataupun kita ikuti dengan mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda. Mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda, kemudian mengamalkan ajaran baginda berpandukan al quran da

Cerita Kangkung

Alhamdulillah syukur kerana masih mendapat kekuatan untuk menulis sesuatu disini. Sudah dua hari bacaan saya tertumpu kepada isu yang hangat di tanahair iaitu isu kangkung. Pada mulanya saya begitu terkejut mengapa begitu ramai orang memperkatakan isu kangkung di fb, manakala rakan-rakan di whatsup juga berkongsi cerita sama. Mungkin ada yang serius, ada yang sekadar membuat lawak, tapi bagi saya ia mengingatkan kisah lama ketika bersama-sama kedua ibubapa dikampung. Kangkung begitu penting dalam kehidupan kami sekeluarga, sumber sayur untuk keluarga dan sentiasa ditanam ditepi rumah. Ketika berada dibangku sekolah menengah dan di universiti, ayah selalu diserang sakit sesak nafas, jika ia menyerang keadaan ayah saya seolah-olah orang yang akan meninggal. Ketika itu ayah mula memohon maaf dengan kami serta menyuruh kami memberitahu jiran terdekat, iaitu sepupunya yang tinggal bersebelahan. Sememangnya saat-saat itu begitu begitu menyedihkan, apa lagi bila melihat adik-adik kecil

Tahun Baru - Hijrah @ Masehi

Alhamdulillah kita bertemu pada pagi awal tahun baru masehi 2014. Bertambah setahun lagi bilangan umur mengikut kiraan masehi. Di sini beberapa hari sebelum bermula awal tahun, banyak mesej disampaikan menganjurkan umat Islam menghidupkan sambutan tahun baru dengan amalan solat sunat. Sedangkan tiada anjuran sebegitu disebarkan ketika sambutan tahun baru hijrah dua bulan lepas. Walaupun tiada sambutan khusus, satu perkara penting perlu dimasukkan didalam kefahaman kita tentang masa, iaitu apakah kiraan untuk umat Islam gunapakai sehari-hari? Sekiranya kita merujuk al-quran, Allah swt ada menyebutkan didalam Surah Al-Taubah, ayat 36, إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السموات واﻷرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم... "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu DIA menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus..." Jika kita merujuk ayat di atas, da