Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Cuti Sekolah bermula...

Alhamdulillah anak-anak sudah mula bercuti musim panas, jadi rutin harian saya akan berubah, terhentilah juga kesibukan awal pagi seketika, hinggalah tahun persekolahan baru bermula September nanti.
Biasalah sistem persekolahan disini, cutinya amat panjang, dan teramat panjang. Ibu-ibulah yang mesti memikirkan pengisian musim cuti sebegini, agar masa anak-anak tidak terbuang begitu sahaja.
Buat masa sekarang cuaca disini teramat panas, bila anak-anak bercuti, mereka tidak perlu lagi meredah panas waktu balik dari sekolah, alhamdulillah.
Apakah perancangan cuti kali ini? Apakah objektif percutian kali ini?
Alhamdulillah, rezeki kami tahun ini ialah untuk melancung ke tempat kelahiran suami saya, serta mengambil peluang untuk bertemu ibu mertua, serta saudara-mara sebelah sana. Disamping itu dapatlah mengenai adat dan suasana baru di Tunisia.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk berkenalan dengan sepupu mereka disana, serta ingin mengenali tempat tersebut...impian mereka ingin melawat pantai di…

Keselamatan Anak-anak dirumah

Banyak kali terbaca tentang kemalangan dirumah yang berlaku kepada anak-anak kecil, yang mana kejadian tersebut dapat dielak jika ibubapa merancang keselamatan dalam rumah apabila mendapat anak kecil.
Alhamdulillah suami saya begitu perihatin tentang bab-bab keselamatan, memandangkan kami mempunyai 4 orang anak kecil yang membesar bersama-sama. Jika tidak merancang tentang peralatan didalam rumah, tentu kami akan sentiasa risau dan bimbang.
Diantara tempat yang utama untuk diberi perhatian ialah dapur, pastikan ada penghalang ke dapur, jadi anak-anak tidak berpeluang menghampiri bahagian tersebut dirumah. Ada pelbagai jenis pintu yang boleh digunakan dijual di Baby Centre, yang mana boleh kita pasang dengan mudah, dan alihkan jika kita berpindah ke rumah lain.
Membiarkan anak-anak kecil keluar masuk kedapur bermakna kita mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan negatif, yang mana akhirnya kita yang menyesal jika berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum termasuk memecahkan p…

Kisah Perantau Lagi...

Alhamdulillah minggu ini masuk minggu kedua saya memulakan aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi.
Apa yang seronoknya berjalan-jalan dalam suasana panas sekarang, bahang kepanasan amat terasa walaupun baru pukul 7 pagi.
Bagi saya aktiviti ini begitu berharga kerana saya dapat belajar pelbagai perkara bila berjalan sambil sembang-sembang dengan rakan baru, jiran sebangunan.
Kelebihan yang paling istimewa ialah ia bukan sekadar program jalan kaki semata-mata, tetapi latihan berfikir, maklumlah teman berjalan adalah orang Arab. Macam-macam topik dibicarakan termasuklah isu-isu semasa. Boleh dikatakan ia amat menguji kemampuan bahasa Arab saya.
Bila berpeluang berbicara sebegini, saya terasa begitu bertuah kerana memiliki ramai kenalan disini, malah anak-anak kami juga mempunyai jaringan sosial yang lebih luas dengan anak-anak jiran setempat. Alhamdulillah 'ala kulli hal...
Namun begitu, saya tidak dapat menafikan wujud perasaan simpati terhadap teman ini, yang lebih banyak menghabis…