Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Mengulas Sedikit.

Alhamdulillah saya pernah mengajar asas-asas yang berkaitan dengan Al-Quran, Al-Sunnah serta Sirah Rasulullah saw. Ketika itu saya terfikir mengapa ulama menciptakan ulum quran, ulum hadis, usul al-fiqh dan fiqh al-sirah, apakah ilmu-ilmu ini begitu penting untuk kita pelajari?

Apakah tidak memadai kita tahu mengaji al-quran, tahu sejarah hidup baginda Rasulullah saw sahaja? Ketika itu pelbagai persoalan timbul, malah ketika mengajarnya pelbagai idea mencurah-curah, alhamdulillah.

Namun setelah empat tahun berhenti daripada tugasan tersebut, saya masih lagi memikirkan kepentingan ilmu-ilmu asas tersebut. Sememangnya ilham yang diperolehi oleh ulama-ulama terdahulu mampu membantu kita untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut dengan lebih jelas.

Bayangkan kita cuma belajar sejarah hidup Rasulullah saw tanpa mempelajari fiqh al-sirah, apakah kita dapat menghayati sejarah hidup baginda dengan ertikata yang sebenar-benarnya? Ataupun kita cuma belajar tafsir quran tanpa mengetahui ulum quran sert…

Menulis Lagi...

Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung kembali apa yang selalu saya fikirkan. Memang kadang-kadang terasa fikiran terlalu berat bila memikirkan persoalan-persoalan tentang kejadian manusia dan alam ini.

Namun saya tidak boleh melarikan diri daripada terus berfikir mengenainya, kerana ia mampu mencerahkan fikiran saya, dan mampu mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Bila berfikir saya tidak mampu berhenti hinggalah berjaya menemui jawapannya.

Hari ini saya ingin memperkatakan tentang satu teknik yang selalu digunakan dalam motivasi barat iaitu "jangan fikirkan masalah disekeliling kamu tetapi tumpukan perhatian kepada diri sendiri". Menurut mereka sekiranya kita memikirkan tentang perkara negatif disekeliling kita, terutama isu-isu semasa, kita akan terpengaruh dengan energy negatif tersebut. Fakta sebegini selalu kita temui apabila membaca tentang 'mind power' dan beberapa cara lain yang diasaskan oleh orang-orang bukan Islam.

Namun begitu betulkah fakta terse…

Bukan Bahasa Kita...

Alhamdulillah hari ini saya terasa ingin menyambung idea semalam, masih lagi berfikir. Seronok rasanya bila dapat meluahkan segala perkara yang difikirkan disini, moga-moga orang lain juga turut berfikir dan kita sama-sama mendapat keredhaan Allah swt.

Bila saya bercerita tentang memahami dan menghayati sebelum menghafal, ini kerana apa yang dihafal itu bukan dalam bahasa ibunda kita. Jika kita menghafal sesuatu dalam bahasa yang mampu kita fahami, ia tidak mendatangkan masalah.

Akan tetapi kita menghafal Al-Quran yang diwahyukan dalam Bahasa Arab, ia bukan bahasa pertuturan kita sehari-hari. Mungkin kita berasa seronok meniru adat orang Arab yang mengajar anak-anak mereka menghafal semenjak kecil, dengan harapan kita akan dapat kesan seperti mereka. Itulah yang dilakukan oleh orang Ajam (bukan Arab) dimana-mana, India, Pakistan, Bangladesh, Turki termasuklah orang Islam di negara kita.

Sayangnya kita tersilap perkiraan kerana kita melakukan perkara yang amat berbeza daripada orang-oran…

Masih lagi Berfikir

Berfikir dan terus berfikir...bak kata-kata: "berfikir sesaat lebih hebat daripada berzikir".

Sebagai Muslim kita sentiasa diingatkan untuk berfikir sama ada melalui pembacaan ataupun melihat kehebatan kejadian alam ini. Sesungguhnya berfikir mampu meningkatkan daya tahan tubuh kita, kerana kita akan mampu menangkis gangguan unsur luar dengan mempraktikkannya.

Bila kita memfokuskan tumpuan kita, kita mampu memahami apa yang tersirat dalam setiap ayat yang kita baca. Setelah dihayati lebih mendalam kita akan mampu sampai kepada maksud sesuatu arahan itu diberikan. Subhanallah. Itulah teknik yang kurang diminati oleh orang zaman sekarang walaupun ramai yang menulis disana sini.

Saya masih lagi memikirkan tentang cara al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, mengapa ia amat berbeza daripada cara kitab-kitab sebelumnya diturunkan? Ini kerana Nabi Muhammad saw menerima wahyu secara beransur-ansur sedangkan Nabi-nabi lain menerimanya secara sekaligus, malah pengumpulan Al-Qura…

Bila Agama didahulukan

Bila menyentuh bab agama, dalam internet kita boleh mendapat pelbagai informasi tentangnya, sekali klik saja pelbagai hukum kita boleh dapati dengan senang. Malah disana sini kita dapat membaca orang menulis tentang melakukan kebaikan dalam Islam.

Sayangnya ramai yang kurang menghayati Islam secara keseluruhannya, ramai daripada kita mengambil Islam dari sudut ibadah, kemudian dalam bab-bab lain mengamalkan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Itulah kelemahan umat Islam dimana-mana, kita tidak mampu mengamalkannya secara keseluruhannya. Malah pada hari ini kita didedahkan dengan pelbagai teknik terbaru menarik kekayaan dengan menggunakan ibadah sebagai salah satu daripada tekniknya.

Sedarkah kita bila bercerita perkara sebegitu, apakah betul konsep yang disebarkan? Apakah itu cara yang diajar oleh Rasulullah saw kepada kita ataupun kita yang pandai-pandai mencipta konsep tersebut?

Bila kita kembali kepada agama, biarlah ia didahulukan dalam setiap urusan kita, pastikan diri …

Positif Saja, jangan fikirkan negatif...

Sekadar ingin berkongsi pengalaman berfikiran positif sahaja.
Alhamdulillah boleh dikatakan saya selalu mengamalkan berfikir positif semenjak kecil, malah saya amat tidak suka berfikir negatif. Alhamdulillah Allah memberikan kejayaan dalam pelajaran semenjak kecil walaupun realitinya saya lahir dalam keluarga susah dan dibesarkan dalam serba kesusahan semenjak kecil. Ini kerana saya tidak pernah memikirkan kesusahan itu, serta mencari jalan keluar.

Sebagai contoh sewaktu sekolah menengah, kebanyakan pelajar menghadiri kelas tuisyen berbayar pada waktu petang, ketika itu saya akan menghabiskan masa berada disekolah, sambil berbuat sesuatu agar saya juga mampu mendapat ilmu sebagaimana orang lain. Alhamdulillah saya juga mampu mendapat kejayaan seperti kawan-kawan lain.

Begitu juga ketika berada di universiti, saya cuma melakukan sebaik mungkin agar terus berjaya. Saya tidak suka memikirkan kesusahan hidup, cuba hidup semampu saya serta mengatur perbelanjaan daripada duit biasiswa sahaj…

Apa Tujuan Hidup kita?

Setiap benda yang dijadikan mempunyai tujuan dan sebab ia dijadikan begitu juga insan. Jika kita meneliti didalam al-quran kita akan dapati tujuan kejadian insan adalah amat jelas sekali, iaitu untuk menjadi khalifah di alam ini. Rujuklah cerita-cerita dalam surah Al-Baqarah dan Al-A'raf dimana Allah swt memberitahu kepada malaikat bahawa DIA ingin menjadikan 'khalifah' dialam ini.

Jika kita soroti lagi kita akan dapati bahawa tugas dan tanggungjawab tersebut amat berat dan tidak mampu dipikul oleh makhluk Allah yang lain. Apakah manusia begitu hebat untuk menggalas tanggungjawab ini? Kejadian manusia memang hebat dan itulah yang sepatutnya disedari oleh setiap insan serta berusaha untuk menjadi lebih hebat.

Namun begitu bukan semua insan menyedari kehebatan diri masing-masing, malah tidak ramai yang mampu sampai ke peringkat itu. Sayang sekali hidup kita dihabiskan untuk mengulang perjalanan yang sama tanpa mencapai nikmat yang sepatutnya kita capai.

Akan tetapi bukan mudah…

Akhlak yang Mulia

Alhamdulillah pagi ini saya ingin berkongsi cerita tentang persoalan orang-orang bukan Islam tentang agama ini. Beberapa kali juga saya bertemu dengan orang yang menganggap bahawa tiada perbezaan antara agama Islam dan agama yang mereka anuti. Bagi mereka semua agama adalah sama, semuanya menekankan akhlak yang mulia.

Ketika saya menghadiri syarahan oleh Bro. Abdul Raheem Green minggu lepas, ada seorang penonton bertanya tentang perkara yang sama, malah dengan bangganya beliau memberitahu bahawa tiada bezanya agama Islam dengan agama Hindu yang beliau anuti. Ini kerana menurutnya, agama Hindu juga menekankan tentang memiliki akhlak yang mulia sebagaimana yang diajarkan oleh Datuk beliau.

Ketika itu penceramah telah menjelaskan tentang wujudnya perbezaan antara agama ini, serta memberikan contoh 'tuhan orang Hindu adalah patung yang dibeli di kedai, kemudian diangkat ke rumah dan dijadikan tuhan mereka, adakah ia sama dengan Tuhan orang-orang Islam iaitu Allah swt'.

Saya tidak …

Semua Insan Hebat

Sekadar berkongsi satu pengalaman saya semenjak dulu iaitu sentiasa memikirkan orang lain hebat. Alhamdulillah semenjak berada dibangku sekolah rendah lagi, saya sentiasa melihat kepada kelebihan orang lain terutama jiran-jiran sekampung.

Ia menjadi begitu memuncak ketika berada di MMP, setiap pelajar terbaik di sekolah ketika itu adalah insan yang teramat hebat pada kacamata saya sampai kini. Ada antara mereka terus menempa kejayaan, ada pula yang tenggelam tanpa berita tentang mereka.

Di antara kegemaran saya ialah membaca nama-nama pelajar terbaik dalam setiap keputusan peperiksaan penting di sekolah, tapi saya tidak meletakkan nama sendiri disitu. Mungkin itulah kelemahan diri ini, terlalu memandang rendah kebolehan diri sendiri.

Ketika itu saya tidak pernah memikirkan apa yang ada pada diri sendiri, yang saya tahu hanyalah hadir ke sekolah setiap hari. Bak kata orang zaman sekarang, tidak meletakkan matlamat diri, apa yang ingin dicapai serta apa matlamat untuk masa depan. Saya me…

Perumpamaan yang Menarik

Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim, jadi kita dapat mengecap nikmat iman dan Islam semenjak dari kecil. Memang jauh bezanya daripada orang yang hidupnya masih lagi tercari-cari cahaya iman.

Alhamdulillah sepanjang hidup kita banyak ilmu dan pengalaman hidup sebagai seorang Muslim dapat kita rasai. Namun begitu persoalannya apakah tahap keimanan kita hari ini? Apakah ia tetap sama statusnya dengan tahap kita semasa kecil dahulu? Sama-samalah kita memuhasabah diri agar tahap keimanan kita meningkat bersama peningkatan umur kita.

Cubalah hitungkan berapa kali kita telah melaksanakan ibadah-ibadah wajib dan sunat dalam hidup kita. Apakah hasilnya yang kita rasai selama ini? Mungkin kita jarang nampak hasil secara material kerana kesannya lebih kepada spiritual kita.

Tapi sebenarnya ibadah-ibadah tersebut adalah merupakan pengalaman sepanjang hidup kita, daripada ibadah solat 5 waktu sehari semalam, kepada ibadah bulanan, tahunan dan ibadah sekali seumur hidup kita.

Alhamdu…

Bertudung atau Berpurdah?

Alhamdulillah saya sempat membaca lagi buku tentang bertudung atau berpurdah, kali ini buku "Anniqab Lilmar'ah: bayna qaul bibid'iyyatihi wal qaul biwujubihi" (Purdah untuk Wanita: Antara pendapat bahawa ia Bid'ah dan pendapat wajib memakainya) karangan Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Sememangnya saya sentiasa dikelilingi oleh wanita-wanita yang berpurdah, tambahan lagi wanita-wanita Oman agak ramai yang berpurdah apabila keluar ke khalayak ramai, jadi hati saya selalu terasa was-was, apakah betul tuntutan yang telah dilaksanakan, bimbang tidak menepati tuntutan yang sepatutnya.

Jadi entah berapa kali saya membaca buku-buku tentang hukum bertudung dan berpurdah semata-mata ingin meyakinkan diri bahawa apa yang dilakukan sememangnya tepat dan betul. Sewaktu zaman pelajar lagi saya memikirkan perkara ini, apabila membaca buku hati menjadi tenang, kemudian ia datang lagi hinggalah tiba disini, saya masih lagi memikirkan perkara yang sama.

Saya sememangnya kagum dengan wanita-w…

Persoalan Sikap Umat Islam

Alhamdulillah malam tadi kami berkesempatan menghadiri syarahan oleh Bro. Abdul Raheem Green di Ampitheatre Qurm bertajuk "The Best Way of Life". Sebenarnya ia dilakukan tanpa perancangan, kerana program kami ialah rehlah hujung minggu.

Bila seorang kawan memberitahu tentang syarahan tersebut, tambahan lagi ia bersebelahan dengan tempat rehlah kami, maka inilah peluangnya untuk kami menghadirinya. Maka program yang bermula daripada lepas zohor bersambung hingga ke malam hari.

Alhamdulillah banyak perkongsian ilmu yang diperolehi malam tadi, walaupun pengisiannya agak biasa bagi kami tapi pengajaran yang diperolehi amat bermakna sekali bagi kami sekeluarga.

Pengajaran pertama ialah melihat bagaimana kesungguhan seorang Muslim melakukan dakwah, itulah cara yang diajar oleh Rasulullah saw kepada kita, akan tetapi kita lebih senang berdiam diri. Bila melihat kesungguhan beliau menyampaikan syarahan, terasa bahawa beliau amat memahami tuntutan hidup sebagai seorang Muslim.

Dalam tem…

Mengenang Gaza

Alhamdulillah setiap hari saya berkesempatan untuk menonton siaran mengenai Gaza, lebih-lebih lagi program kesan-kesan peninggalan perang yg sudah genap setahun berlaku.

Perasaan sedih, marah terhadap kezaliman yang dilakukan serta pelbagai lagi perasaan lain bercampur-baur. Siapakah yang nak kita persalahkan? Mengapa begitu? Macammana kita nak bantu mereka?

Kadang-kadang terasa malas untuk memikirkannya lagi, tapi sebenarnya Gazalah penguji kekuatan iman kita. Dimanakah kita ketika ini...apakah kita pernah memikirkan tentang sumbangan kita kepada mereka? Apakah kita mampu meruntuhkan benteng yang mengelilingi mereka? Mampukah kita membebaskan mereka daripada penjara besar tersebut agar mereka juga mampu hidup bebas seperti kita.

Sungguh besar ujian Allah kepada umat Islam Gaza, mereka diuji daripada segenap sudut. Mereka hidup dalam serba kekurangan tapi keimanan mereka begitu teguh, semangat jihad mereka tidak pernah padam walaupun umat Islam lain sedang diulik nikmat dunia.

Jika ki…

Melihat Cara Belajar

Alhamdulillah hari Isnin lepas saya berpeluang menghadiri kelas anak yang darjah 3 sebagai pembantu cikgu. Kata suami: "apa dah jadi...nak mengajar sekolah rendah pulak ke?". Dah orang minta tolong, takkan nak tolak, tambahan lagi anak beria-ia menyuruh saya datang.

Sebenarnya ada pelbagai manfaat yang saya perolehi dengan menghadiri kelas tersebut. Peluang melihat bagaimana cikgu diperhati oleh Nazir yang melawat dan memeriksa tahap kecekapan guru tersebut mengendalikan kelas.

Dalam masa yang sama melihat gelagat anak sendiri semasa didalam kelas, serta tahap tumpuan beliau semasa guru mengajar. Anak juga sangat bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti yang diadakan. Boleh dikatakan banyak kesan positif yang saya perolehi semasa berada didalam kelas tersebut. 

Sebenarnya disini lawatan ke kelas selalu diadakan untuk memeriksa tahap kecekapan cikgu mengajar, biasanya pelawat datang secara berkumpulan, ditambah dengan kehadiran semua guru dalam bidang yang sama, pengetua sert…

Merancang atau Tidak?

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun baru 2010, setelah dua minggu melangkah ke tahun baru 1431H. Kedua-dua tahun baru ini bermula pada hari Jumaat, iaitu hari yang paling mulia bagi umat Islam. Moga-moga tahun ini membawa pelbagai Rahmat buat kita semua.

Ramai yang menyambut kedatangan hari pertama tahun baru dengan sambutan yang meriah, namun begitu bukan semua menyedari kehadiran hari-hari ini.

Malam tahun baru 2010 bermula dengan gerhana bulan disesetengah tempat, namun begitu tidak ramai yang menyedarinya. Kami juga tidak mengetahuinya walaupun berada ditaman sehingga jam 9 malam tersebut, sehinggalah diberitahu oleh seorang rakan yang datang agak lewat.

Yang disedari ialah ada pergerakan cahaya dilangit ditaman itu yang menyebabkan anak-anak teruja melihatnya, manakala yang dewasa sedikit ketakutan. Dalam perjalanan balik barulah kami menyedari bahawa pergerakan cahaya tersebut adalah balikan daripada cahaya spotlight yang dipancarkan daripada sebuah hotel ditepi laut. Ala.…