Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Tersepit antara adat dan keperluan

Beberapa hari ini saya asyik terfikir tentang adat, kebiasaan dan sunnah. Lebih-lebih lagi apabila menghadapi masalah di hospital disini beberapa hari lepas, yang mana kesemuanya berpunca daripada adat disini. Apakah Sunnah itu adat?
Sebenarnya, sudah beberapa tahun saya tinggalkan perbincangan mengenai tajuk adat, setelah berjaya menghabiskan tesis Phd dengan tajuk "Adat yang bertentangan dengan Sunnah: Analisis tentang adat berkaitan dengan kepercayaan dan ibadat".
Ketika itu saya merasakan bahawa tajuk yang ditulis tidak begitu bermakna, tambahan pula setelah berhijrah ke sini. Apalah yang ada pada adat? Siapa yang nak membincangkannya? Lain tempat lain adatnya. Akhirnya tesis dan ilmu yang dikutip didiamkan begitu saja.
Apabila menghadapi krisis antara adat dan peraturan, yang mana mesti didahulukan? Apabila terjadi pertentangan antara adat dan sunnah, mana pula yang mesti diutamakan? Apakah kita boleh mengubah adat kita?
Sehingga kini, saya masih memegang pendapat bahawa S…

Tidak Sanggup Lagi...

Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan politik di Timur Tengah ini, walaupun keadaan kacau-bilau masih berlaku dibanyak tempat.
Saya cuba mengelak daripada mendengar laporan tunjuk perasaan yang berlaku, sebaliknya mengikuti minat anak-anak, menonton cerita kanak-kanak bersama mereka. Itulah tindakan yang saya fikir sesuai, untuk mengelakkan kita tertekan.
Keadaan di Bahrain masih belum berubah, di Yaman juga masih sama, laporan di Libya masih sama, kekacauan di Syria juga masih belum reda, tunjuk perasaan di Oman juga sekejap reda, sekejap ada serta beberapa negara lain di Afrika juga masih mengalami suasana yang sama. 
Jika awal tahun ini, saya begitu berminat mengikuti perkembangan politik di sini, kini saya rasa saya tidak sanggup lagi mengikuti perkembangan ini.
Buat apa menyusahkan diri, memikirkan keadaan mereka sedangkan rakyat negara mereka dizalimi, ketidakadilan berlaku dimana-mana. Pemerintah cuma memikirkan keinginan diri sendiri tanpa mengutamakan rakyat.
Sedih melihat…

Biadapkah Saya?

Ada sesuatu yang saya fikirkan, masih bermain-main difikiran ini. Sudah lama saya lupakan tabiat tersebut, tetapi minggu ini saya terpaksa...akhirnya gagallah impian untuk tidak lagi komen atau kritik orang lain.
Bila fikirkan lagi...tidak salah saya meluahkannya bila kesilapan itu amat jelas. Buat apa saya pendamkan kerana ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bila difikirkan lagi...saya berada dibumi orang, apa hak saya untuk membandingkan dengan tanahair sendiri. Jadi biadapkah saya bila mempersoalkan peraturan yang mereka wujudkan yang mana amat menyusahkan kita.
Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...
Alkisahnya, suami saya terpaksa menjalani pembedahan kecil dan terpaksa dirawat di hospital disini. Ketika inilah saya terpaksa berdepan dengan suasana baru, yang belum pernah saya alami sebelum ini.
Boleh dikatakan pengalaman disini adalah jauh berbeza daripada suasana diluar hospital. Sikap orang Oman dihospital juga jauh bezanya daripada oran…

Malaysia di Mata Arab

Bila berada diluar negara, kita berpeluang mempromosi negara kita kepada teman-teman dan rakan baru. Alhamdulillah Malaysia sudah mendapat tempat di hati orang-orang Oman, jadi saya tidak perlu bercerita panjang tentang negara sendiri.
Sebenarnya apa yang saya selalu dengar ialah komen-komen positif daripada rakan dan kenalan disini. Malah ramai yang memasang impian ingin melawat Malaysia.
Anak-anak juga secara tidak langsung menjadi duta kecil dikalangan kawan-kawan mereka, macam-macam cerita yang mereka beritahu rakan mengenai keindahan tanahair Malaysia. Malah pelbagai perancangan masa depan diimpikan bersama rakan-rakan mereka tentang menyambung pelajaran di Malaysia.
Boleh dikatakan nama Malaysia begitu laku di sini, kita boleh mendapat perkhidmatan yang berbeza dengan hanya mengaku diri seorang 'anak Malaysia', best kan?
Malaysia yang dikenali oleh orang-orang Arab ialah 'Sebuah Negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi, begitu maju, berjaya menghasilkan produk yan…