Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Berpuasa dengan Ibubapa

Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, saya berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa bersama-sama ibubapa tercinta.
Saya tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir saya menghabiskan sebulan bulan Ramadhan bersama-sama mereka? Segalanya bermula pada tahun 1989 ketika saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM, lamanya tarikh itu...lama jugalah saya tidak berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama-sama keluarga.
Begitulah putaran hidup kita, maka beruntunglah bagi mereka yang dapat bersama-sama ibubapa ketika Ramadhan.
Hargailah nikmat yang dikurniakan ilahi kepada kita, kerana peluang ini tidak akan kembali, lebih-lebih lagi bila kita sudah berumahtangga.
Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang memahami kerana membenarkan saya dan anak-anak berpuasa disini, serta berjauhan daripada beliau.
Inilah yang dikatakan nikmat dalam ujian. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Menghabiskan Ramadhan bersama-sama ibubapa yang telah berumur, tidak lagi sama dengan Ramadhan ketika ki…

Salam Kembali

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk menulis sesuatu di blog ini. Lamanya tak diupdate...sibuk bercuti ditanahair.
Bila tengok balik, rupa-rupanya dah dekat dua bulan saya tidak postkan apa-apa disini. Alhamdulillah selama tempoh itulah juga kami berada di tanahair, bercuti sambil melancong ditanahair sendiri.
Anak-anak begitu seronok dengan pengisian cuti kali ini. Selalunya kami hanya menghabiskan cuti di Kuala Lumpur dan di kampung, tetapi cuti kali ini begitu bererti buat kami semua, kerana kami sempat melawat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Cameron Highlands.
Alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat adik dan adik ipar baru yang membantu menjayakan misi cuti-cuti Malaysia kali ini.
Alhamdulillah agenda melancong memberi nilai positif dalam hubungan kekeluargaan. Hasilnya ia mampu merapatkan hubungan anak-anak saya yang baru kali pertama berjumpa dengan makcik dan pakcik baru. Sebelum melancong mereka agak malu-malu…