Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Awal Muharram 1438H

Assalamualaikum dan Salam Awal Muharram.

Alhamdulillah sekali lagi kita melangkah ke tahun baru hijrah. Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, dipayungi kerahmatan Allah swt serta dipermudahkan segala urusan.

Tahun ini Oman melangkah ke tahun baru hijrah pada hari Isnin bersamaan 2 Oktober 2016. Pengumuman dibuat setelah ahli falak tidak dapat melihat anak bulan Muharram. Itulah kebiasaan disini, setiap permulaan bulan Islam adalah berpandukan kepada aktiviti melihat anak bulan.

Waktu terus berputar, setiap hari kita berpeluang mengutip pelbagai pengalaman, sebagai panduan menjalani kehidupan di alam ini. 
Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun lepas, serta saya dipertemukan dengan insan-insan yang sudi berjuang bersama, serta ikhlas bersahabat kerana Allah swt. 
كل عام وأنتم بخير.