Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Kalbuh Park - Taman buatan Manusia

Imej
Alhamdulillah...inilah tempat kami sekeluarga mencari ketenangan setiap kali hujung minggu. Bila berada di kawasan padang pasir, mata kita teringin untuk melihat kehijauan pokok untuk menenangkan hati. Bila dapat melihat kehijauan taman serta berendam air laut, itulah nikmat yang tidak dapat digambarkan.

Mana lagi nak pergi ketika diperantauan?






Sekadar berkongsi keindahan taman buatan manusia yang menganjur disepanjang bukit di Mutrah, Oman.
Taman ini terletak sebelum masuk ke pintu gerbang ke Muscat, ibu negara Oman.

Cara Menguatkan Magnet Diri

Sebagai insan yang diciptakan oleh Allah swt, kita dibekalkan dengan manual yang jelas untuk mengemudikan kehidupan kita.
Alhamdulillah sebagai umat Nabi Muhammad kita dibekalkan  dengan manual utama iaitu al-quran dan sunnah, yang mana al-quran akan terjaga sehinggalah hari kiamat. Begitu juga sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw untuk kita menjalani kehidupan dialam ini.
Kedua-duanya jika kita ikuti dengan betul dan ikhlas akan membawa kita ke arah yang betul, serta akan memudahkan hidup kita walau dimana kita berada.
Dalam masa yang sama ia akan menguatkan magnet diri kita, tanpa perlukan amalan lain sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam. Dalam kata lain kita tidak perlukan yoga, amalan tenaga dalam ataupun amalan sebangsa dengannya.
Contohnya begitu jelas semenjak dulu lagi...jika kita lihat kehidupan ulama-ulama yang begitu ikhlas beragama, magnet diri mereka begitu kuat, mereka dapat menarik insan lagi ke dalam hidup mereka  tanpa perlu bersus…

Memilih Pasangan...apa rahsianya?

Alhamdulillah hari ini tergerak hati untuk berkongsi satu maklumat yang pernah saya perolehi beberapa tahun lepas, sebelum pindah ke Oman.
Sebenarnya banyak topik yang menarik untuk dibincangkan tapi saya yang tertangguh-tangguh untuk menyampaikannya. Moga kali ini saya diberi kekuatan untuk  menceritakan disini tentang hubungan sesama manusia dari segi ilmu mengenal diri.
Apa yang ingin saya sentuh kali ini ialah rahsia mengapa Rasulullah saw melarang kita bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi berhubungan sebelum kahwin atau bercinta sebelum kahwin.
Menurut apa yang pernah saya pelajari, manusia  adalah seumpama sebatang magnet, jika digantung ia akan mengarah ke kutub Utara Selatan. Itulah sebabnya sebaik-baik posisi tidur kita adalah sebagaimana magnet berehat, dada dengan sendirinya akan menghadap kiblat. Sebenarnya itulah juga cara tidur yang dianjurkan dalam sunnah.
Apabila kita menyifatkan diri seumpama sebatang magnet, banyak perkara berkaitan boleh di…