Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Hanya Tempat Persinggahan

Imej
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas segala kurniaan- Nya kepada kami disini.Alhamdulillah, syukur juga kerana Dia memberi peluang untuk saya bertemu insan senegara disini, meskipun hanya sekadar pertemuan. Kadang-kadang hati terasa hiba mengenangkan apa yang ditempuhi tetapi Dia memberi kekuatan lain. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Bila hati redha dengan apa yang berlaku, kita akan lebih tenang dan bahagia. Sesungguhnya Dia mengurniakan apa yang terbaik untuk kita, meskipun kita tidak memahaminya.Syukurlah dan redhailah apa yang berlaku. Itulah saja cara untuk memujuk hati. Bila dikenang kembali, sepanjang bermastautin disini saya berjumpa pelbagai kategori manusia, ada yang hanya menyapa ketika inginkan sesuatu, ada yang sekadar berhubung ketika diperlukan, ada yang rapat dan begitu menyentuh hati serta ikhlas bersahabat.Namun setiap kali ada insan yang disayangi, yang betul-betul ikhlas bersahabat, mereka akan berpindah ke tempat baru. Begitulah hidup diperantauan, ia sek…

12 Tahun di Oman

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberi kekuatan untuk berkongsi disini.Masih terbayang-bayang kali pertama meninggalkan Tanahair tercinta, pelbagai rasa ketika itu...bermula dengan kerisauan pertama kali menaiki kapalterbang dalam jarak jauh, apakah kemungkinan yang bakal ditempuhi disebuah negara asing, sendirian tanpa sanak saudara dan rakan taulan.Sesungguhnya bila memilih untuk mengikut suami pindah ke tempat baru, saya sepatutnya bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan ditempuhi ditempat baru. Pejam celik hari ini genap 12 tahun kami merantau, bumi ini menjadi tanah bermastautin, dan tanahair sendiri cuma menjadi tempat menghabiskan masa cuti. Ketika itu saya tidak menyediakan apa-apa bekal untuk hidup ditempat baru, dalam hati berharap semoga apa yang ditemui nanti baik-baik dan sesuai dengan hati ini. Apa yang dibawa cuma dua buah beg sederhana besar berisi pakaian saya dan empat orang anak kecil.Alangkah mudahnya hidup ini jika kita mempermudahkann…