Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Sekolah Ramadhan

Sekolah Ramadhan adalah satu institusi hebat ini dihadiri oleh seluruh umat Islam yang cukup umur dan beraqal, yang beriman kepada Allah swt. Kehebatan sekolah ini tiada tandingannya dengan mana-mana institusi pendidikan di alam ini. Sijil utama untuk menghadirinya adalah dua kalimah shahadah, yang mana ia membezakan orang Islam daripada yang selainnya. Sekolah untuk mendidik jiwa ini dibuka serentak di seluruh dunia setelah pengumuman dibuat oleh pihak berwajib, iaitu setelah melihat anak bulan Ramadhan. Dapatkah kita bayangkan betapa hebatnya sistem pendidikan ini, yang diatur sendiri oleh Yang Maha Berkuasa untuk hamba-hambanya yang taat kepadaNya. Manakala cara-cara menghidupkannya didemonstrasi sendiri olah PesuruhNya, Nabi Muhammad sallalahualaihi wassalam. Jadi apakah visi kita semasa menghadiri Ramadhan 2009 ni? Apakah yang kita cari kali ini? Bayangkan sekolah yang dihadiri setiap tahun ini sepatutnya sudah mampu menaikkan taraf kita ke peringkat yang lebih baik, sayangnya ram

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem! Begitulah ucapan yang akan kedengaran tiap kali bertemu seseorang dalam bulan Ramadhan. Dulu-dulu rasa pelik tapi hari ini dah menjadi kebiasaan mengeluarkan ucapan sebegitu. Moga-moga Ramadhan kali ini membawa banyak kemuliaan kepada kita semua. Alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan kali ini, kita disekolahkan sekali lagi untuk mendidik diri kita. Yang hebatnya sekolah ini sekolah terbesar didunia, dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat miskin dan kaya, tua dan muda. Walau sebagaimana hebatnya sekolah kita, tetap tidak akan dapat menandingi sekolah ini. Kalau kita mendengar kuliah agama ramai penceramah lebih suka menyebut 'madrasah ramadhan', tapi saya amat suka menyebut sekolah. Almaklumlah sekolah yang kita hadiri setahun sekali, kadang-kadang dapat meneruskan hingga ke luar Ramadhan, kadang-kadang kembali seperti sebelumnya. Begitulah darjat keimanan kita, naik dan turun... 'Sekolah Ramadhan', inilah sistem pendidikan Rabbani, dimana kita diaj

Perancangan Ramadhan

Alhamdulillah kita semakin hampir memasuki bulan Ramadhan, bulan rahmat, berkat dan penuh pengampunan. Apakah kita telah membuat perancangan untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali? Ataupun kedatangannya adalah seperti tahun-tahun yang lepas. Para ulama selalu berdoa "Allahumma balligni Ramadhan". Itulah sebaik-baik doa agar kita sempat merasa kedatangan Ramadhan kali ini dan seterusnya. Bila bercerita tentang perancangan Ramadhan, kita dapati peniaga-peniaga lebih berminat merancang untuk menyambutnya. Pelbagai perancangan yang mereka buat untuk mendapat keuntungan material sepanjang Ramadhan ini. Perancangan yang dibuat bukan bermula hari ini malah semenjak awal tahun lagi, malah ada yang terus merancang sejurus berakhirnya Ramadhan tahun lepas. Begitulah hebatnya manusia merancang untuk mendapat keuntungan duniawi. Malah di TV juga sudah berbulan-bulan iklan tentang rakaman program TV untuk hariraya disiarkan. Namun kita jarang terdengar orang yang merancang untuk pengisi

Quarantine...betulkah teknik yang digunakan?

Bermacam-macam cerita tentang H1N1 yang kita dengar setiap hari. Ini termasuklah pelbagai tindakan yang diambil semenjak ia merebak di negara kita. Teringat ketika baru menjejaki kaki ke KLIA kami diarahkan agar mengisi borang khas tentang penerbangan serta alamat di Malaysia. Rupa-rupanya ketika itu memang sudah ada saringan dibuat. Alhamdulilllah keadaan ketika itu masih belum seperti ketika ini. Kemudian pelbagai cerita yang saya dengar, antaranya kes H1N1 yang berlaku di insititusi pengajian tinggi, yang mana kesemua pelajar diberi cuti dan diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Pelajar di 'check' sebelum balik tapi ada diantara pelajar yang mula demam ketika di atas bas untuk pulang ke kampung, seterusnya demam di kampung. Kadang-kadang terfikir juga apakah ini bentuk 'quarantin' yang dilakukan? Sepatutnya para pelajar tersebut dikurung di dalam kawasan kampus, dimana pelajar yang sakit diasingkan, akan tetapi apa yang dipraktikkan ialah menyuruh mereka pulang

Apakah Hati Secantik Tulisan Penulisnya?

Alhamdulillah bila berada di tanahair pelbagai program boleh dilakukan. Program utama ialah ziarah serta mengembalikan nostalgia lama, dalam usaha memantapkan diri sendiri. Bila bertemu dengan teman-teman lama, pelbagai cerita lama diimbas kembali. Seronok juga bila mendengar cerita kawan-kawan lama dengan perjuangan mereka. Ada yang sedang meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan Phd, ada juga yang sedang merancang untuk menyambung pelajaran lagi. Dalam masa yang sama bekerja, mengurus keluarga serta pelbagai urusan lagi. Begitulah hebatnya kawan-kawan, paling tidak saya juga ikut termotivasi dengan usaha-usaha mereka. Alhamdulillah kali ini saya berkesempatan melawat sekolah lama (Maahad Muhammadi (P) serta bertemu ramai rakan-rakan yang bertugas di situ. Sememangnya saya tidak tahu bahawa ramai rakan-rakan sepengajian semasa UIA dulu bertugas di situ. Dalam masa yang sama bertemu dengan beberapa orang bekas guru yang masih mengingati saya, alhamdulillah. Ada juga orang yang ing

Lama Tak Menulis

Lama betul blog ni tidak di update, malas nak menghadapi masalah internet di sini. Maklumlah slow je, kadang-kadang tengah tulis tak de line. Jadi berdiam diri lebih baik daripada stress menghadapi masalah ini. Cuma kadang-kadang rindu juga ingin menulis dan berkongsi sesuatu. Maklumlah kali pertama berada lama dikampung semenjak bekerja dan berkahwin. Barulah terasa saya ketinggalan daripada mengetahui banyak peristiwa penting dalam keluarga. Begitulah adat manusia, apa yang berlaku itu atas pilihan kita. Teringat pula kata kakak saya: "Orang yang memilih untuk berada jauh adalah orang yang dah sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, jadi kuatkanlah diri, orang yang tahu bahawa dia tidak kuat tidak akan memilih untuk merantau". Itulah sebabnya beliau memilih untuk membina rumah berdekatan dengan keluarga. Jadi dalam isu ini saya sepatutnya telah kuat kerana memilih untuk berkahwin dengan warga asing serta merantau jauh ke luar negara. Namun begitu kita tidak tahu ketentuan