Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Oh Februari!

Apa dah jadi? Baru sebulan bersemangat untuk menulis kembali, baru tiba Februari sudah mula dingin. Apakah aktiviti sepanjang bulan ini? Anak-anak sudah masuk minggu ke dua berada di semester dua, alhamdulillah terdapat peningkatan yang ketara dalam pembelajaran mereka. Moga mereka terus berjaya dalam kehidupan dan pembelajaran. Alhamdulillah aktiviti kami, kumpulan wanita Malaysia di Oman juga semakin berjalan lancar. Moga segala aktiviti yang dirancang berjaya serta mampu mencapai objektifnya. Apa yang paling istimewa pada bulan ini ialah peluang bertemu dengan seorang cikgu yang mengajar sewaktu saya di bangku sekolah rendah disini, Cikgu Khadijah. Jauhnya tempat pertemuan kembali kami setelah dekat 30 tahun tidak pernah bersua. Itulah ketetapan Allah, moga pertemuan ini mampu merapatkan lagi hubungan persaudaraan yang terjalin diantara kami. Baru beberapa bulan lepas saya menulis mengenai bait-bait nasyid yang terlekat diingatan ini di wall facebook saya, "Janganlah solat …