Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Meriahnya Maulud kali ini

Alhamdulillah kita berkesempatan menyambut maulud sekali lagi tahun ini. Walaupun tiada acara khusus dianjurkan pada tahun ini, saya tetap merasakan kemeriahannya. Bagaimana saya dapat merasakan kemeriahannya tanpa majlis berzanji dan berselawat? Sebenarnya setelah beberapa tahun menggunakan intenet dan pelbagai aplikasinya, tahun ini begitu ramai rakan yang menghantar pelbagai ucapan maulud, dari situ saya terasa kemeriahannya. Moga setiap ucapan yang dihantar diiringi kesedaran dan kasih sayang yang mendalam terhadap baginda Rasulullah saw. Alangkah indahnya jika setiap orang Islam yang begitu teruja menyambut maulidur rasul, menghayati apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw.Apakah membesarkan maulud cukup dengan berarak, ataupun menghantar ucapan tahniah sesama kita? Ataupun kita ikuti dengan mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda. Mempelajari sebaik-baiknya warisan peninggalan baginda, kemudian mengamalkan ajaran baginda berpandukan al quran dan al s…

Cerita Kangkung

Alhamdulillah syukur kerana masih mendapat kekuatan untuk menulis sesuatu disini.Sudah dua hari bacaan saya tertumpu kepada isu yang hangat di tanahair iaitu isu kangkung.Pada mulanya saya begitu terkejut mengapa begitu ramai orang memperkatakan isu kangkung di fb, manakala rakan-rakan di whatsup juga berkongsi cerita sama. Mungkin ada yang serius, ada yang sekadar membuat lawak, tapi bagi saya ia mengingatkan kisah lama ketika bersama-sama kedua ibubapa dikampung. Kangkung begitu penting dalam kehidupan kami sekeluarga, sumber sayur untuk keluarga dan sentiasa ditanam ditepi rumah. Ketika berada dibangku sekolah menengah dan di universiti, ayah selalu diserang sakit sesak nafas, jika ia menyerang keadaan ayah saya seolah-olah orang yang akan meninggal. Ketika itu ayah mula memohon maaf dengan kami serta menyuruh kami memberitahu jiran terdekat, iaitu sepupunya yang tinggal bersebelahan. Sememangnya saat-saat itu begitu begitu menyedihkan, apa lagi bila melihat adik-adik kecil mengeli…

Tahun Baru - Hijrah @ Masehi

Alhamdulillah kita bertemu pada pagi awal tahun baru masehi 2014. Bertambah setahun lagi bilangan umur mengikut kiraan masehi.Di sini beberapa hari sebelum bermula awal tahun, banyak mesej disampaikan menganjurkan umat Islam menghidupkan sambutan tahun baru dengan amalan solat sunat. Sedangkan tiada anjuran sebegitu disebarkan ketika sambutan tahun baru hijrah dua bulan lepas. Walaupun tiada sambutan khusus, satu perkara penting perlu dimasukkan didalam kefahaman kita tentang masa, iaitu apakah kiraan untuk umat Islam gunapakai sehari-hari? Sekiranya kita merujuk al-quran, Allah swt ada menyebutkan didalam Surah Al-Taubah, ayat 36,
إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السموات واﻷرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم...
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu DIA menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus..."Jika kita merujuk ayat di atas, dapat kita…