Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Dekat Setahun Menulis...

Alhamdulillah dalam beberapa hari lagi genaplah setahun usia blog ini. Ada pelbagai idea tertulis disini dan perlu dikembangkan lagi. Bersempena dengan Syawal kali ini, Surirumah Efektif akan menamatkan blog ini,dan memulakan blog baru. Idea-idea yang ada di sini akan dikembangkan lagi secara ilmiah. Kepada sahabat yang masih berminat untuk membaca penulisan saya, boleh mengunjungi blog www.suriummah.blogspot.com bermula pada awal bulan Oktober. Moga dapat berkongsi idea dan pengalaman di situ.

Hari Raya Di Oman

Seronoknya mendengar cerita ahli keluarga di kampung sudahpun berhariraya, manakala negara jiran di sini juga sudah menyambut hariraya pada tarikh yang akan menjadi kenangan 20092009. Namun begitu kami di Oman masih lagi berpuasa menyempurnakan hari ke-30 Ramadhan kerana anak bulan tidak nampak. Memang telah diduga anak bulan tidak nampak berpandukan pengalaman ketika sampai di sini tiga minggu lepas. Keadaan udara di sini sekarang begitu berhabuk, macammana nak melihat anak bulan. Teringat ketika kapalterbang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, keadaan terlalu berjerebu ketika itu, berbanding keadaan di Doha yang amat bersih dan jelas pada pandangan mata kasar saya. Sampai hari ini jarak penglihatan kasar masih kabur, mungkin itulah sebabnya anak bulan tidak dapat dilihat di sini. Apa-apapun kami akan beraya juga esok, walaupun lewat sehari. Moga kita telah berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan jayanya dan semoga segala latihan yang telah dijalani aka

Masih Ingatkah lagi Al-Quran itu?

Alhamdulillah dalam masyarakat hari ini ramai yang telah mempunyai kesedaran dalam mengamalkan ajaran agama Islam. Ramai ibubapa yang amat menitikberatkan ajaran ini menyebabkan wujudnya ramai remaja alim. Bertuahnya anak-anak ini kerana dididik dengan sempurna oleh ibubapa yang mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka. Suasana ini amat berbeza daripada zaman kanak-kanak kami. Bak kata suami: "Kita tidak pernah diajar untuk berdoa sebelum berbuat apa-apa, malah ramai yang tidak diberitahu kepentingan solat dan mengaji al-Quran." Kita melakukannya apabila hati tercari-cari sesuatu. Malah di negara beliau, yang amat jelas kesekularannya, anak-anak menjadi semakin jauh dari agama sendiri walaupun negara Arab. Alhamdulillah bahasa mereka masih membantu mereka mengaji dan menghayati al-quran walaupun tidak seperti kanak-kanak di negara lain. Namun begitu tidak ramai yang mendidik anak-anak mendirikan solat sehinggalah mereka mencarinya sendiri. Bayangkan remaja yang membesar tan

Susah-Payah Mengejar Ilmu

Sememangnya ilmu yang didapati setelah kita bersusah-payah amat berkesan dalam hati malah mempunyai nilai yang amat tinggi pada kita. Bayangkan seorang pelajar yang terpaksa berulang-alik ke sekolah dalam jarak yang amat jauh, ditambahi kesukaran pengangkutan serta pelbagai lagi kesusahan, jika dia berjaya mengharunginya bermakna dia telah berjaya melepasi ujian tersebut. Malangnya anak-anak hari ini terlalu manja untuk menempuhi kesukaran itu, seboleh-bolehnya mereka ingin dihantar ke pintu pagar sekolah dalam keadaan yang amat senang. Sekalipun mereka berfikir, jarang yang terfikirkan kesukaran anak-anak orang susah yang terpaksa berkorban untuk mendapat ilmu. Mungkinkah inilah penyebab ilmu yang tidak meresap ke dalam hati? Juga apakah ini penyebab wujudnya ramai anak-anak yang tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain? Jika dikenangkan kisah hidup sebagai pelajar dahulu, teringatlah kisah-kisah betapa susahnya untuk keluar kampung untuk menunggu bas sekolah untuk sampai ke band

Hadis Pilihan

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi satu hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a yang bermaksud: "Saya mendengar Nabi saw bersabda: "Ruh itu bagai tentera yang berbaris. Mana yang bersesuaian berdampinganlah dia dan mana yang bertentangan berjauhanlah dia." Kadang-kadang kita terfikir mengapa susahnya untuk kita berdampingan dengan seseorang?, mengapa orang lain mudah saja mendapat kawan?, apakah kekurangan kita dalam persahabatan?, apakah kita tidak pandai melayan orang lain sehingga begitu susah untuk mendapat sahabat ataupun orang untuk didampingi serta pelbagai lagi persoalan tentang hubungan sesama manusia. Jadi bila membaca hadis ini kita akan lebih tenang kerana kita dapat memahami bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan tentangnya dalam hadis di atas. Jadi redhalah dengan apa yang berlaku kepada kita. Sebagaimana kita fahami bahawa setiap insan memiliki roh dan jasad, sekiranya roh kita bersesuaian dengan orang yang kita temui maka kita akan senang

Bahagian Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita mendekati bahagian terakhir Ramadhan, hari-hari yg ditunggu oleh kebanyakan Muslim yg ikhlas menunaikan ibadah puasa mereka. Hari-hari ini lah yang banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis, hari-hari yang digambarkan sebagai 10 hari terakhir Ramadhan. Menurut hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari diriwayatkan dari Abu Salamah: "Saya bertanya kepada Abu Said sahabatku. Katanya: Kami iktikaf beserta Nabi saw pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Baginda keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan kami. Sabda baginda: "Diperlihatkan kepadaku Malam Qadar. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa iktikaf beserta Rasulullah saw, hendaklah dia kembali. Kerana itu kami kembali. Dan tiada sepotongpun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tetapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan de

Menulis Lagi...

Alhamdulillah kerana dapat menulis lagi di sini walaupun terpaksa menghadapi masalah laptop merajuk. Almaklumlah ditinggalkan dua bulan lebih tanpa sesiapapun menggunakannya. Bila start je terus keluar mesej mesti di boot balik. Alamak...namun begitu alhamdulillah masih mampu digunakan semula walaupun bermasalah. Laptop yang menjadi teman semasa bekerja dulu, masih setia memberi khidmat buat diri ini. Bila membaca balik beberapa tajuk yang pernah difikirkan dulu, terasa perlunya tulisan tersebut diolah semula terutama setelah melalui pelbagai pengalaman bergaul dengan surirumah. Begitu juga hasil perbincangan dengan kawan-kawan lama yang juga merupakan surirumah. Di antara tajuk yang perlu dibincangkan juga adalah "peranan suami di dalam pendidikan anak-anak", memandangkan contohnya yang teramat jelas di dalam al-Quran, iaitu kisah Luqman menasihati anaknya dan bagaimana Nabi Ibrahim mendidik anak. Jadi keharmonian rumahtangga akan terhasil apabila kedua-dua suami dan isteri

Pertengahan Ramadhan

Alhamdulillah kita telah tiba ke pertengahan Ramadhan, pejam celik pejam celik kita akan sampai ke 10 hari terakhir Ramadhan, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam yang berpuasa. Menunggu bertemu hari yang amat bermakna bagi umat Islam, iaitu malam lalilatul qadar. Apakah keindahan yang dapat kita gambarkan sepanjang Ramadhan kali ini? Apakah ilmu yang dapat kita galas tahun ini? Apakah kita pernah berfikir tentang kehebatan Allah swt dalam mewajibkan ibadah ini kepada setiap Muslim? Sesungguhnya Ramadhan, bulan mulia akan memberi pelbagai rahmat kepada orang-orang yang mahu berfikir. Ini kerana fitrah manusia mampu melakukan yg terbaik ketika perut kosong. Ketika inilah kita akan mampu menyusun atur serta menghubungkait segala ilmu yang telah kita pelajari, tanpa banyak masalah. Ini digambarkan oleh amalan Rasulullah dan para Sahabat baginda dalam bulan Ramadhan yg mana mereka berjihad dalam beberapa peperangan dalam bulan mulia ini. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepad

Oman oh Oman...

Alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Oman semula setelah lebih dua bulan berada di Malaysia. Inilah kali pertama saya berada lama di kampung halaman semenjak menjejaki kaki ke pusat pengajian tinggi 20 tahun lalu, seterusnya bekerja dan berkahwin. Sememangnya begitu banyak pengalaman yang diperolehi kali ini, yang tiada bandingannya. Segala ketetapan Allah begitu cantik, yang mana saya berpeluang untuk menilai diri serta mengimbas pelbagai peristiwa yang pernah dilalui sebelum ini. Sesungguhnya tiada pembaziran atas setiap apa yang berlaku kepada kita, semuanya mempunyai hikmah dan pengajaran. Fikirkanlah dan syukurilah... Begitu juga peluang menghadiri kursus perubatan Islam (tanpa dirancang) setelah beberapa tahun meninggalkan alam pekerjaan juga amat bermakna buat diri ini. Moga ilmu itu mampu digunakan untuk membantu insan yang memerlukannya. Kemudian bermusafir dalam bulan Ramadhan bersama-sama anak-anak bukan semudah yang disangka, namun pengalaman berbuka puasa dan bersahur d