Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Janji Melayu atau Janji Arab?

Janji Melayu...satu ungkapan yang selalu kita dengar bila menghadiri apa-apa program ataupun apa-apa temujanji yang berkaitan dengan waktu suatu ketika dulu.
Ia menunjukkan bahawa orang Melayu selalu lambat dan tidak menepati masa yang sepatutnya. Biasanya jika berjanji jam 7 dia akan sampai setengah jam atau sejam kemudian. Begitu juga jika program sepatutnya bermula jam 7 ia akan dimulakan lebih lambat. 
Apakah sikap tidak menepati masa tersebut masih ada dalam masyarakat Melayu? 
Sepanjang bergaul dengan orang-orang Melayu disini, saya dapati kebanyakan mereka menepati masa serta begitu menghargai masa. Begitu juga setiap program bermula pada waktu seperti yang dijanjikan.
Oleh itu saya merasakan bahawa ungkapan tersebut tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh masyarakat melayu disini. Alhamdulillah.
Apa yang jelas kebanyakan rakan-rakan disini menghargai masa serta mempunyai perancangan yang jelas. Itulah sumber kemakmuran hidup mereka.
Jika dulu saya selalu mendengar leteran tentang …

Solat dan Pengurusan Masa

Apakah perkaitan antara solat dan pengurusan masa? Ramai yang menjaga solat tetapi gagal menguruskan masa, apakah itu kesan positif daripada solat kepada beliau?
Sebagai seorang Muslim kita disuruh mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu lima kali sehari semalam. Setiap waktu solat ada garis waktu yang tertentu yang mesti kita ikuti, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar waktu-waktu tersebut mengikut citarasa kita sendiri.
Waktu-waktu solat adalah gambaran awal bagi umat Islam tentang pengurusan masa, jika umat Islam mampu mengurus waktu solat mereka, banyaklah kebaikan yang akan terhasil daripadanya.
Namun begitu kadang-kadang kita bertemu dengan insan yang begitu menjaga waktu solat, akan tetapi tidak berdisiplin dalam menjaga masa, seolah-olah solat dan kehidupan diluar solat ada pemisahnya.
Apakah tindakan kita bila berhadapan dengan situasi sebegini? Apakah kita cuma mengikut cara mereka tanpa bertindak untuk memperbaikinya?
Apa yang penting umat Islam perlu …

Awal Muharram Kembali lagi...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H...Moga diberi kekuatan serta semangat untuk meneruskan usaha-usaha kita hingga ke akhir usia.

Bulan Muharram kembali lagi, mengembalikan beberapa adat dan amalan yang tidak bersumberkan sunnah, tetapi disebarkan sebagai sunnah Rasulullah saw.
Apa yang menyedihkan ialah ia juga turut dikongsikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang menerima amalan tersebut sebagai sunnah. Maka berleluasalah amalan tersebut disebarkan diinternet.
Seingat saya sepanjang berada disini, saya tidak pernah mendengar orang bercerita tentang amalan doa akhir dan awal tahun hijrah. Terfikir juga apakah orang Oman tidak tahu tentang amalan ini, jika ia adalah sunnah.
Dalam masa yang sama, hati terasa ingin tahu siapakah yang memulakan amalan ini, jika benar ia bukan bersumberkan hadis baginda?.
Kita kata kita sayangkan baginda, tetapi kita menyebarluaskan ibadah yang tidak dilakukan oleh baginda...apakah itu tanda kita sayangkan baginda?
Kita mengaku bahawa agama Islam …

Wanita 1/4 Ahli Dewan Tunisia

Sudah sebulan lebih pilihanraya asas Tunisia berlangsung iaitu pada 23 Oktober 2011, dan sudah beberapa hari calon-calon yang terpilih bermesyuarat diparlimen Tunisia, barulah saya berkesempatan untuk menulis mengenainya disini.
Pilihanraya tersebut yang dinyatakan sebagai satu pilihanraya bersih dan  telus telah dihadiri oleh ramai pemerhati daripada seluruh dunia. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, kerana petugas pilihanraya yang kurang berpengalaman.
Apa yang menarik perhatian saya ialah lebih  kurang satu perempat calon yang terpilih adalah terdiri daripada wanita. Ini termasuklah calon-calon daripada Parti Al-Nahdha, sebuah parti berideologi Islam, yang turut menyenaraikan ramai calon wanita sebagai wakil rakyat mereka, termasuklah wanita yang tidak bertudung (?) 
Setiap hari  TV Tunisia menyiarkan siaran langsung persidangan di Parlimen, yang bermula dengan beberapa adegan penentangan beberapa wakil rakyat pembangkang. Satu adegan yang agak tidak se…

Hujan Rahmat

Alhamdulillah sudah beberapa minggu langit Oman agak mendung dan kerap hujan. Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun pertama saya merasai hujan berulangkali setelah hampir 7 tahun berada disini.
Apabila sudah terbiasa dengan langit yang cerah dan terang, cuaca yang panas, bila langit agak mendung, terasa suram saja alam sekeliling.
Apa yang pasti, hujan yang turun membawa rahmat kepada kami disini, ia menyejukkan bumi yang panas, membasahkan tanah yang gersang, membawa hawa sejuk hinggakan kami tidak perlu lagi menggunakan aircond. Alhamdulillah...
Malam tadi hujan turun lagi serta agak lebat, namun begitu ia tidak selebat hujan yang turun sebelum hariraya aidiladha, yang telah menyebabkan banjir dibeberapa tempat disini.
Saya masih teringat pada petang tersebut, hujan yang amat lebat telah menyebabkan jalan sesak berjam-jam diroundabout dihadapan rumah saya.
Apabila mengikuti berita pada hari berikutnya barulah saya tahu bahawa kawasan bersebelahan telah dilanda banjir, ia termasuklah…

Persoalan tentang Penyakit

Ada satu perkara yang sentiasa bermain-main difikiran saya sudah beberapa lama, mungkin ia juga persoalan anda juga.

Persoalan ini ialah mengenai sakit dan penyakit, apakah ia ketetapan Allah yang boleh diubah ataupun tidak?

Apabila kita mendengar cerita seseorang itu sakit, apakah kita bersalah apabila menasihati mereka untuk mengubah cara hidup mereka?

Apakah gaya hidup menyebabkan kita berpenyakit?

Apakah kita berserah semata-mata apabila ditimpa penyakit ataupun berusaha untuk mengubatinya?

Apakah jenis rawatan yang kita ambil membantu penyembuhannya?

Apakah respon kita apabila doktor memberitahu bahawa penyakit kita sudah mencapai tahap kritikal?

Ada banyak persoalan lagi yang menanti jawapan, namun begitu amat sukar untuk mencari insan yang betul-betul memahami untuk dikongsi persoalan ini.

Pagi tadi saya sempat mengutarakan pendapat saya mengenai beberapa persoalan diatas kepada seorang rakan, tetapi ia masih terbuka untuk perbahasan.

Bagi saya persoalan-persoalan ini amat be…

Indahnya Memberi

Alhamdulillah seronok melihat kegembiraan insan-insan yang suka membantu sesama insan, sama ada dikenali ataupun tidak. Mereka begitu ikhlas memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan.
Begitu juga saya seronok melihat gaya hidup guru, terserlah kegembiraan diwajah mereka setiap masa, walau apapun dugaan yang dihadapi.

Inilah Rahmat Allah pada orang yang sentiasa memberi, moga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus memberi dan mendidik anak bangsa.
Kadang-kadang kita ingin memberi seperti orang lain, berkongsi fikiran dan pendapat dengan orang lain, tetapi situasi tidak mengizinkan.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah kita juga mempunyai peluang seperti insan lain untuk memberi? Bagaimanakah orang lain begitu mudah untuk memberi sedangkan kita terpaksa menghitung detik dan waktu untuk mampu memberi seperti orang lain.
Kadang-kadang kita menyalahkan tempat tinggal kita sebagai halangan untuk terus memberi, sedangkan kita diberi pilihan untuk memilih. Kita juga dibuka jala…

Eid Adha Mubarak

Selamat Menyambut Hariraya Korban 1432H.
Alhamdulillah pagi ini kami berkesempatan untuk menunaikan solat hariraya dimasjid berhampiran rumah kami disini. Masjid yang mengumpulkan warga asing disini sentiasa meriah pada hari raya.
Alhamdulillah...kali ini kami keluar beramai-ramai ke masjid, ditemani jiran yang pertama kali ke masjid tersebut.
Bagi saya walaupun berada dirantauan, solat eid merupakan ibadat yang paling penting untuk dihadiri, kerana ia merupakan inti sambutan hari raya, jika terlepas maka hariraya tersebut jadi tidak bermakna.
Ketika ini jugalah saya berpeluang berkenal-kenalan dengan jiran-jiran, serta bersalaman dengan kawan-kawan lama disini.
Setiap kali hariraya korban kita diingatkan tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Sesungguhnya pengorbanan mereka begitu besar.
Kisah Nabi Ibrahim a.s juga boleh menjadi pengubat rindu kita kepada kampung halaman. Mengapa begitu? Jika dihayati secara mendalam kita boleh merasai kekuatan hati baginda ketik…

Bersabarlah...

Bersabarlah apabila terpaksa duduk bersama-sama insan yang masih jauh daripada amalan Islam yang sejati. Kadang-kadang terasa marah, kadang-kadang terasa geram...itu semuanya ujian buat kita.
Bila difikir-fikirkan...begitu sabarnya baginda Rasulullah saw mengharungi hidup bersama-sama kaum kuffar pada zaman baginda.
Baginda tidak pernah memaksa orang lain untuk menerima dakwah baginda. Baginda tetap sabar menghadapi situasi tersebut.
Maka bagi insan yang terpaksa berada dikalangan insan-insan sebegitu, banyakkan bersabar dan berdoa. Moga suatu hari Allah merahmati insan tersebut dengan cahaya keimanan sejati.
Bersabarlah kerana kesabaran itu separuh daripada iman. Kesabaran juga akan menatijahkan kemenangan kepada kita suatu hari nanti.

Kenduri Kahwin di Tunisia

Imej
Setiap masyarakat mempunyai adat tersendiri berkaitan dengan perkahwinan, yang mana ia menggambarkan keunikan masyarakat tersebut.

Semasa menziarahi keluarga di Tunisia kami berkesempatan untuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan, serta merasai sendiri kemeriahan suasana disitu.
Disana setiap majlis dianggap tidak lengkap tanpa kumpulan jemputan sama ada kumpulan nyanyian ataupun kumpulan nasyid. Begitu juga kenduri meraikan kejayaan pelajar dalam pelajaran turut diiringi kumpulan muzik dan majlis tari-menari.
Kebanyakan majlis perkahwinan disini dilangsungkan semasa cuti musim panas, ketika inilah mereka berebut-rebut mengadakan majlis kahwin. Maka setiap malam bunyi muzik kedengaran disana-sini.
Kebanyakan majlis berlangsung selama tiga malam, maka kita terpaksalah bersabar dan pekakkan telinga sehingga majlis tersebut berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam. Ketika itulah muda-mudi dan mereka yang gemarkan muzik keluar menari beramai-ramai. Sabar ajelah...
Satu adegan yang …

Ziarah Tunisia 1

Imej
  Alhamdulillah semasa cuti musim panas tahun ini kami berpeluang menziarahi keluarga suami di Tunisia. Inilah rahmat "Revolusi Tunisia 2011" yang paling bererti buat kami sekeluarga. Anak-anak begitu teruja untuk bertemu dan berkenalan dengan saudara-mara disana, yang mana inilah pertemuan pertama mereka.
Bermacam-macam soalan ditujukan kepada bapa dan mak saudara mereka sepanjang perjalanan sejam lebih  ke bandar Sousse, tempat kelahiran suami.

Inilah aktiviti pertama yang dilakukan mereka untuk mengisi masa lapang, pada hari pertama ketibaan mereka dikampung. Anak-anak mengambil peluang memanjat ke atas bumbung rumah untuk melihat kawasan sekeliling.

Rumah tradisi ini telah diubahsuai yang mana bumbung asal berbentuk kubah  digantikan dengan bumbung mendatar. Begitu juga kebanyakan rumah-rumah dikawasan ini dibina semula dengan ciri-ciri baru, hilanglah senibina asli mereka yang agak unik dan menarik.
Pada hari ketiga kami disana, kami dibawa mengun…

Selesaikan Masalah

Semenjak balik  ke Oman dua bulan lepas, saya tidak berkesempatan untuk berinternet, sama  ada untuk berinteraksi ataupun untuk berkongsi idea.
Dua bulan yang begitu menguji kekuatan diri saya, pada mulanya kesibukan kerja rumah menjadikan saya memilih untuk menangguhkan sebentar proses memasukkan internet  ke rumah. Segala tumpuan dialihkan untuk menyelesaikan tugas-tugas dirumah yang memerlukan perhatian, serta membaca kembali buku-buku dalam simpanan.
Namun begitu selepas tiga minggu, kami cuba mendapatkan semula talian internet yang ditamatkan sebelum bercuti. Kali ini kami ingin mencuba perkhidmatan daripada syarikat telekomunikasi lain, yang diwar-warkan lebih hebat daripada syarikat yang kami langgani dulu. 
Namun begitu kami tidak bernasib baik dalam pilihan ini, daripada akhir bulan September hinggalah semalam, pelbagai masalah talian timbul. Ia betul-betul menguji kesabaran saya.
Alhamdulillah semalam masalah utama berjaya diatasi,  setelah wakil syarikat tersebut datang sendir…