Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Sambutan Hari Kidal

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga peluang untuk menulis dari kampung tercinta. Setelah hampir dua bulan menghabiskan cuti musim panas tahun ini, hari ini terbaca tentang sambutan hari kidal. Rupa-rupanya ada hari khas untuk si kidal. Mungkin saya kurang membaca menyebabkan saya tidak tahu kewujudan sambutan ini. Umur dah nak masuk 45 tahun baru dapat maklumat ini. Jadi hari ini saya berpeluang membaca pelbagai tulisan tentang si kidal. Ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju. Apa yang jelas bukan mudah menjadi orang kidal...saya perlu memberi perhatian kepada semua perkara berkaitan penggunaan tangan, sama ada kiri atau kanan. Pernah satu kali anak saya memberi komen tentang masalah saya bila ditanya kiri atau kanan. Umi ni mesti fikir dulu bila ditanya kiri atau kanan. Puncanya kami tersesat dan bertemu seorang lelaki, apabila suami bertanya beliau mana arah jalan utama, beliau memusingkan seluruh tubuh beliau sebelum menjawab soalan suami saya. Anak saya terus