Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Ajar Anak Bersalam

Alhamdulillah...syukur kerana berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini. Moga ia menjadi peringatan buat diri dalam mendidik anak-anak.Setiap anak mempunyai sikap tersendiri, kadang-kadang agak sukar untuk difahami, namun begitu ada adab-adab asas yang mesti kita terapkan dan bertegas mengenainya, kerana ia menunjukkan kecantikan agama kita.Adab-adab asas ini mesti dipupuk oleh ibubapa, kerana ibubapa banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Diantara adab-adab asas ini ialah adab bersalam dan memberi salam. Ia bukanlah suatu perkara sukar untuk dipraktikkan tetapi memerlukan nasihat yang berulang-ulang, agar ia melekat dan terukir dalam diri anak-anak kita.Saya amat mengagumi sikap anak-anak orang Arab yang saya temui, kerana begitu mudah untuk bersalaman dan memberi salam.
Kadang-kadang terasa kekurangan diri dalam mendidik.Dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka mendidik anak-anak, hinggakan anak-anak kecil begitu mudah untuk bersalaman bila bertemu dengan…

Sebarkan yang Elok

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih mampu berkongsi apa yang saya fikirkan disini.Di antara kegemaran saya ialah memerhati dan meneliti apa yang berlaku disekeliling saya. Oleh kerana berada jauh dari tanahair, saya memilih untuk membaca komen dan perkongsian rakyat Malaysia di facebook dan internet.Kadang-kadang saya mula dengan membaca komen, sekiranya komen dan pendapat itu menarik, barulah saya membaca berita tersebut. Mungkin anda menganggapnya pelik, tetapi dari situ saya dapat menilai cara rakyat Malaysia berfikir.Hasil pemerhatian saya dapat disimpulkan bahawa generasi kini agak lemah dari segi adab, serta kurang berhati-hati ketika berkongsi maklumat. Apakah puncanya?Dalam masa yang sama, mereka banyak menggunakan perkataan-perkataan negatif, seolah-olah ucapan tersebut adalah biasa. Kutukan dan sindiran begitu banyak digunakan, menghilangkan adab melayu yang begitu hebat suatu ketika dulu. Dalam hati terfikir apakah generasi ini tidak dididik? Apakah mereka hanya …

Allah Menguji...Redhalah.

Alhamdulillah...bersyukur pada Allah swt kerana memberi kekuatan untuk menulis disini. Moga hati ini terus tabah dan kuat untuk mencatat sesuatu disini. Teringat ayat Quran yang dibaca dalam surah al nisa ayat 32:"ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شيء عليما" Maksudnya : "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. Kerana bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."Sebagai wanita, kadang-kadang terasa irihati melihat kelebihan yang diperolehi orang lain, dan masa yang sama hati berharap agar kita juga beroleh apa yang dinikmati orang lain. Namun begitu pastikan agar kita mampu mengawal hati kita, jauhkan daripada…