Pengisian Ilmu 2018 - 5
Alhamdulillah cerita kembara mencari ilmu pada tahun ini akan diteruskan. Semoga ia tercatat sebagai rujukan kemudian hari. Minggu pertama bulan Julai penuh dengan berbagai aktiviti untuk diri sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Minggu kedua cuti, tiga orang anak saya mengikuti kelas bahasa inggeris komunikasi di UIAM. Alhamdulillah mereka seronok belajar bersama-sama pelajar UIAM. Kami sebenarnya amat bertuah kerana kelas itu dimulakan bersesuaian drengan percutian kami kali ini. Yuran yang dikenakan untuk orang luar juga amat murah jika dibandingkan dengan bayaran pusat tuisyen bahasa Inggeris diluar. Bayangkan bayaran RM 120 seorang untuk tempoh satu semester pendek iaitu 7 minggu. Kelas tersebut berjalan selama dua jam sehari dan empat hari seminggu anjuran SMART IIUM. Ia memang kelas intensif yang banyak membantu anak-anak saya agar lebih berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya turut serta anak-anak ke UIAM, setelah yakin anak-...