Pengalaman Baru
Alhamdulillah...esok akan genap seminggu kami berada ditempat baru, bersama-sama keluarga di benua lain. Macam-macam cerita yang ingin dikongsikan...mungkin suatu masa nanti. Pengalaman pertama ialah menempuh kesesakan transit ketika di Doha, ketika itu terasa betapa ramainya orang yang mengambil peluang bercuti. Kemudian pelbagai cerita bersama-sama penumpang Arab ketika menuju ke sini, satu suasana yang belum pernah dirasai selama berulang-alik dari Oman ke Kuala Lumpur. Tambahan pula penerbangan tersebut akan diteruskan ke Casablanca, selepas berhenti sebentar di Lapangan terbang Tunis. Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah kisah seorang ibu muda yang meletakkan bayi kecil beliau dikaki kerana pesawat hari itu penuh. Beliau yang pada mulanya mengamuk kerana tidak dapat tempat duduk yang membolehkan beliau meletakkan bayi ditempat bayi, bertindak meletakkan bayinya dibawah hinggalah terpaksa ditegur oleh pramugari bertugas. Tindakan terak...