Pengalaman Baru

Alhamdulillah...esok akan genap seminggu kami berada ditempat baru, bersama-sama keluarga di benua lain. Macam-macam cerita yang ingin dikongsikan...mungkin suatu masa nanti.

Pengalaman pertama ialah menempuh kesesakan transit ketika di Doha, ketika itu terasa betapa ramainya orang yang mengambil peluang bercuti.

Kemudian pelbagai cerita bersama-sama penumpang Arab ketika menuju ke sini, satu suasana yang belum pernah dirasai selama berulang-alik dari Oman ke Kuala Lumpur. Tambahan pula penerbangan tersebut akan diteruskan ke Casablanca, selepas berhenti sebentar di Lapangan terbang Tunis.

Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah kisah seorang ibu muda yang meletakkan bayi kecil beliau dikaki kerana pesawat hari itu penuh. Beliau yang pada mulanya mengamuk kerana tidak dapat tempat duduk yang membolehkan beliau meletakkan bayi ditempat bayi, bertindak meletakkan bayinya dibawah hinggalah terpaksa ditegur oleh pramugari bertugas.

Tindakan terakhir ialah pramugari menyediakan tempat bayi dikaki beliau agar bayinya boleh tidur dengan selesa. Macam-macam cerita dan pengalaman baru...

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan, dan kami akan menghabiskan cuti dua bulan disini.

Selama seminggu ini saya berpeluang mengenali adat dan budaya baru..betul-betul baru hinggakan susah nak faham. Dah sempat juga menghadiri majlis perkahwinan mengikut adat mereka, selepas ini dapatlah membuat perbandingan antara adat Melayu, Oman dan Tunisia.

Alhamdulillah 'ala kulli hal....moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghadapi pengalaman baru disini, moga segala-galanya positif.

Dan seminggu jugalah merasa hidup bersama-sama mertua dan ipar disini. Alhamdulillah saya begitu seronok dengan ukhwah yang ditunjukkan disini, adat kunjung-mengunjung masih tebal, dan ramai yang mengambil peluang untuk mengenali kami anak-beranak.

Alhamdulillah pengalaman semasa di Oman banyak membantu saya menyesuaikan diri dengan masyarakat disini, walaupun masih belum mampu memahami bahasa yang dituturkan oleh ibu mertuaku.


Ulasan

zanafahmi/PB berkata…
Assalam...sekali sekala ditempat org seronok juga. Banyak pengalaman baru yg takkan dilupa seumur hidup.

Selamat bergembira...
Rosnah Yunus berkata…
seronok dgr pengalaman za ni...mahal 2..tp yg penting kelihatan mcm seronok.
Ujie berkata…
salam kenal, saya baru pertama kali di sini.

Teruskan cerita, seronok membaca pengalaman awak.

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

Muscat Festival 2016

'Ammi atau Fushah?