Suasana di Tunisia sekarang
Selepas enam bulan Revolusi Tunisia berlaku, keadaan di Tunisia kembali tenang seperti biasa dikawasan-kawasan pelancongan, tetapi menurut penduduk disini suasana musim panas tahun ini tidak semeriah tahun-tahun lepas. Ini kerana bilangan pelancong begitu sedikit, malah menurut laporan banyak hotel yang terpaksa ditutup kerana menganggung kerugian, atas kekurangan pelanggan. Apa yang saya saksikan ialah ada beberapa orang askar ditempatkan ditempat-tempat tertentu, yang mana ia adalah pemandangan biasa . Alhamdulillah kami berkesempatan melawat beberapa tempat bersejarah di sini, namun begitu masih belum sampai ke bandar Qairawan, yang terletak cuma 50km daripada kawasan suami, iaitu sebuah bandar bersejarah yang paling penting dalam sejarah penyebaran Islam di Afrika. Rezeki kami ialah dapat menyertai lawatan rombongan pelajar kuttab disini ke bandar Tunis, jadi dapatlah kami turut-serta melawat beberapa tempat penting di bandar tersebut, termasuklah Pusat Sains dan ...