Sebulan di Tunisia

Alhamdulillah sudah genap sebulan kami berada bersama-sama keluarga suami di Tunisia, macam-macam cerita suka-duka dialami sepanjang bulan ini.

Pada mulanya saya menganggap bahawa segala pengalaman disini akan menjadi pengalaman manis buat kami sekeluarga, tapi ada juga detik-detik sedih yang tidak disangka.

Sebulan berlalu dalam keadaan saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada saya disini? Saya begitu gembira berada disini tetapi ada suatu yang selalu menganggu, lebih pelik daripada segala pengalaman selama ini.

Saya terasa seolah-olah saya berubah menjadi insan baru, otak semacam diikat-ikat, setiap waktu perkataan-perkataan negatif tertentu diputar-putarkan difikiran saya, sehinggakan saya tidak berminat untuk berinteraksi dengan jiran tetangga yang begitu beria-ia ingin berkenalan.

Yang peliknya bila kami keluar ke mana-mana semuanya ok, tetapi masuk saja ke rumah kami macam-macam perasaan ganjil dirasai, termasuklah tanggapan terhadap suami serta-merta berubah menjadi negatif.

Alhamdulillah berbekalkan sedikit ilmu yang dipelajari semasa berada di Malaysia, serta ayat ruqyah yang didownload diinternet, akhirnya misteri tersebut berjaya dilemahkan sedikit demi sedikit. Moga-moga saya mampu menguatkan diri untuk berada disini sebulan lagi.

Saya tertanya-tanya apakah kesilapan saya? Mungkin juga peringatan buat saya yang begitu yakin bahawa saya tidak akan mengalami gangguan lagi di sini, satu tempat yang begitu jauh.

Apa yang pasti selagi kita teguhkan kepercayaan kita kepada Allah swt, DIA akan menyelesaikan segala masalah kita.

Alhamdulillah keluarga suami melayan kami begitu baik, serta saya banyak mempelajari perkara baru daripada mereka, terutama resepi-resepi asas masakan Tunisia.

Anak-anak pula terlalu seronok, setiap hari bergembira dengan sepupu mereka yang baru pertama kali bertemu. Cara mereka berinteraksi dan bermain seolah-olah mereka sudah bertahun-tahun mengenali satu sama lain. 

Yang seronoknya setiap kanak-kanak yang mereka temui akan menukar percakapan mereka kepada bahasa Arab formal, hinggakan sepupu-sepupu mereka mengatakan bahawa lidah mereka juga sudah lekat bahasa fushah.

Insya Allah kami akan berpuasa disini, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.
Ya Allah temukan kami Ramadhan sekali lagi agar kami dapat mempertingkatkan ibadah kepada-Mu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Perang Gaza

'Ammi atau Fushah?

Muscat Festival 2016