Berpuasa dengan Ibubapa

Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, saya berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa bersama-sama ibubapa tercinta.

Saya tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir saya menghabiskan sebulan bulan Ramadhan bersama-sama mereka? Segalanya bermula pada tahun 1989 ketika saya diterima masuk ke Pusat Matrikulasi UIAM, lamanya tarikh itu...lama jugalah saya tidak berjaya menghabiskan puasa sebulan bersama-sama keluarga.

Begitulah putaran hidup kita, maka beruntunglah bagi mereka yang dapat bersama-sama ibubapa ketika Ramadhan.

Hargailah nikmat yang dikurniakan ilahi kepada kita, kerana peluang ini tidak akan kembali, lebih-lebih lagi bila kita sudah berumahtangga.

Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang memahami kerana membenarkan saya dan anak-anak berpuasa disini, serta berjauhan daripada beliau.

Inilah yang dikatakan nikmat dalam ujian. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Menghabiskan Ramadhan bersama-sama ibubapa yang telah berumur, tidak lagi sama dengan Ramadhan ketika kita masih anak-anak.

Jika dulu mereka yang mengejutkan kita, serta mengaturkan segala persiapan berbuka dan bersahur, kini saya pula yang mengambilalih tugas-tugas tersebut dengan bantuan adik dan anak perempuan.

Alhamdulillah manisnya kurniaan Allah kali ini. Moga Ramadhan sebegini bukanlah yang terakhir buat kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman