Menulis Kembali

Bismillah....

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan pelbagai kurniaan yang begitu indah buat kami sekeluarga sepanjang percutian di Malaysia. Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi rancangan Allah begitu indah dan tidak tergambarkan.

Bila ada yang bertanya, apa perasaan anda ketika berada di tanahair? Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Allah yang tiada bandingannya, alhamdulillah...

Soalan saya kembali ialah: Apakah yang anda inginkan setelah bertahun-tahun merantau, terpisah daripada kedua ibubapa tercinta dan sanak-saudara? Tentu sekali ingin kembali berada disisi mereka ketika mereka masih hidup. 

Ikhlas saya katakan betapa saya begitu jauh terpisah daripada ahli keluarga sendiri, meskipun kami masih berhubung tetapi saya jauh daripada mereka disaat mereka amat memerlukan diri ini.

Saya teramat jarang berada bersama-sama adik-adik ketika mereka membesar, kerana saya begitu sibuk dengan urusan diluar ketika masih belajar, manakala setelah berumahtangga saya sibuk dengan suami, anak-anak dan pelajaran saya.

Ketika masa saya sudah lapang, saya terlontar jauh ke sini...inilah takdir hidup yang saya pilih, alhamdulillah 'ala kulli hal.

Bila kembali menoleh ke belakang, apakah pilihan-pilihan saya selama ini membantu dalam membina diri saya pada hari ini? Bagi saya setiap ujian yang pernah saya hadapi sebelum ini seolah-olah ujian sama yang berulang-ulang. 

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya menghadapi laluan seterusnya, serta menemukan saya dengan insan-insan yang ikhlas bersahabat hanya kerana-Nya.

Moga Allah memberikan kekuatan juga buat anak-anak saya yang masih belum mengerti tentang kehidupan mereka...Moga Allah memudahkan segala-galanya. Amin. 


Ulasan

Unknown berkata…
Salam,slmt sejahtera



saya ingin membuka peluang menambah pendapatan kepada sesiapa yang berminat melalui Bisnes Dropship kami
~Tiada YURAN
~TIADA MODAL
~PERCUMA

layari blog shop saya di:

http://upt-tester-strip-rm1.blogspot.com/p/dropship.html

yang benar,

Puan Nor

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman