Cuti-cuti di Sama'il, Oman - 1
Alhamdulillah, cuti raya kali ini kami berpeluang melawat satu kawasan yang begitu menarik bagi saya. Bertahun-tahun saya memasang angan-angan ingin melawat kawasan ini, serta ingin melihat sendiri kawasan pertama menerima Islam di Oman. Saya masih teringat lima tahun lepas pelajar saya (ketika mengajar part time di kolej) menceritakan tentang keindahan kawasan ini. Menurut beliau, Sama'il adalah satu-satunya kawasan yang dipenuhi kehijauan tumbuhan disepanjang barisan bukit yang menjadikan pemandangannya begitu menarik sekali, subhanallah. Sesungguhnya saya berasa begitu tenang sekali bila memasuki kawasan ini, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah kami telah bertemu dengan seorang penduduk tempatan yang telah bermurah hati menjadi penunjuk jalan dengan menunjukkan kami kesemua tempat yang tersenarai dalam kotak fikiran ini. Jadi, kami berjaya melawat tempat-tempat bersejarah tersebut dengan senang, serta tidak perlu bertanya sesiapa kerana tiada petun...