Tiga Kota di Sama'il, Oman

 Pemandangan hadapan Kota di kawasan Al-Qaren
Alhamdulillah, pada cuti raya haji kali ini kami berkesempatan melawat kawasan yang amat penting dalam perkembangan sejarah kedatangan Islam ke Oman, iaitu kawasan Sama'il, yang terletak lebih kurang 90km daripada Muscat.
 
Apa yang menarik untuk dikongsikan disini ialah mengenai tiga buah kota yang sempat kami lawati, yang mana saya rasakan mempunyai keunikan yang tersendiri.
 
Kota Pertama terletak di kawasan Al-Qaren,
Jika dilihat dari jauh ia begitu mengujakan serta nampak tersergam indah serta kuat, tetapi apabila dilihat pada bahagian hadapan, ternyata kota lama ini masih dalam proses baikpulih kerana telah hancur ditelan zaman. Namun begitu dua menara utama masih kuat dan utuh.
 
Di bawah ini adalah gambar dibahagian hadapan kota tersebut, ia tidaklah begitu tinggi sebagaimana yang kita lihat dari depan, serta proses pendakian begitu menyeronokkan.


 Pemandangan belakang Kota Al-Qaren

 Sebahagian tinggalan lama bangunan dikota tersebut, apabila dilihat dari belakang bukit.
 
Kota kedua yang sempat kami kunjungi ialah Kota Sama'il, iaitu Pusat Pemerintahan utama kawasan Sama'il suatu ketika dulu.
 
Kota ini juga terletak dipuncak bukit, yang mana menaranya begitu jelas daripada jalanraya disini serta terletak pada kedudukan yang amat tinggi sert susah untuk kita mendakinya. Namun begitu apabila melihat bahagian hadapan kota ini, ia amat menarik serta mudah untuk dilawati.
 
 Pemandangan hadapan Kota Sama'il dilihat dari jalanraya.
 

 Pemandangan belakang Kota Sama'il

Ia merupakan bahagian hadapan kota yang merupakan pintu masuk ke kota tersebut, ia telah selesai dibaikpulih, tetapi kami tidak dapat melawat bahagian dalam kota tersebut kerana melawat pada musim cuti.

 Sebahagian bukit tempat kota tersebut dibina
Apabila melihat ciri-ciri dua kota disini, saya amat kagum kerana ia dibina dipuncak bukit. Pada pendapat saya, proses pembinaannya tentulah memakan masa yang lama kerana kedudukannya dipuncak bukit. Namun begitulah pemikiran orang-orang dahulu yang begitu mengambilberat tentang keselamatan kawasan sekitarnya.

Manakala dibahagian bawahnya begitu banyak rumah-rumah yang dibina berdekatan antara satu sama lain, mungkin juga untuk keselamatan penduduk disitu.

Manakala kota ketiga dikenali juga sebagai Bait Souruj, kerana saiznya agak kecil. Malangkan kami tidak mendapat apa-apa maklumat mengenainya. 


 Bait Souruj daripada bukit dibelakang bangunan serta menara pertama

 Menara kedua diatas bukit bersebelahan bangunan tersebut
Apa yang menariknya, saya terlupa untuk mengambil gambar hadapan Bait Souruj, kerana begitu sibuk mengejar anak-anak lelaki yang begitu pantas memanjat bukit dibelakang bangunan tersebut.

Jika dua kota sebelum ini terletak dipuncak bukit, Bait Souruj pula terletak dibawah bukit, tetapi mempunyai dua menara kawalan yang terletak dipuncak bukit.

Bukit ini adalah satu-satunya bukit di sebuah kawasan lapang yang menghijau. Masya Allah satu pemandangan yang amat menarik serta menenangkan hati bila memandangnya.

 Kawasan dibawah bukit tempat menara kawalan

 Sebahagian lagi kawasan dibawah bukit menara kawalan

 Rumah-rumah yang baru dibina dibahagian bawah bukit manara kawalan.
Alhamdulillah kami merasa begitu gembira dan tenang ketika melawat kawasan Sama'il, bila ditambah keramahan penduduknya, ia menjadikan percutian kami kali ini begitu bermakna. Alhamdulillah 'ala kulli hal....

Hati tertanya-tanya mengapa hati begitu menyukai tempat ini, apakah kerana kehijauannya yang ternyata begitu berbeza daripada kawasan-kawasan lain yang pernah kami lawati di Oman...

Ataupun kerana keberkatan doa baginda Rasulullah saw yang pernah mendoakannya ketika Sahabi Mazin bin Ghadubah r.a meminta baginda mendoakannya suatu ketika dulu...

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menjejaki tinggalan sejarah, kawasan pertama menerima Islam di Oman, serta menziarahi makan sahabi pertama memeluk Islam iaitu Mazin bin Ghadubah r.a., serta menziarahi Masjid pertama dibina di Oman iaitu Masjid Al-Midmar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman