Oh Februari!

Apa dah jadi?
Baru sebulan bersemangat untuk menulis kembali, baru tiba Februari sudah mula dingin. Apakah aktiviti sepanjang bulan ini?
 
Anak-anak sudah masuk minggu ke dua berada di semester dua, alhamdulillah terdapat peningkatan yang ketara dalam pembelajaran mereka. Moga mereka terus berjaya dalam kehidupan dan pembelajaran.
 
Alhamdulillah aktiviti kami, kumpulan wanita Malaysia di Oman juga semakin berjalan lancar. Moga segala aktiviti yang dirancang berjaya serta mampu mencapai objektifnya.
 
Apa yang paling istimewa pada bulan ini ialah peluang bertemu dengan seorang cikgu yang mengajar sewaktu saya di bangku sekolah rendah disini, Cikgu Khadijah. Jauhnya tempat pertemuan kembali kami setelah dekat 30 tahun tidak pernah bersua. Itulah ketetapan Allah, moga pertemuan ini mampu merapatkan lagi hubungan persaudaraan yang terjalin diantara kami.
 
Baru beberapa bulan lepas saya menulis mengenai bait-bait nasyid yang terlekat diingatan ini di wall facebook saya,
"Janganlah solat laksana tugu,
Hanya dijenguk kala teringat,
buatlah DIA tempat mengadu,
berserah diri setiap saat"
 
Pada hari Jumaat lepas saya dipertemukan dengan guru yang bertanggungjawab melatih kami mengalunkan irama nasyid tersebut. Itu saja kenangan saya dengan beliau, kerana beliau tidak pernah menjadi guru mengajar matapelajaran lain.  
 
Namun begitu rangkap solo tersebut begitu kuat kesannya pada saya, itulah kesan ayat-ayat yang dihafal dan dinyanyikan berulang-ulang kali sewaktu kecil, suatu ketika ia akan muncul kembali dalam memori kita. Sayangnya lagu keseluruhannya tidak dapat saya ingati semula.
 
Ada hikmahnya pertemuan kembali ini berlaku begitu jauh dari tanahair, moga pertemuan kembali ini bakal mendekatkan hubungan kekeluargaan yang wujud diantara kami.
 
Itulah diantara harapan saya, meskipun berada begitu jauh daripada keluarga tercinta. Sesungguhnya percaturan politik di bumi kelahiranku berjaya menghancurkan hubungan keluarga, menjarakkan hubungan kejiranan, serta pelbagai lagi kesan negatif lain yang mungkin tidak disedari oleh kita.
 
Apa yang beliau katakan 'jangan risau rakyat sekarang sudah mampu berfikir, bukan seperti masyarakat dulu'. Moga apa yang akan berlaku seterusnya menuju ke arah positif. Sama-samalah kita doakan...Amiin.
 

Ulasan

Unknown berkata…
Ye sokong..jom kita sama2 berfikir secara positif dan membuat pilihan yang terbaik utk dunia dan akhirat.

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Oman