Buku Panduan Tidak Sesuai

Alhamdulillah mampu bercerita lagi, sesuai untuk panduan insan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Alkisah selepas cuti musim panas kami disediakan dapur gas baru. Kali pertama tengok agak terkejut kerana ia buatan negara Islam iaitu Mesir.

Terdetik dihati, bagus juga institut ini kerana menyediakan kemudahan buatan orang Islam. Dalam kata lain menyokong produk buatan Muslim.

Namun begitu kami perlu memasang sendiri berpandukan buku panduan yang disertakan.

Sayang sekali buku panduan yang disertakan hanya memberi panduan umum tentang cara-cara menggunakannya, tanpa memfokuskan tentang produk yang dibeli.

Ini, agak berbeza daripada produk-produk lain yang saya selalu guna.

Buku panduan tersebut tidak menyebutkan tentang model yang dikeluarkan, sebaliknya menggunakan gambar model yang berbeza daripada model yang disediakan kepada kami.

Apakah kami mampu mendapat manfaat daripada buku panduan tersebut ataupun kami mesti pandai-pandai sendiri untuk memasangnya?

Maka terlintas fikiran-fikiran negatif tentang perniagaan umat Islam. Begitulah jika perniagaan tidak menitikberatkan etika professional dalam pembuatan, seolah-olah membuat kerja bagai melepas batuk ditangga.

Sebaik manapun produk jika perkara-perkara penting sebegitu diambil mudah, bagaimana pembeli boleh percaya dengan produk yang dipasarkan. 

Begitu juga dengan kehidupan kita, apakah kita telah memilih buku panduan yang sesuai ataupun kita tersilap pilih buku panduan hidup.

Buku panduan hidup kita telah jelas iaitu al quran dan al sunnah, apakah kita telah memanfaatkan kedua-dua buku panduan tersebut?

Moga Allah menguatkan semangat kita untuk betul-betul memahami buku panduan untuk kita hidup di alam ini berpandukan fitrah yang sebenar. Amiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas