Anti Hadis Kembali Bersuara
Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah untuk saya menulis disini lagi. Bulan lepas ramai kawan-kawan fb di Malaysia berkongsi tentang Seminar Pemikiran Kassim Ahmad. Pelbagai reaksi masyarakat disana boleh saya rasa bila membaca komen-komen yang dilontarkan. Semakin hari rakyat semakin pening, pelbagai isu berbangkit berkaitan aqidah muncul. Jika sebelum ini sibuk dengan isu Syiah, kalimah Allah sekarang perbincangan tentang kumpulan anti hadis atau quraniyyun. Teringat ketika zaman belajar dulu, saya sempat belajar mengenai golongan anti hadis, jadi saya sempat menelaah beberapa buku tulisan Kassim Ahmad, walaupun ia telah diharamkan. Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan kepada Pengkritik", dibaca dan cuba difahami. Kemudian saya mencari tulisan lain yang menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau cuba menafikan bahawa beliau menolak hadis sebagai hujah, tetapi isu yang ditimbulkan adalah sama dengan hujah yang digu...