Ibuku Guruku

Alhamdulillah hari ini 16 Mei 2014, Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tahun ini pelbagai ragam sambutan hari guru dikongsi bersama-sama.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru dan professor yang telah berjaya mendidik diri ini hingga ke tahap ini.

Namun penghargaan yang teristimewa buat Bonda yang menjadi guru pertama dan terhebat. Sesungguhnya saya telah dididik dengan cara yang begitu hebat, menggunakan method yang sangat unik, yang belum pernah saya terbaca dalam mana-mana buku.

Moga Allah memberkati kehidupan bonda dan ayahanda saya, memberikan ketenangan kepada kedua-duanya serta memberi kekuatan untuk mereka melalui ujian hidup ini.

Bonda bukanlah insan terpelajar, beliau belajar hanya di peringkat rendah sahaja, tamat darjah enam seterusnya berada dirumah. Sejarah hidup beliau jauh berbeza daripada saya, namun beliau tidak pernah merungut kesukaran hidup beliau.

Ujian demi ujian dihadapi tetapi beliau begitu tabah. Moga Allah terus memberi kekuatan kepada beliau, serta memakbulkan doa beliau ketika ini dan seterusnya.

Jika ibu-ibu sekarang berjuang untuk pendidikan dirumah dengan menafikan kepentingan sekolah. Saya boleh katakan bahawa ibu-ibu zaman dahulu lebih berjaya dalam pendidikan dirumah, tanpa perlu mengasingkan anak-anak mereka daripada realiti semasa.

Insya Allah saya akan cuba terus menulis dan berkongsi bagaimana bonda saya berjaya mendidik kami, lapan orang anak beliau dalam keadaan susah tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa hidup kami susah.

Itulah hebatnya falsafah dan cara didikan yang beliau lakukan. Moga perkongsian itu nanti mampu dijadikan panduan buat diri ini sebagai seorang surirumah.

Ya Allah berikanlah kekuatan buat diri ini untuk berkongsi satu pengalaman hebat seorang surirumah sepenuh masa. 

Insya Allah saya akan kongsikan bagaimana aktiviti kami dilakukan bersama-sama didalam dan diluar rumah, termasuk juga pengurusan kewangan keluarga.

Sesungguhnya perkongsian ini bukan mudah, kerana ia adalah nostalgia yang tersimpan semenjak kecil.

Moga ia mampu meleraikan apa yang tersimpan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Ia juga adalah perjalanan diri sendiri dalam mencari sesuatu...apakah yang dicari?

Ulasan

syafisyifa' berkata…
Salam.saya berminat utk mengetahui cara bonda saudari mendidik dan juga cara mengurus kehidupan saudari.terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas