Mula Berkongsi...

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan-Nya kepada kami.

Alhamdulillah syukur juga kerana diberi kekuatan untuk menulis semula...moga perkongsian kali ini akan lebih konsisten dan berterusan.

Setelah memulakan perjalanan dari kampung tercinta pada 1 September lepas, kami selamat kembali semula ke Bumi Muscat pada awal pagi 2 September 2014.

Boleh dikatakan inilah perjalanan yang amat mencabar minda setelah saban hari dihidangkan dengan pelbagai berita tentang kemalangan kapalterbang MH17 dan MH 370 semasa di Malaysia.

Sesungguhnya berita-berita tersebut mengingatkan diri ini agar tidak lalai serta selalu mengingati Allah swt. Akan tetapi dalam masa yang sama perasaan risau dan bimbang sentiasa datang menganggu fikiran ini.

Begitu juga keluarga dikampung tertunggu-tunggu berita apakah kami sudah selamat sampai ke destinasi.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke bumi ini semula, selamat menduduki rumah baru berdekatan tempat kerja suami selepas 8 tahun berada ditengah-tengah kesesakan bandar Ruwi.

Alhamdulillah Allah swt memudahkan segala urusan pertukaran sekolah anak-anak, memudahkan mereka menerima suasana baru bersama teman-teman baru disini.

Alhamdulillah betapa aman dan sunyi suasana disini, tiada lagi bunyi hon kenderaan yang dibunyikan berpanjangan apabila ada kereta menghalang di tempat parking kenderaan. Tiada lagi bunyi bising siren ambulan hospital Badr Sama yang bersebelahan bangunan. Tiada lagi suara-suara bising orang -orang India berkumpul di kawasan bulatan di depan rumah setiap hari Jumaat.

Alhamdulillah Allah memakbulkan doa-doa kami yang sudah tidak sanggup hidup dalam suasana bising dan tertekan. Moga ketenangan dan kedamaian tempat baru mampu membuahkan hasil yang maksimun pada diri ini.

Semoga aura yang cantik disini dikelilingi institusi-institusi ilmu mampu mendorong diri ini untuk bangkit berusaha menyebarkan sedikit ilmu yang telah dipelajari selama ini.

Moga Allah membuka jalan terbaik untuk diri ini menyampaikan ilmu kepada orang yang mencarinya. Amiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Alam Bermusim

Tujuan Belajar Khat

Ilmu Allah itu Sangat Luas