Mendidik Pembantu Rumah
Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang memiliki akhlak yang begitu mulia. Baru sebulan saya mengenali insan tersebut, pertemuan yang tidak dirancang ketika saya menghadiri Nadwah Fiqh yang menghimpunkan ulama sedunia. Ketika itu saya menunggu sesi sebelah petang, manakala rakan tersebut menunggu suami beliau. Masa kosong tersebut kami isi dengan perbualan yang menyentuh pelbagai isu. Hari-hari seterusnya kami hanya bersapa ringkas, hinggalah pada hari terakhir Nadwah beliau meminta saya mengajar beliau teknik yang betul untuk menulis khat. Alhamdulillah tempat tinggal kami agak dekat, jadi saya berpeluang untuk menziarahi beliau. Sesungguhnya Allah ingin memberi pelbagai ilmu kepada saya, bila bersahabat dengan beliau. Di antara pelajaran pertama ialah berbuat baik serta menghargai pembantu rumah. Sememangnya saya begitu kagum dengan cara beliau mendidik pembantu rumah beliau yang berasal dari Etophia. Inilah kali pertama yang mendengar...